Monday, 3 December 2012

HARI-HARI TERAKHIR BERTUGAS DI PENERBIT FAJAR BAKTI



Sesi Pertemuan para editor Penerbit Fajar Bakti dengan Persatuan Penulis Terengganu di sebuah hotrl terkemuka di Kuala terengganu pertengahan tahun-tahun 1990-an. Kelihatan Puan Rape'ah Ahamed (kiri), Ida Suraini, Tuan Shariff Putera, Ketua Persatuan dan Ahmad Fadzil Yassin.

Arahan terakhir yang saya terima sebagai Pengarah Penerbitan II ( Editoril) sebulan sebelum saya meninggalkan penerbit ternma Fajar Bakti ialah serah terima tugas. Ertinya, saya akan mengikuti tradisi OUP dan Fajar menyiapkan  Rancangan Tiga Tahun  dan Bajet Tahunan yang akan datang. Penyiapan dan seterusnya penyerahan rancangan dan bajet ini aalah asas, tanpanya gaji terakhir mungkin akan ditahan sementara.

Maka dalam hal ini “anak-anak buah “ saya di Jabatan, iaitu Ketua-ketua Unit memberikan bantuan yang sungguh menakjubkan. Bagaikan sudah memahami  bahawa saya akan meninggalkan Fajar Bakti, mereka dalam kesibukan rutin  harian  turut membuat persiapan. Misalnya, Abd. Majid Baharom, Ketua Unit (Pengurus) Perkamusan memberikan laporan terperinci  tentang program perkamusan  untuk tujuh tahun yang akan datang, termasuk penterjemahan “The Avanced Learner’s Dictionary of Current English Oxford”  yang telah selesai diterjemahkan oleh Prof. Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar, dari Pusat Bahasa, Universiti Malaya.
Sembang santai antara staf Fajar Bakti dengan Pengarang-pengarang yang menyumbnag kepada Fajar Bakti. Sembang satai ini dirakamkan di Johor Bahru ketika menghadiri Hari Sastera di Maktab Perguruan Temenggug Johor Bahru pada tahun 1984. Kelihatan Dr. Othman Puteh (ksnsn membelaangi kamera), Salleh Kidam, Dharmawijaya, Maarpf Saad, Dr. Ramli Isin, Abd. Majid Baharom dan Ahmad Fadzil Yassin.

Kamus dwibahasa ini dijangka dapat diterbitkan menjelang pertengahan tahun depan (1999). Yulis Alwi, mantan Pegawai erancangan Bahasa di  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), banyak membantu dengan menyemak dan menjadi penyelaras dengan Prof. Dato’ Asmah. Yulis aalah luusan Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Inonesia. Turut menjadi “tenaga utama” penerbitan kamus dwibahasa besar ini ialah Siti Rosmah Razak, seorang graduan, lulusan University Michigan, USA.
Kemudian ada pula Pemangku Ketua Unit Buku Umum, Norazah Aziz, lulusan Program Komunikasi dari USM. Kelincahannya bekerja walaupun baru masuk tahun ketiga di syarikat ini cukup menjadi satu asset yang baik. Melaluinya, buku-buku bahasa, sastera dan bacaan umum dapat diterbitkan mengikut jadual.. Hanya dalam masa kurang daripada tiga tahun, Norazah telah menyesuaikan dirinya untuk meminati buku-buku yang suatu waktu begitu asing baginya. Noazah tidak akan kenal siapa pngarang Aziz Jahpin, atau Karim Abdullah, Mohd. Affandi Hassan atau Kassim Ahmad, Dharmawijaya atau Masuri S.N. dan ramai lagi nama besar dalam dunia sastera Malaysia andainya dia tidak mengendalikan penerbitan buku sastera.

