Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku TIBIES Ke-3 yang diadakan di rumah Mohd. Salleh Johari di Kg. Kubu Gajah, Sungai Buloh semalam (Rabu, 24 April 2013) ternyata kurang “menyengat” dan “bersemangat”. Beberapa anggota tidak hadir dengan maaf, iaitu “Abang Tua” Abu Aman Bachik, Mohd. Ashraf Manzoor Husain, Gary Fong dan Hattar Othman. Hujan lebat yang turun ketika Mesyuarat sedang brlangsung turut menjadikan keadaan sedikit "suram”. Dan buat pertama kali tidak kelihatan bunyi klik kamera sehingga ada seorang anggota menyatakan “rasa aneh”nya. Biasanya akan ada yang “snap” sana “snap” sini ketika kegiatan sedang berlangsung, seperti halnya dalam mesyuarat-mesyuarat lalu. Mujur juga mesyuarat didinginkan oleh hujan yang “membingarkan” sedikit suasana dan seperti biasa anggota Car Lim Aboo bagaikan menjadi “penyeri” dengan “cerita-cerita antik”nya.Umumnya suasana bolehlah dikategorikan begitu lackadaisical.
Kurang pasti kenapa suasana petang itu kurang bersemangat. Agenda pun tak banyak, hanya dua di samping Perkara Berbangkit. Pun, tidak banyak hujah
dan pandangan dilontarkan kali ini, bagaikan kurangnya “kesungguhan” terutama
apabila usul “penajaan penerbitan” dibincangkan. Belum ada nama yang diputuskan
siapa yang dengan sukarela ingin menjadi
“canvasser” mencari penajaan. Malah agenda melantik J/K Kecil mendapatkan penajaan tidak dibincangkan langsung.
Akhirnya diputuskan beberapa opsyen, iaitu dengan meminta setiap anggota Grup TBSST
menyumbang minimum RM30 seorang untuk
mendapatkan senaskhah seorang buku itu nanti sebagai pre-sale promotion.
Sesiapa yang menyumbang lebih akan diberikan dua naskhah dan seterusnya. Dalam
tabung penerbitan jumlah yang telah dipungut hanya sekitar RM440. Opsyen lain ialah sesiapa dalam kalangan
anggota Jawatankuassa Penerbitan diminta mendekati tokoh-tokoh alumni Sekolah Tunku
Besar Tampin atau yang bukan alumni yang sudah punya nama dari segi kedudukan dan
kewangan sudi menjadi penaja.
Usul ini
belum begitu muktamad apabila mesyuarat berhenti seketika untuk membasah tekak.
Namun akhirnya mesyuarat bersurai begitu sahaja tanpa ditutup dengan rasmi oleh
Tn Presiden dan kelihatan setiap yang hadir mahu bergegas pulang dalam hujan
yang seperti tidak mahu reda-reda. Apapun, Tn Presiden bagi pihak yang hadir
sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Mohd. Salleh Johari
yang sudi menjadi hos mesyuarat kali ke-3 ini. Dan buat pertama kali,
mesyuarat tidak diakhiri dengan membuka tabung derma untuk Tabung penerbitan.
Tidak ada artikel baru yang diterima oleh
Penolong Setiausaha (Ghazali Yasin). Tidak juga ada sesiapa yang teah
mengembalikan semula artikel yang telah sama ada di kurang, ditambah dan
diedit. Dan ini memberi kesan bahawa kemajuan proses penerbitan belum menampakkan
tanda-tanda peningkatan dalam kegiatan seterusnya. Sebagai contoh, tidak
dibincangkan secara serius tentang usul mendapatkan perkhidmatan editor
professional untuk mengendalikan perkara-perkara teknikal yang melibatkan
peroses penerbitan. Hanya penyeleras penerbitan bercadang untuk menemui seorang
editor berpenglaman pada Sabtu ini dan mendapatkan khidmatnya dan mendengar syarat-syaratnya
dan hasil pertemuan itu akan dirujuk kepada J/K Penerbitan pada mesyuarat yang
akan datang untuk pertimbangan. Tugas editor ini nanti adalah untuk melaksanakan
kerja-kerja penerbitan dari peringkat manuskrip sehingga buku jadi.
