Wednesday 28 November 2012

MENYELAM BUAH FIKIR ORANG BUGIS DI MAKASAR



Anak jati Makassar, Safullah Sanre, wartawan dari Sulawei Selatan yang sering beruang-a;il ke Kuala Lumpur dalam usahanya meningkatkan  hubungan budaya dan bahasa antara Kuala Lumpur dan MakasarPotret Safrullah seperti yang diabadikan A.F.Yassin di Sg. Buloh pada tahun 2007.

Pengacara Jejak Bahasa DBP-TV3 "merelakan" dirinya dibakar oleh  sekumpulan orang di salah satu upacara di pekarangan Kantor Pak Gubarnor Sulawesi Selatan di Makassar padaa tahun 2001. Ketika itu rombongan Jejak Bahasa mengadakan penggambaran filem dokumentari Jejak Bahasa di Sulawedi Selatan.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Malam Mengenang Budi  Jejak Bahasa DBP-TV3 anjuran DBP di Hotel Sahid Jaya, Makassar 16 Januari 2001. Gambar menunjukkan semua 16 anggota rombongan di pihak Malaysia yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ketika itu, Dato' Abd. Rahim Bakar (empat dari kiri) dan Ketua Pengarah DBP, Dato' Abd. Aiz Deraman.Penyelidik bahasa, Abd. Rahim Aman untuk Pulau Sulawesi di baris belakng kiri sekali dan Penyelidik Bahasa untuk selutuh Indonesia, A.F.Yassin (baris belakang dua dari kanan).
Penyusun buku Salsilah Melayu dan Bugis, Dr. Virgina Matterson pernah berkunjung ke Johor Bahru pada Hari Sastera 1983 untuk mempromosikan bukunya yang diterbitkan oeh Penerbit Fajar Baki dan diperkatakan oleh Prof. Dato' Dr. Firdaus Hj. Abdullah sedang mendengar ceramah Dato' Dr. Firdaus Abdullah.

Kemudian pada tahun 2007 dantahun berikutnya, aktivis budaya dan wartawan Makassar. Safrullah Sanre, sudah lama tidak muncul dalam sebarang kegiatan budaya di Malaysia. Kesibukan kegiatan budaya di Makasar memungkinkan Safrullah tidak dapat menyempatkan diri beranjang sana ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Namun cadangan bernasnya yang dikemukakan kepada saya Januari 2001 di Makasar, Sulewasi Selatan masih tetap segar dalam ingatan.

Cadangannya ialah kerjasama budaya antara Malaysia dengan Sulawesi Selatan yang terkenal dengan nama Tanah Bugis itu mesti ditingkatkan lagi. Safrullah merumuskan cadangannya itu setelah kami bercerita panjang tentang dunia sastera-budaya yang dia ceburi hampir sepenuh masa. Safrullah seperti membenarkan dirinya diseret lebih dalam ke daerah sastera budaya Malaysia dan lebih mendekatkan diri dengan Kuala Lumpur berbanding Jakarta atau Makasar sendiri. Tanggapan ini mungkin sahaja kurang tepat tetapi mereka yang telah mengenal dirinya akan berpersepsi begitu.

Safrullah melihat hubungan budaya antara Makasar dengan Kuala Lumpur dan Johor, khususnya Johor semakin intim jua. Katanya ada kaitan antara orang Makasar dengan orang Johor dan kaitan itu telah lama wujud, iaitu sejak pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi. Katanya "Malah kita usah lupa akan peranan beberapa orang anak raja keturunan Bugis dalam Kerajaan Melayu Riau Johor." Yang dimaksudkan Safrullah ialah Daeng Parani, Daeng Menambon, Daeng Marewah dan Daeng Celak. Kesemuanya putera Raja Bugis, Opu Tendribureng Rilaka. Safrullah mahu satu pertemuan diadakan antara budayawan Malaysia (khususnya Johor) dengan Makassar.. Pertemuan tentunya diasaskan kepada sejarah penglibatan orang Bugis dalam Kerajaan Melayu Johor-Riau.

Berdasarkan sejarah penglibatan orang Bugis di alam Melayu dipertingkat oleh penghijrahan orang Melayu Johor ke tanah Bugis di Pulau Sulawesi, terutama di Makasar (dulunya Ujung Pandang). Orang Melayu Johor ini membawa bersamanya apa yang disebut Safrullah sebagai warisan budaya, termasuk bahasa dan budaya. Katanya, "Warisan itu kini sudah menjadi intertekstual kerana kebanyakan teks sastera Melayu sudah disadur ke dalam bahasa daerah."