Norazah ini orang komunikasi dan baginya  tokoh-tokoh seperti Dr. Mansor Ahmad Saman, Dr. Asiah Sarji, Dato’ Kadir Jasin atau Dato’ Nazri Abdullah kan lebih mesra beermain di bibirnya. . Tambahan pula dia adalah anak saudara kepada Prof. Dr. Bokhari Ismail, Pengarah ITM Cawangan Perlis, lulusan PhD dalam bidang komunikasi dan mantan Ketua Kajian Komunikasi Massa, ITM. Norazah dibantu “kamus bergerk” Fajar Bakti, Khalid Mohd yang telah berkhidmat Selama lebih 16 tahun di syarikat itu. Memang Khlaid ini pakar ejaan, tanpanya barangkali editor-editor di Fajar Bkti semuanya akan mati langkah untuk mempastikan  setiap buku yang diterbitkan  bebas daripada kesalahn ejaan. Malah Khalid telah “dinobatkan” sebagai “pakar rujuk ejaan”. Baginya buku-buku panduan  ejaan DBP bagaikan telah menjelma masuk ke dalam dirinya. Pengarang-pengarang yang bukunya telah pernah diterbitkan oleh Fajar Bakti jarang membuat teguran tentang ejaan salah dalam buku mereka. Malah Dharmawijaya yang telah membeikan kepercayaannya  kepada Fajar Bakti untuk menerbitkan buku-bukunya  tidak berhenti-henti mengucapkan rasa penghargaan terhadap kualiti buku yang diterbitkan.

Majlis Pelancaran Kamus Tamil-Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris di Universiti Malaya terbitan Fajar Bakti oleh DS S. Samy Vellu (tiga kanan).

“Tanpa Khlid siapkah kami editor Fajar.” Kata-kata ini pernah diluahkan seorang editor dalam mesyuarat post-mortem penerbitan.

Jabatan Pengarang yang saya kendalikan mempunyai tiga unit besar, iaitu Unit Perkamusan, Unit Buku Akademik dan Unit Buku Umum. Di samping menebitkan buku-buku bahasa dan sastera, Unit Buku Umum menerbitkan juga buku-buku bacaan yang dikategorikan dalam berbagai-bagai siri. Antara siri-siri yang popular ialah Siri Kisah Remaja, Siri Seram, Siri Misteri, Siri kembara, Siri Bacaan Kanak-Kanak, Siri Bacaan Sekolah Menengah, di samping Siri Karya Umum yang berkait dengan  novel-novel umum.

Tujuan memperbanyak siri-siri ini adalah agar leboh banyak buku bacaan diterbitkan pada sesuatu waktu. Manusia banyak seleranya dan seperti kata Keris Mas, “Terserah kepada penerbit untuk menerbitkan  karya-karya yang  dapat memenuhi setiap selera itu.” Kata Keis Mas lagi, “Penerbit mesti cari sasaran selera itu dan untuk Berjaya mencari sasaran penerbit perlu kreatif dan inovatif.”
Kata-kata ini dituturkannya kepda saya  satu hari di lobi DBP. Ketika itu Keris Mas adalah Ketua Bahagian Penerbitan Umum DBP. Norazah mematuhi nasihat Keris Mas ini sepeti yang saya  sampaikan kepadanya. Maka dalam perancangan tiga tahun yang dia siapkan untuk saya serah-terima nanti tidak dapat banyak perubahan yang saya lakukan. Cuma masalah besar yang mungkin menanti Norazah ialah pelaksanaan penerbitan siri-siri yang banyak juga telah diluluskan akan tertangguh akibat kemelesetan ekonomi hari ini.

Tidak kurang pentingnya ialah Unit Akademik dalam menyumbang kepada pendapatan keseluruhan Bahagian. Unit Akademik diketuai oleh Ida Suraini Abd. Shukor (pemangku). Beliau lulusan Universiti Malaya dalam bidang Biologi. Unit ini dianggap “unit berbudi” oleh mantan ketuanya, Asiah Abd. Rahman pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Ketika itu Asiah berkata  begitu keran ketika itu kebanyakan buku akademik yang diterbitkan unit ini kurang mendapat sambutan orang ramai. Ertinya buku-buku yang diterbitkan kurang laku. Dasar penerbitan Fajar Bakti pada masa itu adalah mengedarkan lapan  atau 10 buah buku akademik setahun. Nyataya dasar ini tidak banyak menyumbang kepada pembesaran kantong Fajar Bakti. Lebih banyak naskah buku tersimpan di gudang daripada yang laris di kedai. Apapun jua, sambutan masyarakat terhadap penerbitan buku kategori akadmik ini tetap mampu meningkatkan imej atau citra Fajar Bakti.