Tarikh terakhir mengirimkan artikel dalam
sebarang bentuk masih kekal 31 Mei 2013. Oleh kerana J/K Penerbitan perlu
menumpukan sepenuh masa kepada projek penerbitan Buku Corat-Coret TIBIES ini
maka cadangan untuk melaksanakan projek motivasi yang akan dikendalikan Awaluddin Abd. Rahman perlu
di KIV dahulu sehingga peojek penerbitan ini selesai. Mesyuarat ditangguhkan sekitar
jam 6.00 petang dengan catatan: “Jumpa pada 1 Mei 2013 di rumah Tn. Presiden, Zahriman
Alias di Kuala Selangor. Acaranya Perayaan Satu Tahun Penubuhan Grup TBSST yang
akan bermula pada pukul 2.30 petang. Pada hari itu juga adalah H.U.T kelahiran Tn.
Presiden. Jumlah anggota Grup TBSST kini ialah 219 orang.
Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada hri Rabu , 8 Mei di rumah Mohammad Ibrahim di
Shah Alam, jam 3.00 petang.
Apa sudah jadi, dah mula hangat-hangat tahi ayam?
ReplyDeleteAAB was once the most prolific in the blog. Alive and kicking. But suddenly he is in no mood to do anything anymore. Are you too old to continue with your stories or your lack of interest has left you in the lurch. C'mon AAB, this is not the end of the world. We long to read your best!
ReplyDeleteApabila saya baca komen dua tokoh penting Grup TBSST dalam FB dan kemudian bandingkan dengan catatan dalam blog ini semacam wujud pertentangan pandangan. Nampaknya ada yang nak tegakkan benang basah. Mungkin kebanyakan anggota Grup ini mantan orang kerajaan. Amat disayangkan apabila buat projek buku macam ini mereka buat cara kerajaan buat. Mereka mungkin lupa yang penting ialah modal dan duit. Tak ada duit jangan sebut nak buat projek. Kalau sekadar cari bahan semua orang boleh buat tapi bila nak tampung belanja, mungkin jadi haru nanti. Eloklah tanya orang yang dah pengalaman dalam kerja cari duit ini. teguran ikhlas dari saya mantan pelajar Sekolah Rendah Inggeris Kerajaan Tampin, zaman sebelum merdeka.
ReplyDeleteZahriman Alias : Mesyuarat tetap berjalan walau agak slow. Kemajuan yang dicapai juga agak slow....belum ada artikel disumbang oleh sesiapa. Terima kasih kepada AAR dan MSJ yang telah memuatkan cerita2 mereka dalam TBSST baru2 ini yang dianggap penyelamat. Kutipan wang untuk penerbitan pun slow, hanya AJK yang menyumbang tiap kali mesyuarat. Mana nak memadai. Jumlah kutipan sebelum mesyuarat semalam ialah RM 440. Di akhir mesyuarat ada juga AJK yang menyumbang dengan memasukkan wang secara ikhlas ke dalam tong (yg disediakan), tak pasti berapa jumlahnya kerana duit kutipan sekarang diserah kepada Pen S/U sdra GY. Diharap duit itu boleh diguna tabung petty cash.
ReplyDeleteMesyuarat masih buntu tentang usaha mendapat sumber kewangan anggaran rm20,000.00 untuk tujuan penerbitan. Dalam keadaan masing2 dah pencen, nampak keraguan di kalangan AJK sendiri tentang keupayaan kita mencari penaja. Namun dalam mesuarat semalam telah dikenalpasti sekurang2 dua nama untuk di hubungi bagi mendapat penajaan.
14 hours ago · Like · 1
Ghazali Yasin Kito bermesyuarat somalam dalam keadaan santai - tidak formal sangat. Banyak juga cadangan bernas diketengahkan totapi masing2 terlalu berhati-hati nampaknya - terutama apabila memikirkan bagaimana nak cari ongkos untuk kerja2 penerbitan dan pencetakan buku tersebut. Saya kerap berhubung dengan kenkawan yang telah memberi komitmen untuk menyumbang artikel. Reaksi dari kenkawan berkenaan nampak positif. Cuma masing2 menunggu untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan menyerahkan kepada saya sebelum tarikh akhir menerima sumbangan - 31 Mei 2013. Macam biasolah masing2 menantikan saat2 akhir untuk membuat pecutan bersungguh-sungguh. Jika ada yang sudah siap tolong emailkan kepada saya <1948zali@gmail.com>. Mokasih banyak2.