Malah, ada satu komuniti kecil Melayu yang berkampung di tengah-tengah kota Makasar. Dalam pertemuan singkat dengan beberapa warga komuniti keturunan Melayu ini, mereka bercerita tentang sejarah penghijrahan komuniti ini. Sekarang pun anggota komuniti Melayu ini masih merasa bangga dengan keturunan mereka. Ramai di kalangan mereka masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu dialek Johor dengan baik. Di samping itu mereka tetap mempertahankan warisan budaya seperti nikah kahwin dan adat orang Melayu lainnya sejak kedatangan datuk nenek mereka 200 tahun dahulu.

Malah ada di kalangan mereka yang mengaku keturunan orang Melaka. Kata seorang ketua keluarga Melayu itu, "Kami tidak tahu Melaka itu di mana tetapi nenek moyang kami bercerita kami orang Melaka." Barangkali cerita dari Melaka ini dikaitkan dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis dan penerusan Kerajaan Melayu itu di Johor-Riau kemudiannya.

Inilah premis keazaman dan rasa keterikatan Safrullah dengan pemikiran sastera warisan Melayu Bugis. Bukan tidak mungkin Safrullah terpengaruh dengan kewujudan komuniti Melayu di Makasar dan buku sejarah, terutama Salsilah Melayu dan Bugis, Sejarah Johor dan Sejarah Melayu. Maka semangat ingin melihat bermulanya pertemuan Johor Makasar itu semakin membara. Lebih kerap dia mengunjungi Malaysia maka akan semakin meningkat pula suhu semangatnya.

Apakah yang sedang difikirkan Safrullah? Apakah dia mahu mengambil kesempatan dengan mengeksplorasi setiap peluang akibat wujudnya pertemuan itu untuk cuba “menggemilangkan semula hubungan Melayu-Bugis? Cadangannya supaya pertemuan pertama diadakan di Makasar menunjukkan keghirahannya. Katanya, “Tahun berikutnya di Johor Bahru. Pertemuan boleh diadakan setiap tahun secara bergilir."

Turut difikirkan Safrullah ialah sikap pemerintah Indonesia, terutama pemerintah daerah Sulawesi Selatan yang menurutnya "meletakkan bidang kebudayaan dalam senarai keutamaan yang rendah. Tidak seperti di Johor yang menjadikan pembangunan kebudayaan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab holistik kerajaannya.".

Hubungan awal boleh juga dalam bentuk pemuatan rencana tentang budaya Malaysia di media Sulawesi Selatan dan tentang budaya Bugis di media Malaysia. Editor pelbagai media di Malaysia boleh memainkan peranan penting dengan memberi ruang secara berkala kepada tulisan budayawan dari Makasar sementara editor media di Sulewasi memberi ruang pula kepada tulisan budayawan Malaysia.

Sebagai permulaan juga, Safrullah mempunyai pilihan dengan mendekati Yayasan Warisan Johor yang dianggap lengan kanan budaya Kerajaan Negeri Johor. Khabarnya Timbalan Pengarah Yayasan itu, Zam Ismail, seorang sasterawan-budayawan, walaupun khabarnya dari kerutunan Jawa, barangkali akan bersimpati dengan pemikiran Safrullah. Fakta menunjukkan banyak rakyat Johor, baik daripada kalangan bangsawan mahupun di kalangan orang biasa, berketurunan Bugis.

Dalam simpanan Safrullah terdapat beberapa manuskrip lama yang boleh diketengahkan, dan yang mengaitkan hubungan Johor Bugis. Ini juga boleh dijadikan titik permulaan hubungan Safrullah dengan Zam di Yayasan. Yayasan boleh memberi sumbangan dengan mempertimbang kemungkinan menerbitkan manuskrip lama berkenaan. Setikda-tidaknya Yayasan akan dilihat cuba meneruskan tradisi penerbitan buku hikayat seperti Salsilah Melayu dan Bugis.. Yang penting, menurut Safrullah, perlu ditagih simpati Menteri besar Johor, Datuk Abd. Ghani Othman yang mempunyai agenda holistik untuk memajukan Johor.

Manfaat daripada hubungan budaya dua hala tetap ada. Ini kata Safrullah. Khazanah warisan dalam bentuk intertekstual maih banyak yang boleh diketengahkan. Status autonomi pemerintah daerah di Indonesia boleh dimanfaatkan untuk memajukan bidang ini kerana segala yang berkaitan dengan kebudayaan telah diletakkan di bawah wewenang dan kuasa pemerintah daerah. Kata seorang budayawan ketika ditemui selepas majlis dialog antara budayawan Makasar dengan rombongan Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Bahasa Cabang Maksar Januari 2001 yang lalu, "Orang Melayu dan orang Makasar itu tidak ada bedanya dari sudut sejarah dan budaya. Kiranya kami lebih dekat dengan Malaysia, terutama yang menyangkut keturunan, perasaan dan pemikiran. Tak perlulah kami beritahukan berbanding dengan siapa." (Pertama kali disiarkan dalam utusan Zaman dan kemudin dipetik oleh Pena Kembara, 21 Mei 2008.)