Kedatangan Ida bagaikan membawa tuah. Dia yang mula bertugas dua tahun lalu memberikan harapan kepada usaha mempertingkat kegiatan penerbitan unit. Ida berusaha merancang buku-buku akademik yang disebut “item bernilai inggi”, iaitu menerbitkan buku akademik yang sesuai dan bersifat mewah (lux) kulit tebal dengan harga yang relatif tinggi. Sasaran audiennya tergolong daripada mereka yang suka mengumpul “collector’s items” dan buku-buku yang diterbitkan ini adalah dalam kategori ini. Sehingga dengan demikian dia mula mengusahakan buku-buku yang ada kaitannya dengan bidang sains yang diperlukan oleh pelajar-pelajar matrikulasi, terutamanya.

Ida melihat ada kemajuan dalam bidang penerbitan buku-buku untuk rujukan matrikulasi ini. Hari ini, banyak buku dalam siri ini telah dijadikan buku teks di beberapa buah universiti tempatan. Ida dibantu Norhayati Abbas, lulusan Komunikasi Massa, ITM. Abd. Majid, Norazah, Ida, Siti Rosmah, Norhayati dan Khalid adalah tunggak dan tenaga penggerak Jabatan Pengarang Buku Uum dan Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Mereka menjadi peghubung antara penulis yang kebanyakannya terdiri daripada tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin besar Negara dalam pelbagai bidang.

Bekerja dengan mereka daripada generasi baru ini (rata-rata usia mereka dalam lingkungan pertengahan dan akhir 20-an) mengingatkan saya cara bekerja dengan Tan Sri A. Samad Ismail, Dato’ A. Samad Said, A. Shukor Haron, Salim Kajai, Mali dan A. Shukor Rahman di surat kabar “Berita Harian”, atau Keris Mas, Dato’ M. Noor Aam, Dato’ Usmaan Awang, Dato’ Abdullah Hussain, Saleh Daud, Kemala, Awam Il-Sarkam, A. Karim Abdullah, Shamsuddin Jaapar, Dharmawijaya, Wijaya Mala, Rubaidin Siwar, Abdul Ahmad, Jaafar Rahim dan Salmiah Ismail di DBP. Saya melihat ada suatu kebersamaan sikap “siapa kamu, siapa saya” dalam heirarki pejabat. Hampir tidak wujud heirarki seumpama itu di kedua-dua tempat. Kami bekerja dalam satu keluarga di bawah satu bumbung, saling membantu dan saling memenuhi rasa tanggungjawab. 

Saya seperti merasakan ada tangan-tangan kemanusiaan yang wujud dalam insan-insan seni, baik semasa di Berita Harian, mahupun di DBP. Seolah-olah saya telah dilatih secara alamiah membimbing generasi baru yang dahagakan bimbingan di tempat saya bertugas keika itu, iaitu Penerbit Fajar Bakti. Malah generasi yang saya pimpin itu tetap tidak melupakan nama-nama besar di institusi berkenaan, terutama apabila ada sesetengahnya menawarkan buku-buku mereka diterbtkan di Fajar Bakti.

Maka, tidak hairnlah, pada hari-hari terakhir saya di Fajar Bakti Sidang Editor Jabatan yang saya pimpin melakar sebuah puisi sebagai penghargaan yang tiada bandingannya. Antara lain puisi itu mengungkapan:

Bertemu dan berpisah Hukum yang lumrah
Sepanjangnya Terpahatlah kenangan perungkai sejarah.
Sanjungan tak mesti segunung intan
Penghargaan tak perlu seluas lautan
Cukup sekadar Terima kasih yang berpanjangan
Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan
Yang terbit daripda ikhlas kemanusiaan bukan buatan.