14 hours ago · Like · 1
Options
Tajul Ariffin Kamat
Bukan mudah nak terbit dan cetak buku ini. Saya amat setuju dengan masalah kos yang didisebut dalam komen di atas. Kelihatan ada seorang yang dianggap tahu tentang penerbitan buku tetapi sama ada orang ini masih tahu kemajuan penerbitan buku hari ini atau sudah jauh ketinggalan zaman. Sekarang ini paling minimum kita kena cetak minimum 1,500 naskhah, baru boleh buat kosnya rendah. Dan untuk mencetak 1,500 naskhah penerbit memerlukan seikitnya RM20,000. Itu pon kalau buku itu tebalny 156 halaman. Bimbang nanti kalau dah cetak nanti konya melambung lagi. Fikirkanlah masak-masak abang-abang dan kakak-kakak dalam Grup YBSST ini. Akhirnya semua ini akan jadi hangat-hangat tahi ayam.
ReplyDeleteKalau mesyuarat mana ada santai-santai. Kalau bersikap demikian apa pun tak akan jadi.
ReplyDeleteMacam mencurah air di daun koladi jo nampak eh, Corat-Coret TIBIES. Itulah sebelun nak buek dulu kito kono fikir masak-masak. Memang sodap bunyi eh, nak buek itu dan ini. Akhir eh habuk pon takda. Nak tanya ni, Sapo deh oghang-oghang eh yang boiyo-iyo nak buek buku ini. Kalau Den tak silap Arwah Zain ada timbolkan, yang hondak sangat kito buek dulu kawan kito daghi Bec 1962. Apo dah jadi dongan dio ini tibo-tibo losap jo. Kobar eh pulak sebok nak buek kogiatan di asrama TBS pulak dongan kojosamo cikgu-cikgu kek sanun. Bueklah satu-satu dulu, dah solosai buek satu laie. Kito ini janganlah jadi oghang okap, somuo nak buek akhir eh yang dikendong berciciran yang dikoja tak dapek. Oghang-oghang kuek corat-coret seperti TP, S/U, Penolong S/U AAB dan AFY kok diam yo?
ReplyDeleteYou people have not been fair to the TBSST stalwarts like TP, S?U. Peenolong S/U, AAB and AFY. All of them are volunteers, trying to establish something for the Alumni (ex-TBSST students). Give them the an appropriate and ample time under prevailing working condition and let's see whether they can complete their mission. I read it that they have until end of year to make it work. Also give them the benefit of a doubt. These are people with vast experience and I'm sure they will not go to waste. In Sh Allah, by the grace of God and before the new dawn of 2014 we should be able to see the first copy of Corat-Coret TIBIES. Just hope for the best!
ReplyDeleteBeginilah jadi eh klau buek kojo tak ponugheh. Nafsu godng tonago kughang. Mano poie eh yang nak buek buku ini dulu. Dah tobughai ko? Ingat sonang ko buek buku, Bang Abu Aman dan Bang Fadhil, dulu boiya-iyo bona nak buek. TP, CLA dan Ghaali Yasin mano deh. Apo komajuan mano NKRA kau jang. Nampak eh ngabihan bogheh yo. Salam
ReplyDeletewait and see, slow and steady. I am for one who would want to see a copy of the book come the dawn of 2014.
ReplyDeleteBang AAB, merajuk ke tak nak komen lagi nampaknya dalam Tampang. Janganlah begitu. Tengah dok tunggu jugak komen Bang AAB.
ReplyDeleteI think AAB is no more interested in Tampang and neither he wants to be associated with it anymore. He is too old to bother with this kind of petty things. He must be solely committed with matters most in his mind. To find peace and wirid to Almighty God. So please do not disturb him or tease him. Anyway he has contributed much to this blog and please appreciate what he has done to make TBSST livelier than ever before. I am sure he must be respected as an elderly man in our Group. Mind you he was from the 1962 batch.
ReplyDeleteTimokaseh atas komen komen anda. Ado yo yang podeh heh komen tu. kok untuk melopehan ghoram yo lain kali tak payahlah komen doh. Buek doso yo nyakit an ati orang. Terutamo eh annonymous mikuman dan hashim mustapha. Pikir pikir an lah. Komenlah yang membena kan elok. Allah pun suko.