Saturday 24 November 2012

DETIK CEMAS KETIKA MAHU MENDARAT DI RUANG UDARA MENADO



Pantai Esplanade Kota Menado. Kelihatan Othman Ismail, berkopiah putih sedang menikmati udara petang bersama-sama pengunjung. 

 Kapal terbang GA 600, dari Garuda Airlines, jenis DC 10 berlegar-legar di ruang udara Menado Sulawesi Utara selama 20 minit. Ketika itu awan tebal menyelubungi ruang udara seluruh kota Menado yang sesekali kelihatan bagaikan menggamit ratusan penumpang yang ada dalam pesawat itu. Anggota rombongan Jejak Bahasa, 12 orang semuanya termasuk pengurus Jabatan Dokumentasi, TV3, Zainal Ariffin saling berpandangan. Zainal baru sampai dari Jakarta untuk ikut serta bagi sektor Menado selama 6 hari.

Beberapa ketika sebelumnya sutradara Jejak Bahasa, Mohd Zailan Abdul Rahman dan jurukamera, Mohd Fitri begitu sibuk ke sana ke mari dalam pesawat mencari sudut terbaik untuk membuat penggambaran kota Menado dari udara. Mereka kembali ke tempat masing-masing setelah diminta berbuat demikian oleh pramugari. Kami hanya sedar yang pesawat tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Samratulangi setelah 2 kali kami melihat pulau gunung berapi yang sama muncul lagi di bawah sana.

”Kita seperti berlegar di ruang sahaja“ kata Zainal. “Nampaknya kapal terbang tak boleh mendarat. Ada ribut barangkali”.

“Tapi saya lihat cuaca elok. Bandar di bawah itu jelasnya”, ujar Haji Alias Yusof, jurufoto Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru bersara Disember lalu. Alias juga kelihatan sibuk mengambil gambar kota Menado dari udara sebelumnya. Mulutnya kumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu begitu juga halnya dengan beberapa anggota yang lain.

Ketua Ekspedisi, Othman Ismail yang tidak sedap badan dan batuk-batuk sejak sampai di Makasar 13 Januari lalu diam tidak bercakap. Tidak pasti apakah dia sedang tidur atau sedang bergelut melawan rasa kurang sedap badannya seperti biasa dia mengenakan topi birunya. Umumnya keadaan dalam pesawat sunyi sepi. Semua lebih kurang 100 orang penumpang seperti terpaku di tempat duduk masing-masing.


Penyanyi sensasi remaja Menado, Nova Sandukh, 17 tahun, menyanyikan lagu Oinani Kiki, yang dipopularkan Anikei Gronloh satu ketika dulu  dengan iringan serunai sambil penggambaran dijalankan  di tepi pantai Menado. 
Kapal terbang cuba lagi melakukan pendaratan sebaik sahaja melintasi pulau gunung berapi bagi kali ketiganya. Ia bergoncang beberapa saat ketika melanggar awan tebal. Terdengar beberapa suara jeritan apabila kapal terbang “terhentak” sedikit membuatkan isi perut bagaikan naik ke dada. Suara tangisan seorang anak kecil bertalu-talu mengharukan. Zailan dan saya saling berpandangan. Fitri yang berada di depan kami memeluk erat kamera tvnya. Suara pengacara Azura Abdul Karim yang biasanya memenuhi di ruang tempat kami duduk, tidak kedengaran lagi. Barangkali Azura juga sedang membaca sesuatu. 

Kami lihat ke bawah lagi. Pulau gunung berapi kami lihat lagi, melintasi buat kali kelimanya. Tidak semena-mena kami merasa kapal terbang mendongak ke atas dan mempercepatkan kelajuan. Juruterbang membuat pengumuman memberitahu kapal terbang tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk sehingga dengan demikian kapal terbang akan berpatah balik ke Makasar yang akan memakan masa satu jam.

Kami lapang dada. Lebih baik patah balik daripada cuba mendarat. Saya teringatkan berita kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Pulinesia, beberapa waktu yang laluakibat cuaca buruk, apabila juruterbang cuba melakukan pendaratan. Mujur juga juruterbang pesawat yang kami naiki tidak cuba melakukan “advancer” atau ingin menjadi hero.