Abdul Majid dan rakan-rakan yang menghadiahkan saya puisi demikan mengharapkan agar:

Bos!
Agar pegangan dan perjuanganmu
Selama ini tidak sia-sia
Inilah doa kami anak-anak bimbinganku.

Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 Mac 1983, ketika saya melangkah keluar buat kali terakhirnya bagaikan menerpa di depan mata. Ketika itu tidak ada ucapan perpisahan, tidak ada titisan air mata keharuan, tidak ada genggaman erat tangan-tangan hangat dan tidak ada bait-bait puisi yang mengiringi. Nmun demikian pula lumrahnya sebuah kehiduan. Manakan sama seorang editor di Dewan Bahasa dan Pustaka yang meletakkan jawatan dengan seorang Ketua Jabatan di Penerbit Fajar Bakti yang mengundurkan diri!

Pengarang Aziz Jahpin, yang dua buah bukunya Biar Buang Anak dan Pulanglah Perantau yang kami terbitkan berkunjung ke Fajar Bakti, setelah membuat panggilan tefon terlebih dahulu. Pada sebelah paginya, mantan editor DBP, A. Karim Abdullah bertanya tentang masa depan saya, juga melalui telfon. Pengarang Othman Puteh dan A. Rahman Shaari bertandang ke rumah saya, ketika itu di Bandar Baru Bangi untuk meraikan dan bertanya khabar. Sementara Saleh Daud minta saya belanjanya makan, seperti katanya, “Tidak semestinya orang yang berhenti tidak boleh beri makan orang yang mengucapkan tahniah!” 

 Kolum "Bicara" A.F.Yassin yang menyiarkan catatan bicara dalam akhbar mingguan Utusan Zaman, 1998.

Dan akhirnya pada malam Jumaatnya Yahaya Ismail, pengarang buku politik yang terkenal itu mengucapkan “selamt masuk kelab penulis sepenuh masa sepertinya.” Yahaya sembang melalui telfon. Begitu juga dengan kawan dari Perlis, Nazel Mohd Hashim. Katanya, “Sekarang bolehlah jumpa selalu tiap kali ada rombongan GAPENA ke mana-mana.” Catatan A.F.Yassin ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman, 19 Julai 1998

Catatan pinggir: Setelah menamatkan khidmat di Fajar Bakti, saya bertugas sebagai Perunding Penulisan dengan Yayasan Warisan Johor dengan Kerajaan Negeri Johor. Timbalan Pangarah, YWJ, Tuan Haji Ismail Zamzam telah meminta saya membantunya dalam bidang penulisan dan kepengarangan. Di samping itu tugas utamanya membuat penyelidikan tentang Sejarah Kesultanan Johor Moden. Setelah itu berkelana dalam bidang akademik dan penyelidikan serta penulisan, antaranya sebagai pensyarah tamu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut membantu Ketua Pengarah DBP, Dato’ Dr. Firdaus Abdullah sebagai Pegawai Dengan Tugas-Tugas Khas pada tahun 2005 hingga 2007. Akhirnya sebelum bersetuju membuat penyelidikan dan penulisan untuk sebuah organisasi pelajar luar negeri, saya telah menyempurnakan penyelidikan dan penulisan sebuah buku untuk kerabat Diraja Pahang Darul Makmur

17 comments:

  1. Itulah bezanya antara bertugas dengan kerajaan dengan bertugas si swasta. Tidak siapa peduli kalau anda berhenti bekerja dalam kerajaan. Pada hari terakhir bawalah diri masing-masing, kecuali anda seorang Ketua Bahagian atau pengarah. Siapalah anda hanya sebagai pegawai biasa, tokulat-kulat macam cicak berak kapur. Padahal anda seorang editor, bertugas di bahagian yang kononnya mempunyai ramai penulis-penulis ternama dan ahli bahasa yang kononnya berbudi bahasa. Sebaliknya kebanyakan yang bertugas di pihak swasta itu ketika itu (di Fajar Bakti) bukannya ornag sastera atau bahasa. Mereka sanggup menulis puisi menghormati orang yang nak berhenti kerja. Tapi mungin juga anda seorang pengarah waktu itu dan bukannya seorang pegawai cabuk. Jadi kelihatan ada kebersamaan dalam tujuan. Adat dunia kan begitu.