ReplyDeleteTo FY dan sympathyser, timokaseh kerana memahami sensitiviti orang tuo.
Apo di tangguk air di ruang
Ontah kan koring ontah tidak
Apo nak di rajuk apo nak dikonang
Bau eh ado horum eh tidak.
Buah manggih mulo mencolah
Senduduk tidak berbungo lai
Aponak ditulih habihlah sudah
Itu sobab menyopi diri.
Mintak maaf, mikuman tak terlibat.
ReplyDeleteAnnonymous yang menyindir nyindir tu bawaklah beristigfar. Itu adalah lobeh baik. Nyindir nyindir ni memang nikmat, sebab itu kojo syaitan.
Dua hari lagi berakhirlah bulan Mei. Nak tahu juga daripada Ghazali Yasin, Penolong Setiausaha Penerbitan Corat-Coret TIBIES berapakah jumlah artikel baru yang diterima dan yang dijanjikan kenkawan-kenkawan semua. Di samping itu berapakah jumlah wang derma yang telah diterima untuk membantu penerbitan ini. Juga sudah adakah kenkawan yang bertemu dengan para dermawan yang punya duit lebih untuk menaja penerbitan buku ini. Ini soalan-soalan mudah yang perlu didijawab segera sekiranya buku ini hendak muncul menjelang fajar sidik tahun 2014.
ReplyDeleteNak ketawo pon ado mongonangkan nasib projek buek buku ini. Apakan dayo nafsu bosa, tonago kughang. Mano deh oghang-oghang kuek grup ini yang satu kotiko dulu bokoba-koba nak buek buku. Akhir eh ngabihan bogheh yo. Dak Zali kek Johol itu banyak ko artikel yang dah dikumpoan. CLA sonyap, TP pon sonyap dah mulo coghito tontang gaut. Dak Abu asyik dongan kaki molecet dan dak Fadhil toruih sonyap tak bobunyi.
ReplyDeleteIngin mencuit sikit. Apo dah jadi dongan projek penerbitan yang mengandungi anggota J/K yang hebat dan bertenaga suatu ketika dulu. Sonyap sopi dan balik-balik asyik dongan "gurau sondo" molalui FB. bueklah kojo yang boleh memberi manfaat seperti apo yang dilakukan TP kito dongan agro-centrednya. Bulan-bulan massyyyuuukkkk. Ap jadi dongan CLA kito, sonyap yo dongan Kak Tijah kito? Tak ado ko konduri kondaro. Itu haghi heboh nak buek doa solamat. Yolah sokaghang ini musim oghang konduri kahwin dan ado yang melancong jauh dongan cucu dan anak-anak. Yang kughang nampak eh ppromosi jualan langsung nak panjang umor. Den sotujulah apo kato Anonymous di ateh, kito ni lobeh bosa nafsu tapi tonago dah nipih.
ReplyDeleteSoba Jang Soba. Tak laghi gunung dikoja, akan adolah buku yang dicanangkan itu. Den yakin akan kolua jugak, lambat laun. Maklumlah oghang yang nak buek itu somuo eh dah jadi wargo omeh tontulah lambak sikit tompi slow and steady.
ReplyDeleteDapat berita dari orang yang dekat dengan kumpulan J/K Penerbitan buku Corat-Coret TIBIES, pertemuan akan diadakan 3 Julai depan di rumah Mohamad Ibrahim di Shah Alam. Mungkin orang yang paling sibuk sekarang ialah dua oghang yang dah komited. Ghazali Yasin dan Ahmad Fadzil Yassin. Walaupun nama ayah eh samo tompi duo orang tuo yang bobezo. Soghang tinggal di Johol dan soghang laie di Gadong. Di atas batu jemala mereka tolotak eh bojaya tidak buku ini ditoghobitkan. TP TBSST dan S/U TBSST tak payah buek apoa-po mongarahkan sajo. Ghazali, apo kobar dah banyak artikel tokumpo lon? Abang tuo AFY apo coghito, dah banyak ko artikel yang diesit. Abang tuo yang soghang laie AAB, den ghaso sodang monunggu artikel-artikel eh masuk buku. Anggota-anggota yang lain hanya jump the bandwagon. Komen-komen di ateh nampak eh tak begitu positif. Banyak yang mengharap akan lahirlah anak sulong TBSST untuk dibangga-banggakan. Sympathizer dan Faithfully Yours atau Mikuman tentu monunggu artikel abang kesayangan mereka AAB dongan buku yang siap dicetak. Wahai TP, dah banyak ko sumbangan kewangan. Ini paling motan kalau nak bojaya buku ini ditoghobitkan. Kalau tak nanti oghang akan cakap TP kito tak begitu ponureh. Asyik ko kobun dongan wang peribadi masssyyyuuukkkk. Sonang boto kojo TP ni. Anak-anak duo oghang Yassin ini botungkuh lumus ado yang rileks. Sokaghang ini dah hampir berakhir bulan Jun. Enam bulan laie fajar tahun baru menyngsing. Dan harapan buku Corat-Coret dapat monomui anggota-anggota TIBIES. Solamat bokojo Ghazali, solamat bokojo abang tuo AFY dan solamat mombaca abang tuo AAB yang soghang laie. Kadang-kadang den iri hati ado duo orang admirer yang terus-menerus mahukan abang tuo dari Air Mawang itu monulih laie. Mungkin satu coghito yang ado kaitan dongan jolingan manjo si dio waktu di TBS dulu.