 Zainal Ariffin Ismail dari TV3 dalam satu pose istimewa di Kota Menado yang diabadikan Ahmad Fadzil Yassin pada tahun 2001.
Sepanjang penerbangan kembali semula ke Makasar berbagai-bagai fikiran melintas lalu, terutama yang menyangkut kegiatan yang dilakukan di Makasar. Tambahan pula sambutan luar biasa hangatnya dari pihak Universitas Hassanaldin, yang menjadi hos rombongan Jejak Bahasa. Kegiatan diserikan oleh rombongan Ketua Pengarah DBP yang anggotanya terdiri daripada Datuk Rahim Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Rahman Yusof, Pengarah DBP Cawangan Sarawak beserta dua orang pegawainya dan Mohd Kadir, Ketua Bahagian Pra-cetak DBP.

Selama menunggu di Lapangan Terbang Hassanaldin, Makasar sehingga cuaca di Menado membaik saya membelek-belek buku catatan. Cuba mengingat kembali peristiwa yang berlaku selama empat hari penggambaran di kota yang terkenal dengan sejarah raja-raja guanya.

Dr. Najamudin Abu Safar, Pensyarah Universitas Hassanaldin yang baru sahaja meraih ijazah PHDnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi orang perantaraan kami di Makasar, ibukota Provinci Sulawesi Selatan. Pada malam kami tiba Dr. Najmuldin bersama Professor Shariffuddin Wahad, Timbalan Naib Canselor Universiti berkenaan untuk bidang pengembangan dan kerjasama berbincang .... dengan rombongan tentang unsur-unsur penggambaran yang akan diambil selama empat hari di kota Makasar yang penduduknya berjumlah dua juta orang.

Selain membuat penggambaran awalan memperkenalkan kota Makasar, rombongan akan mengadakan “mock-up” di fakulti kedoktoran.Kru TV3 tidak melepaskan peluang merakamkan pertemuan rombongan Ketua Pengarah DBP dengan tokoh-tokoh akademik, sejarahwan, budayawan dan sasterawan Sulawesi Selatan, khususnya Makasar sendiri di Universiti Hassanaldin.


Kumpulan penari dari Muzium Menado sedng mengadkan tarian pahlawan dalam satu perarakan di Jalan utama Kota Menado.
Fokus perbincangan meliputi kebahasaan yang di lihat dari perspektif sejarah dan kebudayaan. Dato’ Rahim dan Haji Aziz senada dalam selama perkenalannya bahawa dialog pagi itu tidak hanya sekadar “......” tetapi lebih menekankan kepada usaha mencari persamaan dari semua sudut kehidupan, terutama budaya dan persuratan, baik antara etnik Bugis, Makasar mahupun antara etnik-etnik lain dengan di Malaysia Dato’ Rahim, menyatakan, menjelaskan betapa perlunya diwujudkan kesepakatan kerjasama dalam bahasa dan sastera antara Kuala Lumpur dan Makasar.

Katanya bahasa melayu menghadapi cabaran apabila ada kalangan kaum elit, terutamanya, lebih mengutamakan bahasa inggeris, pada era globalisasi. Menurutnya Dewan Bahasa mendokong penggunaan bahasa inggeris jika bahasa itu dapat mempertingkat kemahiran berbahasa inggeris rakyat malaysia.

Dalam pada itu Haji Aziz menekankan pula bahawa “perjuangan kami ialah menjadikan bahasa melayu/indonesia sebagai salah satu bahasa dunia. Bahasa kita merupakan bahasa ke empat terbesar di dunia. Mengikut jumlah menuturnya seramai 250 juta orang”. Haji Aziz pula menjelaskan bahawa satu keazaman politik amat diperlukan sekiranya bahasa melayu ingin dijadikan bahasa komunikasi MASTERA atau Majlis Sastera Nusantara dan MABBIM atau Majlis Bahasa Melayu Brunei, Indonesia dan Malaysia merupakan wadah dan platform untuk meningkatkan kerjasama kebahasaan dan kesasteraan serantau dalam nusantara.

Haji Aziz juga berharap penerbitan karya tempatan dan serantau dari Laos, Kemboja dan Vietnam, misalnya dalam bahasa melayu akan lebih memperluaskan lagi horizon pemikiran dan rasa mesra budaya antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.


Kantor Gubarnor Pemeintah Daerah Tingkat 1 Sulawesi Utara di Kota Menado 

Kedua-dua tokoh Dewan Bahasa ini turut menekankan keinginan dan harapan yang sama ketika mengadakan pertemuan dengan tokoh bahasa dan budaya di Balai Bahasa Sulawesi Selatan dan Yayasan Kebudayaan Puncak daripada perbincangan itu ialah acara menandatangani perjanjian persefahaman secara berasingan dengan Balai Bahasa dan Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Perjanjian ini merangkumi kerjasama dalam bidang penerbitan, latihan dan wisata bahasa. Sebagai permulaan, akan diusahakan penerbitan sebuah antologi puisi karya penyair dari Malaysia Sulawesi dan Kalimantan. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak akan diberi tanggungjawab menerbitkannya.

