Mohamed Salleh Johri: Pakar rujuk dialek Ghombau dan mantan Pegawai Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka.
MARI BELAJAR LOGHAT DAERAH: Corat
Coret TIBIES
Oleh Mohamed
Salleh Johari
Kosa Kata Grup TBSST
Bila kita membaca posting dan komen yang
dibuat oleh Grup TBSST, kita dapati penggunaan kata yang tersendiri. Penggunaan
kata ini adalah terhasil daripada keperluan sesuatu kumpulan tertentu. Atas
tujuan untuk berkomunikasi kumpulan ini menggunakan kata yang tertentu yang
diterima oleh ahli kumpulan. Grup TBSST ini begitu aktif sesama mereka. Ayat2
yang dijana adalah ayat pertuturan yang ringkas tetapi difahami. Ayat2 ini
digunakan dalam situasi tak formal dan dalam situasi keakraban. Grup TBSST ini
merupakan kumpulan yang sudah mesra kerana mereka dari sekolah yang sama.
Kita lihat pada kesempatan ini Kata Nama, Kata
Ganti Nama, Kata Kerja, Kata Penegas.
Kata Ganti Nama
Grup TBSST menggunakan kata bahasa Negri
Sembilan seperti:
ese, se, eden, den, saya, I,
doyan, an, deyen
kata 'saya' digunakan juga walaupun kata ini
adalah kata bahasa standard. Sepatutnya bentuk 'sayo' digunakan. Kerana situasi
komunikasi adalah tak formal ahli bebas untuk menggunakan kata 'saya'. Kata 'I'
digunakan juga oleh Grup TBSST. Alasan penggunaan 'I' samalah dengan penggunaan
kata 'saya". Semasa berbual dengan kawan-kawan yang rapat kita bebas untuk
menggunakan kata-kata.
Kata 'deyen' digunakan juga oleh Grup. Kata
'deyen' ini adalah kata Minangkabau. Mungkin tidak digunakan dala bahasa N9 .
Kata 'doyan' ada digunakan. Bagi saya kata ini rapat bentuknya dengan kata
'deyen'. Mungkin kata 'doyan' timbul daripada kata 'deyen'. Bahasa N9 merubah
kata ini menjadi 'doyan'. Kata 'an' juga digunakan. Bagi saya kata ini terbit
daripada 'doyan'. Mungkin orang dari kampung tertentu menggunakan 'an' saja
untuk menunjukkan mereka tidak datang dari kampung yang menggunakan 'doyan'.
Orang yang menggunakan kata 'doyan' mungkin mereka berasal dari daerah yang
menggunakan 'deyen' di Ranah Minang.
Kata 'se', 'ese' ada digunakan oleh kumpulan
ini. Bagi saya kata2 ini terbit daripada kata 'saya'. Jadi sepatutnya kata ini
jadi 'so' dan 'eso'. Penggunaan kata 'eden' dan 'den' adalah identiti kepada
bahasa N9. Penggunaan kata ini menunjukkan bahawa orang N9 datang dari daerah
yang tertentu di Ranah Minang.
Dalam teks yang panjang penggunaan KGN tidak
disaling tukar. Hanya KGN yang sama digunakan untuk seluruh teks. Kalau 'se'
digunakan pada ayat pertama maka kata ini digunakan pada ayat2 seterusnya.
Kata Nama
Kumpulan ini banyak menggunakan kata standard
tetapi digunakaan ikut bahasa N9. Kata2 bahasa N9 ada juga digunakan seperti:
bujam, boko, bakul sia, kojar
adat, meta, peta, botanam,
beweh, jaweh, motan, kerop,
koman
Banyaklah kata2 ini kata2 biasa bahasa N9 dan
ada juga kata khas Adat Perpatih. Ada pula kata-kata yang dipinjam daripada
bahasa orang putih. Kata 'perut', 'suku' adalah kata Adat Perpatih.