    ReplyDelete
  2. Kita kena tahu hampir 100% yang bekerja di DBP terdiri daripada orang Melayu. Kebanyakannya datang dari kampung dan amat kecil bilangannya dari bandar. Tahu sahajalah cara berfikir dan mentalitinya orang-orang Melayu ini. Semangat kekampungan masih tebal. Cara berfikir masih tebal. Sikap phd-nya (faham maksud saya) bukan senang dikikis. Mereka kebanyakannya seperti ketam dalam rago atau koghopai. Setiap seekor cuba naik ko ateh dongan memolak yang lain. Akhir-akhirnya semua ko bawah. Jarang sokali kito jumpo seekor nak bantu yang lain naik. Ini masalah sobonar eh kek DBP itu. Nak salah an siapo. Tak pocaya tanyolah orang yang bokojo kek Dewan bahaso itu. Samo jo!

    ReplyDelete
  3. Yang paling hebatnya dekat DBP ini ialah siapa kenal siapa. Kalau anda seorang yang dekat dengan petugas di DBP dan anda seorang penulis ternama, lebih besar kemungkinan karya anda akan diterbitkan dalam tempoh yang sesingkat anda harapkan. Tetapi kalau anda entah siapa-siapa dan tidak ada kenalan di institusi itu, jangan haraplah karya anda akan diterbitkan dengan segera. Alamat menunggulah dengan sabar. Ada seorang member yang karyanya kena tunggu sampai lima tahun atau ada pula yang manuskripnya hilang terus dari dalam simpanan. Sebabnya bila petugas bertukar tangan alamat karya anda itu entah di mana rimbanya. Kalau tak percaya, tanya Dewan Bahasa. Namun setiap tahun sejak dulu kita dengar Dewan Bahasa kekurangan karya untuk diterbitkan. Tetapi begitu sukar pula nak tembus orang dalam. Itulah Dewan Bahasa. Ini belum lagi cerita pengaruh politik dalam institusi bertuah ini.

    ReplyDelete
  4. Harapan kami kepada pengurusan DBP supaya bekerjalah dalam satu pasukan supaya lebih banyak buku boeh diterbitkan. Yang penting carilah cara terbaik untuk memperbaiki kelemahan, jika ada dan saya pasti memang banyak, dan jangan serik bekerja seperti pihak penerbit swasta bekerja. Janganlah terlalu berlagak dengan sikap dan semangat ego para editornya yang kadang-kadang khabarnya susah nak ditegur. Masa bagi orang DBP tahu segala-galanya sudah berlalu, dan beranilah untuk mengusahakan yang terbaik. Contohnya, sekarang ini DBP dipimpin orang yang arif tentang bahasa, tapi janganlah selalu berkiblat dan hala tujunya kepada hanya menerbitkan buku tentang bahasa sahaja. Yang penting tujuan utama DBP adalah untuk menerbitkan buku dalam semua bidang, tak kira daripada pengarang mana sekalipun. Selamat bekerja. Kami yakin dengan kemampuan Ketua pengarahnya beserta staf yang dipimpinnya.