Pertemuan di Balai Bahasa sedikit sentimentel dan sesekali emosional beberapa tokoh bahasa dan sastera Makasar tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya menyambut kedatangan rombongan Dewan Bahasa dan Jejak Bahasa. Seorang tokoh yang menyebut namanya Mutalib mahu bahasa melayu/indonesia hendaklah digunakan dalam sebarang pertemuan serantau kerana mutalib menganggap penduduk wilayah serantau majoritinya berbahasa melayu. Katanya lagi penerbitan karya orang Sulawesi masih di tahap “mengharapkan simpati” namun “bagi kami dana bukanlah segala-galanya, tetapi semangat untuk mengusahakan”.

Dengan sentimen melayu demikian Mutalib menekan bahawa bahasa melayu asalnya dari bahasa orang melayu yang datang ke Makasar berabad yang lalu. Yang lebih menarik adalah tanggapan seorang peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Ishak. Dia seorang professor. Begitu bersemangat dia apabila berkata “bahasa indonesia itu adalah sebenarnya bahasa moden melayu.

Menurutnya sejak Sulawesi Selatan berubah menjadi provinci autonomi Januari lalu, “kami sudah melihat dasar-dasar autonomi itu membawa aroma melayu yang membugis terutama di Makasar. Ertinya kami kembali memelayukan dan membugisi”. Kurang jelas apa maksud Ishak.Tambah menarik apabila Ishak berkata, “Yang kita tuturkan ini bukan bahasa Indonesia tetapi Bahasa Melayu Indonesia. Dengan ungkapan ini maka sudah timbul kebersamaan di kalangan kita dalam bahasa, iaitu adanya bahasa melayu indonesia, ada bahasa melayu malaysia, ada bahasa melayu singapura dan dan bahasa melayu brunei. Kebersamaannya adalah istilah bahasa melayu itu”. Ishak menekan jua peri pentingnya diadakan pertukaran karya sastera kerana di makin, “kita mendekati diri kita sebagai bangsa melayu”.

Seorang tokoh bahasa Makasar, Bustamin namanya, mencadangkan agar Dewan Bahasa memberi peluang kepada pegawai Balai Bahasa Sulawesi Selatan berlatih di Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Katanya, “kita masih tertinggal dalam semua bidang pembangunan bahasa dan dengan adanya latihan seumpama itu maka pegawai bahasa kami akan meningkatkan pengurusan bahasa”. Haji Aziz menganggap positif cadangan Bustamin. Rombongan Jejak Bahasa mengadakan acara berasingan. Ketika pertemuan berlangsung rombongan makan malam di restoran masakan jawa berdekatan Pantai Esplande Menado.


Azura Abd. Karim, kiri, Zailan Rahman, rosmawardi Imail dan Mohd Fitri memilih lokasi terbaik sebelum memulakan penggambaran di pantai Menado.
Zainal Arifin Pengurus Bahagian Dokumentari TV3 dan pengacara Jejak Rasul, yang menyertai rombongan di Menado melahirkan rasa puas hati dengan hasil penggambaran kru Jejak Bahasa di kota ini. Katanya banyak elemen bagus yang akan menjadi dan tarikan kepada program Jejak Bahasa. Dia sendiri memuji daya tarikan kota Menado. Saya tidak pasti daya tarikan apa yang dipuji Zainal.
Kerana dia berkata secara umum. Barangkali terlintas juga dalam hatinya tentang keindahan suasana kota, tidak tidak terkecuali wajah menawan kaum femininnya.

Saya teringat kata-kata seorang hos Jejak Bahasa di Jakarta, Tati. “Kalau nanti berada di Menado, bapak-bapak semua diharap tidak tergoda dengan kecantikan cewek-ceweknya,” kata Tati Uyon bercanda. Wajah Maria Menado dan arwah Normadiah seperti membayangi kami di kota Menado. Sungguh!

Catatan A.F.Yassin, kota Menado, 23 Januari 2001

Thursday 22 November 2012

MENCARI KAMPUNG MARIA MENADO DAN NORMADIAH DI KOTA MENADO



Dato' Maria Menado, asal Minahasa, Kota Menado, Sulewasi Utara.


 Seniwati Normadiah asal Kota Menado, Sulewasi Utara.

