Sunday, 10 February 2013

CORAT-CORET TIBIES DALAM DWI-BAHASA (MELAYU-INGGERIS)


Barisan J/K Penerbitan yang dipilih untuk menyempurnakan penerbitan buku TBS ini.

KERTAS CADANGAN PENYUSUNAN DAN  PENERBITAN BUKU CORAT-CORET TIBIES
Pernah dikata orang menulis tentang sesuatu tajuk, tokoh atau pokok seperti riwayat hidup, sejarah organisasi,terutama yang ada kaitan dengan diri dan kepentingan sendiri, sudah barang tentu melibatkan kombinasi aneh antara sikap egoistik dan introspeksi diri dengan organisasi. Malah ia bagaikan mencakupi kedua-dua dimensi dalaman dan luaran  kehidupan individu atau organisasi. Walaupun grup Aumni TBSST yang ditubuhkan secara sukarela dan longgar ini baru setahun jagung usianya, namun semangat kekompakan dan solidaritinya amat memberangsangkan. Jumlah anggotanya tidak ramai sekitar 200 orang) namun jumlah itu sudh cukup untuk kita menapak selangkah lagi, iaitu untuk menerbitkan sebuah buku tentang ahli dan keahliannya dan tentang suka-duka kehidupan dalam suatu komuniti dalam kalangan komunitinya.

Buku ini akan memuatkan write-up dan catatan peristiwa. Buku yang bakal terbit ini akan membwa makna penting dalam kehidupan Alumni  TBS selain dicuit dan dihayun oleh buaian nostalgia. Ianya terarah sebagai satu sumbangan terhadap kehidupan bererti dan nilai kemanusiaan, baik terhadap sesama individu insan, mahu pun sesama kelompok masyarakat TBSST. Kabanyakan pegangan dan idea dalam bidang masing-masing yang berkait dengan perjalanan hidup setiap anggota akan dikait rapat melalui buku ini.

Di samping itu Grup Alumni TBSST  tidak hanya akan melihat perjalanan dan survival hidupnya  sejak ia ditubuhkan setahun yang lalu, malah melihat pengalaman grup sebelumnya. Suatu yang mencabar dalam mencari kesedaran baru, anjakan pradigma yang juga baru, bentuk dan struktur pemikiran  para anggota dan pemimpinnya yang serasi dengan kehendak-kehendak dan prasyarat masyarakat yang hidup di era global ini. Ini akan dipersembahkan secara sedar di bawah naugan nostalgia dan coretan pengalaman, khususnya semasa menjadi pelajar di TBS. Apa kesudahan dan arah tujuan pertubuhan nya tidaklah dapat diketahui. Bagi grup perjalanan dan liku kehidupannya  bukan setakat untuk menjadi organisasi berdaya maju  atau tutup usia tanpa kubur, tetapi akan menajat secara sedar untuk menjelma sebagai  satu unsur, walau sebesar zarah sekalipun, dalam ritma kehidupan dunia Alumni itu sendiri. Dan ini melibatkan pencarian  dimensi baru yang mampu menserasikan  kehidupan fizikal dengan pengisian struktural dalam diri Alumni TBSST secara keseluruhan.

Inilah gambaran awal yang saya bayangkan hasil beberapa kali pertemuan dengan para pemimpin dan pengurusan Grup sebelum ini. Juga setelah saya menyelami hasrat dan cita-cita Grup melalui cara berfikir Presidennya sekarang dan pengasas-pengasas yang ada. Walaupun pemikiran di belakang keinginan organisasi untuk meneruskan kehidupan seperti yang dijalaninya sekarang bernada nostalgik, namun kekentalan semangat inginkan solidarity dan silaturrahim pemimpinnya mencerminkan survival kehidupan pertubuhan Grup relatif menarik lagi memukau  untuk ditelusuri. Hal ini ditambah lagi dengan karisme dan keaktifan tenaga pemimpinnya melalui penyebaran buah fikir mereka untuk mencakupi hampir semua bidang kehidupan berorganisasi. Dalam pada itu Grup dan barisan pemimpinnya cepat belajar menyesuaikan fitrahnya dengan sekitaran. Dan Grup seperti dilahirkan dalam situasi demikian.

Keistemawaan, karisme dan ketokohan setiap anggota Grup, baik yang sekarang mahupun yang terdahulu patut sangat diterjemahkan ke dalam sebuah dokumentasi bentuk buku. Pentingnya penterjemahan ini boleh dinilai daripada  sudut pemikiran generasi penerus yang mungkin nanti akan menjadikan hasil terjemahan pemikiran dan interaksi para anggota Grup,  sebagai bahan rujukan. Pada saat masyarakat sedang berlomba-lomba mengejar kemewahan hidup dengan apa jua cara sekalipun terutama dalam bidang apa sekalipun, hasil terjemahan ini tentunya akan menjadi pemangkin bagi mereka yang mahu mengenal erti sebuah kehidupan yang dilalui Grup Alumni TBBSST dan para anggotanya, walau seruwet atau seulet mana sekalipun. 