    ReplyDelete
  5. Amat disayangkan, kalau DBP masih juga mengamalkan cara lama dalam membina dan mengembang bahasa, sastera dan penerbitan, saya yakin DBP akan beginilah selama-lamanya. Terlalu banyak sangat karenah birokrasi macam halnya dengan cara bekerja pegawai kerajaan. Sehingga hari ini sudah terlalu banyak perjanjian dan MOU dibuat dengan pelbagai institusi bahasa dan sastera di seluruh dunia, tetapi hasilnya masih tetap ditakuk lama. Sekarang ini giliran tokoh bahasa, seperti Dr. Awang Sariyan mengambil alih pimpinan. Janganlah hendaknya beliau mengikuti jejak langkah KP-KP terdahulu dalam menangani masalah yang wujud di DBP yang tak selesai-selesai. Sampai ada yang berkata, DBP menjadi tempat orang nak naik pangkat, terutama jika orang yeng memimpinnya dari pihak kementerian yang bertanggungjawab kepada kewujudan DBP. Saya rasa mintalah nasihat Pengarah pertama DBP yang masih hidup hari ini, iaitu Ungku Aziz. Yang lain itu saya tak pastilah.

    ReplyDelete
  6. Ahmad Fadzil Yassin: Satu yang menakjubkan ese bilo kojo kek Fajar Bakti dulu. Soghang editor boleh buek hampir 30 buku setahun. Kalau kamus sampai dua buah. Apabilo ese kek Dewan Baso dulu nak toghobit 10 buku pun susah. waktu itu untung ese disughuh solonggarokan majalah, jadi setiap bulan hanya toghobit satu sajo, iaitu sobulan satu. Jadi sotahun 12 keluaran. Tapi poie kek Fajar Bakti molambak kojo hingga tak tobuek. Tompi somangat bopsaukan di sinun soghonok gak...

    ReplyDelete
  7. Di atas bahu Dr. Awang kini terletaknya tanggungjawab memeperbanyak penerbitan buku dalam semua kategori . Jangan hanya mengutamakan buku bahasa dan sastera. Dan Dr. Awang mesti mengarahkan para editornya untuk berbuat seperti yang dilakukan oleh editor pihak swasta. Saya mula kagum dengan penerbit bumiputra seperti PTS yang betungkus lumus memperomosikan buu-buku tempatan. Dr. Awang kami di luar memantau kegiatan anda dalam bidang penerbitan. Kalau boleh kurangkanlah aktiviti yang bukan penerbitan lain. Selamat bekerja demi masa depan buku Melayu!

    ReplyDelete
  8. Mungkin disebabkan cintanya kepada institusi bahasa (DBP) ini ada empat orang setidak-tidaknya yang pernah bertugas lebih daripada sekali di DBP. Yang pertama Dr. Awang Sariyan yang keluar masuk Dewan. pertama sebgai pegawai biasa, kedua sebagai Pengarah Jabatan Bahasa dan sekarang sebagai Ketua Pengarah. Kemudian ada Dato' Johan Jaafar. Mula-mula sebagai pegawai kemudian kembali menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Ada pula A.F.Yassin, mula-mula sebagai Pembantu sastera yang setelah pulang belajar di Bandung dinaikkan ke jawatan pegawai. Kemudian beliau bertugas semula sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah, Dato' Dr. Firdaus Abdullah. Ada pula Dato' Baharuddin Zainal. Mula-mula sebagai pegawai kemudian sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan selepas itu sebagai anggota Lembaga Pengelola DBP. Keempat-empat orang ini mungkin mempunyai pengalaman di DBP yang mungkin boleh dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  9. Khabarnya Fajar Bakti tidak lagi menerbitkan novel-novel dewasa, kenapa ya. Semasa AFY di sana banyak juga buku novel dan buku-buku sastera lainnya diterbitkan. Sayang sekali jika tidak ada usaha nak menerbitkannya lagi. Barangkali para editornya tidak menerbitkan buku-buku jenis ini kerana tidak begitu laris kot?

    ReplyDelete
  10. Antara DBP dan PFB tidak terdapat banyak perbezaan. Tujuan sama iaitu menerbitkan buku untuk audien pembaca dan dalam pelbagai kategori. Bukankah lebih baik dicari kebersamaan dan menerbitkan buku secara bersama kedua-dua penerbit besar ini. Atau mungkin untuk lebih baik "pool"-kan semua pengalaman para editor yang punya pengalaman yang sudah bersara untuk menerbitkan buku demi anak bangsa. Satu saran yang patut diketengahkan, terutama oleh Ketua Pengarah yang baru di DBP, Dr. Awang Sariyan.

