Wednesday, 2 January 2013

KEMBARA TIBIES YANG BERLIKU DALAM HUJAN SENJA



Permulaan kembara di Majlis perkahwinan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Kelihatan beberapa orang kenkawan yang akn menyertai kembara. Hattar Othman (kanan, raali Saad dan Abdul Aziz (berdiri) sementara yang sedang duduk Habibah Manaf (tak ikut kembara) dan Bos (?).

Laluan yang dialami Konvoi tidak sukar, tidak berbelit tetapi mengasyikkan terutama bagi kereta Abu Aman Bachik yang saya pandu. Ketika bermulanya kembara TBIES sulung ini dari jajaran Seremban-Semerbok (jaraknya sekitar 35 km) konvoi mengandungil ima kenderaan. Konvoi  dipimpin Presiden Alumni TBSST, Zahriman Alias. Majlis walimatul urus anak Alumni Johari di Dewan Bandaran Seremban menyebabkan konvoi terlambat bermula kira-kira 45 minit. Jalan laluan konvoi tidak sesak tetapi mahu keluar kenderaan dari tempat parkir di Dewan yang memakan masa. Belum lagi karenah peserta apabila bertemu kawan-kawan lama.
Ramai juga alumni yang hadir majlis (hampir tiga meja penuh tetapi mereka  tidak setempat. Apapun tidak semua ikut konvoi kerana ada  temu janji lain yang dibuat terlebih dahulu. Maka kereta yang saya tiba di Chengkau, semua peserta telah menunggu. Saya yang terakhir. Zahriman memberi isarat supaya kita meneruskan perjalanan memasuki lluan Chengkau-Semerbokdn singgah sebentar mangambil gambar di rumah keluarga Zahriman di Penajih.  

Setelah bergambar ramai di di Penajih, konvoi memecut ke Semerbok. Memang tak banyak kenderaan melewati jalan. Di Masjid Semerbok peserta diberikan cukup masa untuk menunaikan solat Zohor. Saya hetong ada lima buah kereta yang konvoi. Aziz Ujang tiba dengan motikal dan membawa konvoi terus ke rumahnya kira-kira dua km dari masjid. Aziz adalah mantan kakitangan MAS dan rumahnya terletak di atas bukit dalam ladadang getah miliknya. Wow!, juadah “High Tea” semeja penuh, seperti kata Aziz yang telah menunggu lama. Antara yang dihidangkan mee kari kuih apam dan kiswi. Minuman the tarik.


Bergambar ramai di rumah Aziz Ujang di Semerbok.

Saya melihat Zahriman begitu serius terhadap jadwal waktu perjalanan. Setelah mengadakan sesi bergambar di poc konvoi bergerak semula, kali ini melalui Jalan Semerbok-Kendong untuk terus ke Kg. Batang Nyamor, Gadong. Tidak ada pemandangan yang lain kecuali ladang getah dan kelapa sawit dan konvoi melalui perkampungan baru sebelum tiba di simpang “Kendong Busuk”.  Abu Aman bercerita tentang sejarah Kendong Busuk yang hari ini tidak  “busuk” lagi. Menurut Abu Aman, kawasan itu merupakan tempat membuang air getah dripada kilang getah yang berhampiran. Air limbah itu mungkin berpunca dari kawasan perladangan sekitar, tidak terkecuali dari penempatan baru  Semerbok.
Konvoi membelok ke arah Kota, setelah memasuki Jalan Tampin-Seremban dan setelah satu kilometer membelok lagi di Kg. Perah memasuki Jalan Gadong-Bongek menuju Kg. Batang Nyamor. Saya ditugaskan mengambil lemang  yang telah kami pesan sebelumnya di Gerai Kak Yam, anggota keluarga Alumni Mohamad Tawil Hussin. Jumlah lemang yang dipesan 20 batang dengan harga RM9 sebatang. mendaptkan lemng 20 batang yang telah kami esan sehari sebelumnya. Yang kami pesan lemang Kak Lang dari keluarga Alumni TBS Mohd Tawil Hussin. Pada mulanya kami ingin memesan lemang Dollah tetapi Abdullah tidak lagi berniaga lemang di tepi jalan seperti selalunya. Dia berniaga melalui pesanan sahaja.


Beberapa minit merakam momento Kembra di rumah keluarga Presiden Zahriman Alias di Penjih.