Skop penulisan nostalgik Grup ini akan disandarkan kepada ruang lingkup perjalanan dan pengalaman serta bingkai rujukan (frame of reference) Grup dan para anggota serta pemimpinnya di samping keterlibatan Gup dalam kehidupan berorganisasi pada semua bidang, tanpa mengenepikan unsur-unsur  sejarah, ketokohan pemimpinnya serta human interestnya. 
Anggota J/K yang ke-9, Jamilah Ujang.

Barangkali akan ada orang yang akan mempersoalkan  apa perlunya buku dokumentasi ini untuk organisasi seperti Grup yang sedaang mengharungi zaman-zaman ketidakpedulian majoriti anggotanya yang dianggarkan hanya seramai 200 orang. Padahal ada beribu lagi yang belum menyertai Grup dan kini telah menjadi warga emas yang telah menjalani kerjaya yang amat Berjaya. Ketika masih di bangku sekolah di TBS dahulu pasti ada yang melakar sejarah kenangan yang amat sukar dilupakan. Hal ini dapat dilihat melalui coretan dalam FB dan blog TBSST yang ada hari ini. Inilah yang ingin diterjemahkan di samping mengisi tabung episod-episod kenangan yang bakal terakam sepanjang hayat.

Dicadangkan buku dokumentasi BUKU Corat-coret TIBIES ini mengandungi 256 halaman buku (printed pages) dengan format 8 1/2”x 5 1/2” (kertas teks) dan  7”x 4” (ruang teks) termasuk 32 halaman bergambar. Bab-bab terperinci akan ditentukan kemudian tetapi kandungan perlu mencakupi empat bahagian, iaitu Bahagian Sejarah Penubuhan Grup Alumni TBSST, Bahagian episod nostalgia dan coretan pengalaman Alumni, Bahagian Who’s Who dalam Grup dan Masa Depan Alumni Sebagai sebuah Grup sukarela. Setiap bahagian akan mengandung beberapa bab. Susunan kandungan diperkirakan seperti berikut:

a.         Dedikasi (Acknowledgments)
b.         Kandungan
c.         Plat Gambar dan Ilustrasi
d.         Pendahuluan
e.         Bahagian Sejarah Ringkas Grup Alumni TBSST
f.          Bahagian episod Nostalgia dan Coretan peristiwa nggota Grup yang menyumbang.
g.         Bahagian Ketokohan Pengasas Grup yang terpiih.
-   A tribute to the late MZMY dan beberpa nama lain yang difikirkan perlu yang telah menyumbang banyak kepada Grup.
h.         Bibliografi
i.          Indeks  

Sebarang komen dan cadangan lanjut oleh anggota Alumni TBSST amat dialu-alukan. Penyelaras menjangkakan buku ini mampu diterbitkan dalam tempoh Sembilan bulan seperti yang dinyatakan Presiden Grup, Zahriman Alias ketika membalas ucapan alu-aluan Cikgu Halimah Abu Bakar di peringkat akhir Kembara TIBIES 2 di SMK Tunku Besar Tampin semalam, 10 Februari 2013. Syaratnya setiap anggota Alumni, umumnya dan anggota J/K Penerbitan khususnya komited sepenuhnya memikul tanggungjawab menjayakan projek ini.

Sembilan orang telah dilantik menganggotai J/K Penerbitan ini terdiri daripada:
1.   Presiden Zahriman Alias
2.    Setiausaha Car Lim Aboo
3.    Penolong S/U Ghazali Yasin
4.    Salleh Johari, mantan Pegawai Bahasa DBP
5.    Mohd Ashraf Manzoor Hussain
6.    Abu Aman Bachik
Gery Fong
Ahmad Fadzil Yassin
Jamilah Ujang. 
Ghazali Yasin telah ditunjuk oleh Penyelaras untuk membantu dalam kerja-kerja harian penerbitan buku ini. Mesyuarat J/K Penerbitan yang berikutnya adalah pada Jumaat, 15 Februari 2013, pukul 4.00 petang. Venue pertemuan di 23 Taman Zaaba, TTDI, Kl, iaitu di rumah JU. Fon rumah 0377289897 atau 0377339494.

Sebagai permulaan, kita akan mengumpulkan semua write-up yang telah dposting dalam Blog Alumni TBSST dan Blog Tampang.Namun kita masih memerlukan lebih banyak sumbangan daripada semua kenkawan dalam Grup. Lebih cepat diserahkan lebih baik untuk menerbitkan buku ini mengikut jadwal.

2 comments:

  1. U should and must do a write-up of your sentimental attachment all along when you were a TBS lass . It would be a point to ponder considering your personal obsession towards school celebrity, like the celebrated head boys of your time. And so must Sympathizer and the rest of the anonymous. You may hide yourselves behind the notoriety of the Anonymous, but at least you have the heart to reveal your feeling and school sentiments. I think the Alma Mater status should over ride anything else. I presume after all by the end of the day you, Faithfully Yours did get what you wanted. Meaning u have tasted the fruit of your "labour" after being associated with someone of the celebrity kind. I have that feeling.

    ReplyDelete