ReplyDeleteKomen di ateh tak adil buek TP dan yang lain. Mano pulak TP asyik dongan cari duit dan massssyyyuk secara peribadi. Kan TP dah bosagho. Tentulah buek kojo untuk income tambahan. Salah ko moncari duit halal. Kalau nak komen itu jangnlah sampai monyakitkan hati. Boto-boto hampeh punya Peramal Tuo. Kalau nak komen biarlah yang positif. Berilah cadangan atau beri sumbangan dalam bentuk wang kalau tak boleh monulih. Jangan jadi Mikuman, janji nak bagi artikel sampai sokaghang habuk pon tak ada. Ontok-ontok yalah. Biar yang lain buek kojo dan siapkan buku. Bilo dah sampai masonya dan kalau tak siap baghulah boleh komen. Hampeh punyo Peramal Tuo.
ReplyDeleteKnowing the problems faced by the Publication Committee lately, especially on the financial matter, difficult to believe that this project will take off the ground. However knowing the ability of the personnel involved I am pretty sure the book will become a reality come January 2014. Abang AAB, especially do not lose hope. We will pray for the success of this book. I, for one would want to contribute RM100 to the fund, but I hope someone will advise me how to get in touch with the person in-charge of the finance side. I appreciate it very much if Abang AAB or anybody could give the account number and name of the bank where I could remit the amount. Anyway, I should remain Faithfully Yours. Just mention Hamba Allah. For old time sake, this is the lest I could do. Abang AAB, thank you for the soothing articles. I love to hear more from you and more of your rticles. Refards to your wife and family.
ReplyDeleteAda oghang dah masuk daun semula. Tabik springlah den. Semoga Abang AAB lena tidur malam ini jika beliau sempat membaacaa komen di ateh by Faithfully Yours.
ReplyDeleteI join Faithfully Yours to contribute RM100 to the fund and will contact Faithfully Yours how the amount will be remitted. Will someone from the Committee let us know how to remit the amount and to which bank.
ReplyDeleteI pledge RM150 and please let me have your account number and the bank. I'll try to solicit more from friends. My identity is not important but my contribution is, hopefully. Sometimes my comments might be harsh especially to the President of the Group, but I too am humane. And I want to remain just as Mikuman, without revealing my identity. Anyway I'm from a small kampung on the way to Kuala Johol at the Kg. Batu junction. My special mention to The President. I admire your workaholic nature even though you are already past the age of 60, you still maintain your inertia to let the economic wheel spin around you.You know you've been my inspiration since I know you through FB. You make thousands every month while I just waste my pension to my children and grandchildren. And also how sorry I am for not being able to deliver what I am supposed to deliver, i.e, my textual contribution to the book. I hope this small financial contribution brings a lot to amend my failed pledge.
ReplyDeleteFY and sypathyser and mikuman, thankyou very very much for your support. Hope there would be more ex tbs especially those who gave degrading comments on the Corat Coret TIBiES would be generous enough to contribute as they have contributed their uncalled for comments.
ReplyDeleteThe account number and the bank you can bank in will be given later in this blog. Thank you again. All your support are most welcome.