    ReplyDelete
  11. Yang penting semangat phd perlu dipinggirkan terlebih dahulu. Jika ia masih wujud, memeng sukar untuk berbuat sesuatu walau sekecil zarah sekalipun masalahnya. Inilah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak pengurusan, baik di DBP, terutamanya, mahupun di penerbit-penerbit lain yang melibatkan penerbit bumiputra.

    ReplyDelete
  12. DBP merupakan nadi orang Melayu memperkasa bahasa kebangsaan dan penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Dua tokoh terserlah dalam usaha pemerkasaan ini. Satu dalam kalangan Ketua Pengarah dan satu lagi dalam kalangan Pengerusi Lembaga Pengelola. Dalam kalangan Ketua Pengarah, usaha pemerkasaan yang paling menonjol ialah Tun Syed Nasir Ismail.Walaupun orang politik beliau sanggup menentang PM ketika itu, Tun Abd. Rahman yang kononnya cuba menggagalkan pelaksanaan Bahasa Melayu selepas 10 tahun merdeka. Dalam kalangan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, tokoh yang paling menonjol ialah Dato' Abd. Rahim Bakar, seorang nasionalis Melayu yang banyak membantu orang Melayu. Beliau berpengalaman menaikkan status orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Pahang walaupun ada penentangan daripada pihak tertentu akibat kepentingan politik peribadi. Di DBP beliau yang tidak tahu langsung tentang bahasa dan sastera dalam masa yang singkat telah menampakkan dirinya sebagai tokoh yang akrab dengan bidang kesusateraan dan kebahasaan. Sekarang ini kita mahu lihat Dr. Awang menggalas tanggungjawab itu dan pengalaman beliau selamatempoh tiga kali keluar masuk DBP, kita mengharapkan beliau boleh berbuat sesuatu untuk membuat yang lebih baik daripada gabungan dua tokoh yang dimaksudkan di atas. Soalnya mampukan Dr. Awang menyempurnakannya melalui keazamam politik yang perlu diatasinya. Selamat berjuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peninjau Bahasa, Pulau Pinang pada 7 Disember 2012 ada menyebut Tun Abd. Rahman yang ditentang Tun Syed Nasir dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan. Setahu saya dalam sejarah tokoh yang ditentang Syed Nasir ialah Tunku Abd. Rahman, bukannya Tun Abd. Rahman. Saya rasa tidak ada tokoh yang bernama Tun Abd. Rahman menjadi PM. Kalau menjadi Menteri Pelajaran adalah, iaitu Tun Abd. Rahman Yaakob. Mungkin ada sesiapa boleh membetulkan rekod sejarah ini.

      Delete
  13. Saya tak faham dan tak berminat dengan buku ini, Membaca pun Den memang tak begitu suko. Bidang Den politik, kalau tentang politik bilo-bilo maso kito boleh bobincang. Apapun juo bilo den baco posting di ateh ini toingat den tentang kawan soklas den si Fadzil Yassin. Den tahu dio ponah kojo dongan Dewan Bahasa. Dan Den pun tahu dio ponah kojo kek penerbit swasta. Umor dio dongan den samo jo dan kalau ikut umor politik, memang boleh pakai laie. Idea dan otak den ini masih boleh dipakai laie. Tapi sayang yo, oghang bopongalaman sopoti Fadzil ini hilang begitu sahaja, tak ado sapo yang mongambil pohatian tentang pongalaman dio. Patut eh oghang DBP patut tengok. Dan mungkin ghamai laie ogang macam dio ini dibawa untuk memperkasakan bahasa dan penerbitan di DBP itu. Membazir kalau dipinggirkan. Yang dah poi itu bialah poi tapi yang masih hidup eloklah dipakai. Kami ponah dongar Dato' Noor Azam, dio pengulas politik yang hebat, bawa dio masuk sokali. Dan den sotuju kalau ado penyakit phd itu eloklah kito kotopian sajo. Tak menolong bangso tu doh.