Ada kalanya KN dipendekkan seperti:
Alias - lias, Lieh
Ada kata-kata dicantumkam:
kawan-kawan - kenkawan
Kumpulan ini ramai yang menggunakan kependekan
untuk merujuk kepada nama seseorang ahli:
MSJ, GY, ZA
Kata Kerja
Seperti KN, Kkj standard begitu banyak
digunakan. Kata-kata ini digunakan ikut cara bahasa N9. Kata kerja bahasa N9
yang digunakan adalah:
dilapon, ngicap
Kata Penegas
Untuk memberi kesan tertentu kepada ayat yang
dijana, kata-kata penegas diletak pada akhir ayat:
... doh. ... dah ...tuh. ha!ha!...eh. ...kah.
..kan
Kata-kata ini dapat memberi kesan tertentu
pada ayat seperti untuk mencuit, sindiran, dsb.
Kata-kata digunakan secara kreatif untuk
melahirkan situasi akrab.
Like · · Unfollow Post · March 24 at 11:33am
via mobile
Seen by 77
Hattar Othman, Jamilah Ujang, Nasa Abu Bakar
and 8 others like this.
Mohd Nordin Ahmad: Bravo Mohamed Salleh
Johari, you punya kupasan tentang bahasa loghat N9 memang mantap dan boleh
dijadikan rujukan.Kupasan seperti ini selalunya dilahirkan oleh orang-orang
yang pakar. Ini mesti dimasukkan ke dalam corat coret TBSST. Kelak ia boleh
dirujuk oleh para pembaca dan angkatan yang sudah kurang biasa dengan bahasa
loghat kita(N9). Very good, keep writing like AAB and AFY, AAR.ZA, GY dll yang
semuanya memiliki talent yang tersendiri.
March 24 at 12:11pm · Like
Ghazali Yasin: MSJ, hebat! Mungkin bulih dipolish up lagi
untuk dimuatkan dalam buku 'Corat-Coret TBIES'. Hanya seorang pakar bahasa
(memang pun sobab MSJ dulu bekerja di DBP) yang bulih menulis secara ilmiah
seperti di ateh. Saya yakin Penyelaras Projek (A.F Yassin) tentu mengalu-alukan
sumbangan artikel seperti ini.
March 24 at 12:42pm · Like
Ahmad Fadzil Yassin: komen msj ini " wajib" masuk corat-
coret TIBIES. Harap GY tolong buat hard copy artikel MSJ ini dan nanti kitp
komehan. Kalau boleh write-up AWAL juga. Satu lagi fotostat buku GY dah siap.
Ese ko Tampin esok Isnin. Boleh kito ngoteh kek Tampin esok kul 11.30 pagi.
Salam
March 24 at 12:50pm via mobile · Like
Car Lim Aboo selamo ni MSJ diam ajo ghupo x
nyo masih biso bonar laie syabas warigh
March 24 at 12:57pm · Like
Ghazali Yasin: Elok bona AFY poi Tampin esok. Tolanjo ko
Tampin tu elok juo Abang Kaber Ana dan Kak Bi lunch kek gumah se. Kek gumah lai
sodap sembang. Tolong confirm Bang.
March 24 at 3:08pm · Edited · Like
Mohamed Salleh Johari: TK semuonya.
March 24 at 4:41pm via mobile · Like
Salleh Simon: Handal kau leh
March 24 at 5:03pm via mobile · Like
Mohamed Salleh Johari TK SS.
March 24 at 6:46pm via mobile · Like
Nasa Abu Bakar: Tahniah MSJ torpigo den bilo
baco teks kau tu... ini ajo warisan yg kito masih pogang hingo kini. Harap
generasi akan dtg dapek meneruskan nyo.
March 24 at 8:08pm via mobile · Like · 1
Mohamed Salleh Johari: TK NAB.