Probably I deserve to get these kind of suspiciously sarcastic comments from group elders like AAB and the rest of the Group Committee. Anyway, I wish those comments could be treated as part and parcel of the group community life. No one is perfect. I still pledge to remit RM150 if the account and the bank is released to us. We, the anonymous are sincere in the Group's effort to get the book published. I am still waiting for other friends to chip in. We just wait and see. Till then, forget the past and let's move forward. Again I envy AAB for having at least two ardent supporters. Untungnya jadi Head Boy.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur kepada Allah,kerana after all Mikuman you are an angel ang a wonderful guy after all. Thank you very very much for your re pledging of contributing to the noble project. Thank you againfor appreciating AAB's position of being liked by two ardent supporters. Moga Allah merahmati mu sentiasa Mikuman. And thanks again
ReplyDeleteI am still puzzled about this Labu-Labi episode between AAB and AFY. I have read the short story "Selendang Sutera Buat..." She must have been a very pretty girl and a school primadona then. I wonder whether she knows that she had admirers and how I wish she knows what is going on judging by this classic episode. Salam
ReplyDeleteI pledge RM 100 to the Corat-coret book. I hope the Committee will release the account number and the bank so that I could remit the amount. And my contribution should be under "Hamba Allah".
ReplyDeleteA contribution of RM200 from me to the success of this book. I will remit the amount the moment the account and the bank has been forwarded. I hope the book will be released as soon as possible. Salam and best wishes.
ReplyDeleteWow! This is so thrilling. Suddenly out of the blues people are contributing to the book fund. My question is what happens to the registered members. There are more than 200 members currently active in this group. If only each of them contributes RM 50, we should be getting RM 10,000 in one single shot. And mind you there are pensioners beside earning higher pensions who have extra income from their current economic activities. Probably some of them have plenty of savings in ASN or other financial institutions. I bet RM 20,000 is nothing if we can really make an effort. And not this staggering RM490 as mentioned by the Assistant Secretary, GY. C'mon, wake-up you guys and madams. Show your solidarity. Salam.
ReplyDeleteBia boto. kenkawan yang tak register nak bantu dengan wang ringgit. Kecuali oghang yang namo eh Mohammad Ibrahim nak bagi RM 300 seperti yang dio tulih dalam FB, mano yang lain. Oghang kuek macam Tn Presiden, Setiausha Agung, Penolong dio dan oghang lain macam Datin-Datin dan Datuk-Datuk. Kalau duduk dalam J/K ontok-ontok dan cakap moghapu, ini namo eh ngabihan bogeh yo. Baik lawat ko luar nogori. Ado yo untung eh atau tengok anak kek sana. Sudah eh buku ontah ko mano, oghang-oghang kuek nyo botaburan. Baik buek macam ese ini. sosokali hobin kau oghang sonuo buek kojo hangek-hangek tai ayam. AAB dan AFY eloklah ontok-ontok yo, u boduo dah tuo. Buek macam member2 u yang lain yang sama angkatan atau sobolum eh.
ReplyDeleteYang den pohatian yang banyak buek kojo penolong S/u, Ghazali Yasin dan orang tuo AFY. Yang banyak nulih oghang tuo AAB dan Tn. Presiden. Oghang ini tak perlulah menyumbang laie doh. Cukuplah dongan tonago nulih dan usaha nak siapan coghito. Yang lain apo hal. Sonyap jo. Kalau tak bulih buek coghito sumbanglah dongan wang ringgit. Kato, Grup TIBIES jadi pujaan. Yang pompuan apo coghito asyik-asyik dongan gambar dongan cucu poi sana poi sini. Ado yang macam bolangkas. Ado yang kojo eh nak poi luar nogori tengok anak, tengok cucu sampai ko noghoghi iklim sojuk. Kalau macam ini caro Grup ini berinteraksi baik duduk ontok-ontok di ghumah tak payahlah bososial dengan oghang lain. Ingat somuo dah tuo-tuo. Poilah banyak ko mosojid. Buek amal ibadat. Yolah kalau tak hondak monyumbang. Ini komen jujur dari soghang yang ingin molihat buku ini bojayo ditoghibitkan. Nak monyumbang kojo oghang pencen macam den mano ado duit. Nyumbang makan adolah. Itupon tak ponah ado yang jomput den. Kadang-kadang tokulat-kulat den mandang kau oghang somuo makan dan enjoy dari jauh. Ponah sokali den lihat kau oghang somuo syok-syok kek Kodai Kupi Shah Alam, nak dokek takut kono halau macam kambing biri-biri. Maaf cakaplah yo. Nantilah kalau ado duit yang tosolit di mana-mana akan den sumbang juo. Walaupun sopuloh atau duo puloh. Boghatus tak adolah nammpak eh. Oghang motong mano ado duit, buek sogighip jo. Tosusup-sasap dalam semak nureh. Lainlah macam u somuo pencen godang-godang.