    ReplyDelete
  14. Heran ye. Kenapa kita yang ber ugama Islam bekerja tanpa meniatkan untuk ibadah juga. Kalau kita bekerja semata mata kerana ber ibadah kerana Allah pastilah kita mengharapkan KERIDHAAN Allah dan pastilah kita harapkan ganjaranya di AKHIRAT kelak. Jadi dunia ini tiadalah kita memilih kasih dan tidak menghargai seseorang yang Akan berpisah biar pun kerana apa, kita Akan pasti menyukakanya. Bukankah menyukakan hati sesama insan itu tuntut an ugama juga! Jadi kenapa kah yang berpangkat sahaja yang diraikan dan yang tidak pandang sebelah mata pun haram tidak. SUBHANALLAH

    ReplyDelete
  15. Tak ado ao yang nak diherankan , Abuaman Fadzil. Memang dah tabiat oghang Melayu sojak dilahirkan oghang Melayu. Sojarah dah totulih bogitu. Misal eh, Molaka takkan jatuh di tangan ponjajah kalau tak ado oghang yang bonamo Si Kitol dan Mendaliar, walaupun jiwo eh sotongah Molayu. Majapahit takkan monyorang Palembang kalau tak ado jiwa dan porot Molayu Nusantara. Dan kaghang ini oghang Molayu takkan bopocah monjadi tigo jonih kalau tak ado jiwo eh bogitu. Memang pon somuo eh Islam, ngaku Islam, bermulo kato dongan Bismillah, nunjuk yang dio Islam, tompi lopeh itu habis dibalon eh, somuo eh ditalo, yang tak ditalo hanyo bondo Allah itu jo. Jadi tak ado yang nak diherankan. Dan begitulah lazimnya oghang kito Melayu.Lihatlah politik Molayu haghi ini. Toghang-toghang masuk parti Cauvinis Cina. Sobab apo masuk sobab nak dapek untung pribadi. Lihat sajolah apo jadi dongan jiran kito Singapura. Dulu Melayu punyo , haghi ini dah jatuh ko tangan bukan Melayu, hanya koghani toposona dongan sooghang pemimpin bukan Melayu pakai songkok dan masuk mosojid. Inilah coghito eh Abuaman Fadzil. Kito oghang Melayu ini ghato-ghato luruih bondol, kono pijak-pijak sajo guno eh. Ini coghito bona. Kawan ese ado coghito soghang kawan baik dio masuk sobuah parti yang majoriti ahlinya dari kaum bukan Melayu. Bilo ditanyo, kato eh, dulu dio oghang UMNO,dan ponah hidup mewah, tompi bilo UMNO tak nak kasi dio laie bilo dio susah dio pun tukar kiblat politik eh. Ghupo-ghupo eh dio ini tak bijak nguruskan masalah kowangan dio. Sanggup gadai peribadi hanyo koghano masalah peribadi. Bilo ditanyo tak sayang ko kalau oghang Melayu hilang di dunia ini. Jawab eh mudah jo: "Apo ese poduli, ese pon nak hidup gak."

    ReplyDelete
  16. Gini jolah, Abuaman Fadzil, Sotiap oghang Islam memang ado niat bilo nak kojo. Potamo dio oghang kato Islam itu bomulo sogalo-galo nyo. Koduo kita nak caghi joki untuk koluargo. Kotigo kalau boleh nak hidup sonang. Jadi tak ado nak diherankan, semuo eh koghano Allah. Masalah eh, oleh koghano ugama suci kito ini dah jadi apo yang kito sobut "tahe things for granted" jadilah feel kito oghang Melayu macam lupo kek Pencipto eh. Memang kito Islam tapi kelakuan tak Islam. Dahlah gitu macam-macam tafsiran yang kito donga tontang Islam ini. Alim ulamak pon tak sokato, kadang-kadang politik mompengaruhi cara mogheko bofikir. Jadi camno? Jadilah kito ini pengikut-pengikut macam anak kotam disughu bolaja jalan luruih oleh mak kotam.

    ReplyDelete