Berita kematian bintang filem Normadiah beberapa ketika yang lalu masih membekas dalam hati ketika pertama kali saya menjejakkan kaki di tanah kelahirannya di Menado. Begitu juga dengan nama bintang filem kawakan tahun 50an dan 60an, Maria Menado. Saya dan hampir seluruh sebelas anggota rombongan Jejak Bahasa DBP-TV3 begitu ghairah untuk melihat suasana dan keadaan sekitarnya, terutama Kota Menado, yang terletak di hujung utara Pulau Sulawesi.
Kota Menado dari udara

Bagi Rahim Aman, Penyelidik untuk Daerah Sulawesi dan Pensyarah UKM, kedatangan ke Menado seperti “balik kampung” sahaja sebabnya mertuanya orang Gurintalo tetapi menetap di Minado. Maka tidak hairanlah dia tenang sahaja sepanjang penerbangan dari Makassar ke Menado. Lagu Oinani kiki nyanyian Anikei Gronloh tahun 60-an dan dinyanyikan semula oleh penyanyi remaja sensasi Sulawesi Utara, Nova Sandukh untuk rakaman penggambaran Jejak Bahasa di Pantai Menado mengasyikkan.

Walaupun tidak sebaik penampilan suaranya berbanding Anikei Gonloh namun suara Nova Sandukh cukup untuk mengembalikan ingatan kami kepada penyanyi Anikei Gronloh yang kini khabarnya menetap di Belanda. Menurut pemandu Jejak Bahasa di Menado, Betty Pulu seorang Pegawai Wanita dari Pejabat Gabenor Sulawesi Utara, lagu Oinani Kiki adalah lagu simpati seorang anak yang ingin membeli rumah tetapi tidak punya wang. Betty Menterjemahkan bait-bait lagu itu ke dalam bahasa Melayu antara lain: Oh anak ku tersayang/mahu pergi ke Minado/ingin membeli rumah / tolong berikan wang / kerana saya tidak punya apa-apa / asalkan ikhlas. Suara Nova serak-serak basah dan penyanyi keturunan Minahasa dan anak saudara pula kepada Gabenor Sulawesi Utara itu popular dengan tiga album solonya, dua daripadanya berjudul “satu .Kadira (kerusi) tiga orang” dan “kita rela berkorban” Nova baru berusia 17 tahun tetapi berstatus “janda anak satu”. Katanya, “saya kahwin muda eihoo!

Pegawai Seranta dari kantor Gabenor Sulawesi Utara, Betty Pulu bertindak sebagai pemandu sepanjang penggambaran di Kota Menado.

Dari atas bukit Tomahon Kota Minado kelihatan memenuhi pinggiran sebuah teluk. Pulau Menado tua berbalam seperti mengepungi perairan teluk sehingga Menado bagaikan teluk di pinggiran sebuah tasik. Kotanya tidaklah besar, tetapi di sana sini gereja menjadi unsur terpenting. Adalah sebuah dua masjid besar, termasuk masjid raya yang sedang dibangunkan. Menurut Bety, terdapat hanya 10% penduduk beragama Islam di kota ini, tetapi 42% daripada hampir tiga juta penduduk provinsi Sulawesi Utara, beragama Islam. Kebanyakannya tinggal di Guruntalo yang akan menjadi sebuah provinsi dalam waktu terdekat ini.

Ertinya Guruntalo akan menjadi provinsi yang hampir seluruh penduduknya beragama Islam. Barangkali pemisahan Guruntalo daripada Sulawesi Utara didasarkan kepada kelompok etnik dan keagamaan. Salah satu yang menarik di Minado ialah intonasi dan sebutan penutur bahara Indonesia/Melayu. Ramainya yang berkata bahawa orang Menado bercakap dalam bahasa Melayu Menado. Jarang kami dengar penduduk tempatan menyatakan mereka berbahasa Indonesia. Kata seorang peniaga ikan di pasar Pililangan ”kami bercakap dalam bahasa Melayu dialek Minado” soalnya apakah ada dialek Minado dan apakah memang rasminya mereka bercakap dalam apa yang dikatakan mereka “Melayu Menado?”
Kru Jejak Bahasa TV3 Fitri (kanan), Zailan Abd. Rahman, Rosmawadi Ismail dan Azura Abd. Karim tengah meneliti kedudukan sekitaran sebelum penggambaran dijalankan.