March
24 at 8:31pm via mobile · Like
Kamarudin
Md Tahir: Mula nak baca sikit je. Tak
soda abih baco semua. Ado lai ko SABIJO.
Monday at 11:33pm · Like
Salleh Simon: KMT. Ikut2 an ado lai.Msj lupo nak address ni
sobab x ponah digunakan dlm FB. X ponah pakai sobab perkataan e panjang sikit.
Pokatan ni dipakai kek kpg Gadong & kpg Tanjong shj. Pokatan e adalah,
untuk mengantikan 'saya' kito gunakan pokatan 'oghang ni' dari pokatan orang
ini. Misal 'oghang ni x mau poi Koto doh 'oghang ni nak poi Tampin' . Terpulang
kpd MSJ lah nak masukan.
Monday at 11:53pm via mobile · Like · 1
Ahmad Fadzil Yassin: oghang ini jugak telah dipendek an laie
menjadi "oni". adik-adik ese ghamai yang membahasakan diri mereka
dengan "oni". Misalnya arwah Amrah Yasin, adik saya bahasakan dirinya
"oni".
Tuesday at 7:32am via mobile · Like
Mohammad Ibrahim: Boto tu AFY anak2 sodagho den sokaghang ni KGN
"oni"
Tuesday at 8:06am via mobile · Like
Salleh Simon: Mokaseh AFY & MI dgn maklumat
baru...bolehlah kito gunapakai 'oni'
Tuesday
at 3:15pm via mobile · Like
Ishak
Othman: Jangan tosalah sebut pulak lain
makno eh.
Tuesday
at 3:20pm · Like
Salleh
Simon: Sebutan seperti apo IO.
Tuesday
at 4:00pm via mobile · Like
Ishak
Othman: Onani SS
Tuesday
at 4:02pm · Like
Salleh
Simon: X mungkin. X taulah x ponah try
lagi.
Tuesday
at 4:11pm via mobile · Like
Mohammad
Ibrahim: IO ni pandai kelaka topi memang
gunapakai jangan korupkan fikiran budak2 mudo. Kito jadi contoh maaf kalau
kasar
Tuesday
at 4:12pm via mobile · Like
Mohamed
Salleh Johari: Mak oi nani.
Tuesday
at 4:16pm via mobile · Like
Mohamed
Salleh Johari: SS kito tambah 'oghang
ni' n 'oni'. KMT baru donga suaro.
Tuesday
at 4:26pm via mobile · Like
Salleh
Simon: Canteklah tu MSJ
Tuesday
at 4:38pm via mobile · Like
Abu
Aman Bachik: Tahniah MSJ kerana meroka
bidang ni. Bertambah lagi satu juadah kitom. Syabash! Baru soto hah cberetlah
dari hari jumaat hari tu.
Yesterday at 7:30pm via mobile · Like
Ghazali Yasin: Semoga Bang Abu dah pulih. Kalau dah sehat
sepenuhnya bolehlah datang ke tempat kami hujung minggu ini. Noriah dan ese
sentiasa menghargai doa yang kerap kami terima daripada Bang Abu. Mokasih,
Wassalam!
17 hours ago · Like
Mohd Nordin Ahmad: Oghang Ghombau tak ado ko gunoan "
ayo" sebagai ganti "ese"? Di Pilah, "ayo" ni lobih
digunoan dek oghang pempuan, satu cagho nunjukan lomah lombut...
7 hours ago via mobile · Like
Mohamed Salleh Johari: Memang ado 'ayo' digunokan. Tapi lon digunakan
dlm fb. Tapi oleh krn Dato' dah bangkitkan kato ni akan dimasukkan dlm kajian
ini.
7 hours
ago via mobile · Like
Ghazali
Yasin: Di Johol pun samo Dato' Mohd
Nordin Ahmad. Ganti namo 'ayo' tu digunokan oleh oghang perempuan untuk ejek
dighi dio.
7 hours
ago · Like