ReplyDeleteMak oi podeh eh. Sapo ni Bokeh Polajar TBS. Handa boto kau bocakap, molotop-lotop. Den tabiklah dongan kau.
ReplyDeleteBokeh Polajar TBS, timokasehlah ateh komen kau tu. lam hal ni topaksolah yang totuo ni buek kojo ha. Nak nanti orang macam kau tu, takat membojeh orang yo lah buleh kau. Elok yo ado orang macam kau ni. Cerio yo sikit tampang ni.
ReplyDeleteMikuman merpati omeh dalam selendang sotoro tu memang kelas orang eh. Tu sobab eh labu dan labi topikek habih.
Kich Moor dan HM, timokaseh bebanyaklah atas pledge anda tu. ese bojanji akan poskan no akaun dan namo bank eh sokali. In Sya Allah.. Moga moga dengan bantuan Allah, Corat Coret TIBIES akan terbit
I wonder this Merpati Omeh dalam Solendang Sutogho itu not only was impeccably beautiful but daya penarik yang cukup tinggi. Mungkin terlalu sexy untuk tidak melapaskan pandangan. Beruntunglah orghang yang dilahirkan untuk menjadi Headboy di sekolah, di TBS pulak itu. Nak tanyo, tak ado ko gambar eh yang bulih I tenung-tenung. Nak tengok gak ghoman eh.
DeleteNasib ekaulah AAB. Apapon, moghaso jgaklah kau bocinto dongan Merpatih Omeh kau tu. Agak den boghapo kalilah ekau bojalan bosama dari sokolah ko ghumah e tu. Kok ado gambar eh kan sodap yo kito pandang.
ReplyDeleteAAB, I'm still waiting. Too excited to miss it. After all she must have been a very lovely girl and more than a primadona. There must be more boys falling "in love" with her.
ReplyDeleteAnonymous 1julai, AAB takdo bocinto doh. AAB syok sondiri yo. Morpati omeh tu tak tau menahu pun AAB berangan kan dio. Dio syok seondiri yo. Sampai pelajaran eh pun toganggu.
ReplyDeleteMikuman, sobalah, AFY tongah mencari gambar morpati omeh tu. ado tu. nengoklah hebat eh sok.
Mikuman, co u taip Selendang Sutera, Af Yassin. Ado gambar tu gambar hiasan tu pun cun gak. Google.
ReplyDeleteKenapo muncung jo adik kito tu. Dan gambar hiasan itu lobeh monawan. Very cool. Patutlah Bang AAB syok sondighi. If I were you I would have "himpit" dio hingga dio mahun kek I. Apo nak kato, waktu itu I was not in TBS. Agak eh kek manolah primadona itu sokaghang yo. Boleh sosapo bagi tahu her whereabouts. Tampin, Soghomban,Ghombau atau KL. Sapo akak atau abang atau adik-adik he.
ReplyDeleteMikuman, donga koba eh morpati omeh tu monotap ke Taman Tok Wan, soromban. Kete si labi dio muncung to dek kono impit. Co lah u tengok gamai kek tanggo tu, tomasuk si labi ado tosuruk kek belakang tu.
ReplyDeleteMorpati ni anak orang gomen. Dr vetrinary, ghumah he kek sori kondong, kek simpang poi melako tu. Adek bogadek eh ghamai abah eh sorang omak eh ado ompek sumo eh. Diantaro eh adek beradek eh iolah Dato Rahman Bakar, Datuk Nafsiah Bakar, Dr Salihin Abu Bakar dan, Nasharudin AbuBakar dan Datin isteri Datuk Anjang Aki.
Keluargo eh sumo handa handa. Tu sobab kito tak begani ngimpit do. Sib baik si labu ss yo. Dio sekulah taksampai form five do. Baru nak mokar ponoh dah di sunting eh kek orang.