Jejak Bahasa mendapatkan pandangan Profesor Doktor Haji Hongo Tajuddin Yusof, Ketua Pejabat Bahasa Menado merangkap Profesor di Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (IKIP) Menado. Kata Profesor Yusof bahasa Melayu itu rasminya bahasa Indonesia dan di Menado bahasa itu dituturkan melalui berbagai-bagai dialek seperti dialek Menado sendiri, dialek Guruntalo atau dialek Minahasa.
Sementara itu setiap dialek itu mengandungi idioleknya pula semacam bunyi sebutan atau intonasi. “Yang kita dengar mereka bicara itu adalah tutur kata mereka berdasarkan idiolek itu’, katanya.

Tutur kata orang di Menado cepat dan pantas. “Kita perlu dengar baik-baik kalau mahu mengerti dan banyak perkataan dalam bahasa tempatan berasal daripada bahasa Melayu. Kata Bety. Hal ini diakui oleh Profesor Yusof sendiri. Menurutnya di Sulawesi Utara penduduknya memahami tiga bahasa, baik bahasa ibunda mereka sendiri, bahasa Melayu Menado dan bahasa Indonesia’.Menurut Profesor Yusof bahasa ibunda mereka terdiri daripada misalnya bahasa Minahasa untuk etnik Minahasa bahasa Guruntalo untuk etnik yang hampir semuanya beragama Islam atau bahasa etnik lainnya. Bahasa-bahasa etnik ini berbeza sekali antara satu dengan yang lain. Perbezaan sama seperti perbezaan antara bahasa jawa dengan bahasa Melayu atau bahasa sunda.

“Bagaimanapun, semua etnik itu tahu berbahasa Melayu Menado dan berbahasa Indonesia. Kedua-dua bahasa Melayu Menado ini pula berbeza dengan bahasa Indonesia, ”kata Profesor Yusof. Kami difahamkan bahasa-bahasa Melayu minado itu berasal dari bahasa Melayu Riau. Cuma bahasa itu mengalami proses sosiolisasi dan membaur dengan bahasa ibunda. Kata Bety,”Bahasa Indonesia pula, ya sepertinya yang ada sekarang. Banyak perkataan telah dijawakan”.
Penerbit Jejak Bahasa, Zailan Abd. Rahman dalam satu pos istimewa yang diabadikan Ahmad Fadzil Yassin semasa penggambaran di Pontianak, Indonesia.

Bety Polo beragama Kristian Protestan. Tapi tunggu dulu, katanya. “Walaupun saya beragama Kristian keharmonian hubungan antara agama amat rukun. Kami seperti berkeluarga. Di sini perkahwinan antara agama sudah lazim. Misalnya, ada keluarga yang isteri Islam, suami Kristian dan anak-anak dipersilakan untuk memilih, apakah mahu masuk Islam agama ibunya atau Kristian, agama ayahnya. Itukan rukun namanya” ketua Komiti penyambut, David Babiho, beragama Islam, walaupun namanya bukan Daud. Lebih menarik ialah nama salah seorang pemain gitar kumpulan muzik yang mengiringi nyanyian Nova Sandukh. namanya Jefri bin Jaafar. Pengacara TVRI, Menado yang turut menganggotai komiti penyambut, bernama Drs. Uthkan Diman. Bunyi macam beragama Islam tetapi dia kristian.
Othman Ismail, Ketua Projek Jejak Bahasa dan saya berpandangan ketika Betty menjelaskannya  dalam mesyuarat malam pertama bersama Jawatankuasa Penyambut Jejak Bahasa di Menado. 

Yang membuatkan kami saling berpandangan lagi ialah apabila orang Islam dan orang Kristian saling bersapa-sapaan dengan ucapan Assalamualaikum dan selom sekali gus” atau seorang beragama Hindu dengan seorang beragama Islam memberi salam dan “Om Swastiastu” sekali gus. Betty Pulu yang Protestan setiap kali menyapa kami dengan assalamualaikum” terlebih dahulu. Inilah rukun hidup orang Menado.

Beberapa hari bersama hos rombongan dan menjelajahi Menado dan daerah sekitarnya menyaksikan keharmonian sebuah kota kecil yang seperti tidak mengenali erti demontrasi dan tunjuk rasa yang sedang hangat-hangatnya di Jakarta. Kata David, “di sini semua tenang-tenang sahaja”. Saya fikir rukun agama yang sudah menjadi adat kebiasaan di Menado memperkuat hubungan silaturahim antara sesama kita. Saudara perlu memahami konsep hidup kami di Menado ialah kerukunan dan lambang kami di kota ini ialah Menado kota nyiur melambai”
Abd. Rahim Aman, pensyarah UKM, salah seorang penyelidik Jejak Bahasa untuk Kepulauan Sulawei, Indonesia. Abd. Rahim adalah alumni Universitas Hasanuddin, Makassar, Sulawesi Selatan. 

Menado kota nyiur melambai! sungguh Menado dipenuhi pohon kelapa. Di sana sini di tengah-tengah kota pohon kelapa ditanam orang. Apabila ditiup angin dari laut atau dari gunung daunnya meliang liuk terkena tiupan bagaikan ia sedang melambai pengunjung dari lautan atau dari daratan. “Kami gunakan kata nyiur bukan kelapa. Itu adalah pengaruh bahasa Melayu. Bahasa Indonesia kelapa”, kata seorang anggota komiti penyambut. Kami dibawa kekaki sebuah gunung berapi. Masih terdapat asap dan sesekali api yang menyala. Seluruh lereng di sebelah selatannya berwarna hitam dan dibahagian depannya kekuningan.
“Saudara boleh tafsirkan sendiri maka daripada warna-warna itu”, kata ..........yang memandu kami ke tempat itu. Gunung ini adalah salah satu daripada dua gunung berapi yang mengapit kota Menado dari selatan dan utara yang menurut pemandu kami masih hidup dan aktif.

Tidak jauh daripada tempat kami melihat kota Menado “yang saujana mata memandang” ada sebuah tanah perkuburan orang Minahasa yang dinamakan wali waroga dalam bahasa Minahasa wali bererti rumah dan waroga badan yang hancur luluh dalam batu. Terdapat puluhan kubur orang Minahasa dulu-dulu yang batu nisan mengandungi mayat. Ertinya orang Minahasa suatu ketika dulu menanam mayat di dalam batu yang kemudian ditegakkan sebagai nisan.
Ertinya lagi, dalam batu nisan tersimpan mayat yang ditanam secara duduk berpeluk tubuh, lengkap dengan ruang kepala di bahagian atas batu, bukan dalam tanah seperti lazimnya orang menanam mayat.

Menurut penjaga kubur, Ulca, wanita berusia 33 tahun beranak empat, batu-batu itu dipindahkan dari berbagai-bagai tempat di seluruh daerah Minahasa. “Yang ada masih puluhan. Ada 2,000 lagi yang akan dipindahkan ke sini”, kata Ulca
Dia begitu pintar bicara dalam bahasa Indonesia. Dia menjelaskan beberapa perbezaan dalam ukiran dan bentuk batu nisan bermayat itu. Batu tanpa tulisan atau gambar menunjukkan ia telah berusia ribuan tahun. Yang berukirkan kelasi. Portugis menunjukkan batu nisan itu berisikan mayat orang Portugis sementara batu nisan berukirkan mahkota di bahagian atasnya menunjukkan ia berisikan mayat orang Belanda. Batu yang bertuliskan bahasa minahasa berisikan mayat orang Minahasa.

Kuburan ini menarik kerana mayat semua agama ditanamkan di satu tempat, terutama Islam dan Kristian. Nyatanya tanah perkuburan turut “hidup rukun”! di Menado. (Laporan ini disiapkan pada 23 Januari 2001, ketika menginap di sebuah hotel terkemuka di Kota Menado. Termasuk dalam rombongan Penerbit Jejak Bahasa TV3, Zainal Ariffin Ismail, Zailan Abd.Rahman serta Azura Abd. Karim dan Pengurus Projek Jejak Bahasa DBP, Othman Ismail serta seorang lagi penyelidik untuk Kota Menado, Abd. Rahim Aman dari UKM. Ikut serta Pengerusi Lembga Pengelola DBP, Dato' Abd. Rahim Bakar. )

 
Datuk Maria Menado (nama asal beliau Liesbet Dotulong) dilahirkan pada 2 Februari 1932, merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1957 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan bertukar agama ke Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak", yang merupakan filem seram tempatan yang sulung, memberikannya kemasyhuran dalam dunia filem tempatan pada tahun 1957. Pada tahun itu, beliau digelarkan "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di dalam Asia Tenggara" oleh United Press International, sebuah pertubuhan berita.

 Normadiah : Lahir dengan nama Edith Sumampo @ Norma binti Abdullah pada 14 Ogos 1932 di Kota Menado, Sulawei Utara. Beliau meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8 Ogos 2000.



Pekerjaan
Pelakon, penari, penyanyi
Tahun aktif
Ibu Bapa
Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè
Berkahwin dengan
Anak
Azlina Aziz dan Azliza (Liza) Aziz

Norma binti Abdullah merupakan anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. Nama asal beliau ialah Edith Sumampouw, iaitu nama sebelum beliau memeluk Islam pada usia 18 tahun. Beliau yang lebih dikenali sebagai Normadiah, (A. R. Tompel adalah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah) merupakan seniwati filem Melayu lahir pada 14 Ogos 1932 di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia. Beliau merupakan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan untuk berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.