Sebelum sampai ke destinasi kedu di rumah kakak Mohamad Ibrahim di Batang Nyamor, kenderaan yang saya pandu menempuhi jalan yang pernah suatu waktu pada zaman sekolah dahulu  saya lalui. Sedikit berliku dan meluhat kampong Jawa dan Kampung Gadong yang tekah mula semk samun dengan rumah tinggal tak berpenghuni.  Kami melwati rumah keluarga Khalid Rahman dan rumah mentua Yusof Rahman Tanjong sebelum masuk semula ke Jalan Gaong-Bongek ke kedai Kak Yam yang menjual kuih godobung. Kedai ini terletak betul-betul di belakang Sekolah Agama Haji Muhamad Yatim, Ulu Gadong.

Pada mulanya saya ingin membawa Abu Aman dan isteri lewat lalu jalan yang membawa kami ke rumah keluarga Norbaya Shafie, keluarga Salleh Mahmud dan Feisol yang juga Khairy Jamaluddin, rumah keluarga saya sendiri, bekas tapak rumah keluarga Salleh Simon, rumah keluarga Salleh dan Feisol Mahmud, rumah Datin Roznah Md. Jan, rumah keluarga Mohd Yazid dan Hamzah Muhamad, rumah Bhari Abd. Rahman, rumah Kadri Mohd Dom, rumah keluarga Noraini Kamaruddin dan rumah keluarga yusof Rahman Tanjong. Tetapi masa tidak megizinkan atas keterbatasan waktu, maka kami hanya sempat menunjukkan rumah Badariah Haron  sebelum sampai ke kedai Kak yam “godobung”.  Kedua-dua lemang dan godobung ini akan akan dihidangkan di rumah destinasi akhir nanti di Kuala Johol.

Menunggu saat berangkat meneruskan konvoi . Kelihatan kenderaan yang siap menunggu setelah menikmati juadah di rumah kakak Mohamd Ibrahim di Kg. Batang Nyamor, Gadong.

Sekali lagi peserta konvoi yang kini telah membsar hingga Sembilan kenderaan dijamu dengan “high tea” kali kedua. Meja penuh dengan pelbagai juadah dan paling istimewa kuih godobung versi Batang Nyamor. Lebih kecil saiznya tetapi “amat menawan kerana warnanya yang lebih putih berbanding godobung Kak Yam di ulu Gadong. Ada mee, ada kuih-muih. Dan kelihatannya ramai yang koghumon  kek kuih godobung Batang Nyamor ni. Ada pula seperti Hattar Othan dan Mohamad Ayob Hashim minta plastic bungkus mahu tapao barangkali. Deretan kenderaan sudah un menunggu di bibir jalan mengarah ke Bongek. Car Lim Aboo sudah bersedia di kenderaannya, begitu juga  yang lain, Zahriman sedang mengatur perjalanan dalam laluan Bongek-Kuala Johol melewati jalan berbukit Miku.

Seperti biasa kenderaan kami berada paling akhir, ibarat “minesweeper” di tepian pantai. Laluan curam berbukit sepanjang perjalanan agak mencuakkan juga. Bimbang dengan keadaan jalan yang berbelok-belok. Namun untungnya tidak banyak kenderaan menggunakan laluan ini. Kadang-kadang terfikir pula andainya tidak ada banjaran Titiwangsa yang membujur  melintangi dua daerah mukim Gadong dan Mukim Johol di sebalik bukit, sudah barang tentu perjalanan akan mengambil masa lebih pantas. Apapun ketika beberapa km mahu sampai ke sempang Kuala Johol, konvoi membelok ke kanan, menaiki bukit, melewati tanah perkuburan dan tiba-tiba berhenti di sebuah rumah banglo. Agak menghairankan juga kerana rumah itu seperti tidak berprnghuni.

Cikgu Hamzah Othman, "centre of attraction" yang ditunggu-tunggu oleh peserta Kembara.

Kami lihat Car Lim Aboo yang telah pun parkir kenderaannya di dalam porak rumah itu. Kami difahamkan rumah hos, Ghazali Yasin masih di depan dan kita kena menapak ke destinasi akhir kita. Kata Car Lim, “U kena bawa OKU kita terus ke rumah Ghazali kerana kita kono jalan naik bukit turun bukit lagi untuk beberapa meter.” Sungguh seperti kata Car Lim, dari kejauhan kami melihat banyak kenderaan memenuhi porak rumah hos kembara.

Di rumah Ghazali sambutan binger seperti bunyi  letupan gunung berapi. Belum sempat Ghazali memberi sambutan semua sudah meluru, berpelukan dengan peserta yang sedia ada, termasuk orang kampong yang telah menunggu sejak sekian lama. Dan selebriti ketika itu tidak lain dan tidak bukan Cikgu Hamzah Othman. Sebelumnya, Hos Ghazali telah memaklumkan bahawa cikgu Othman akan hadir untuk bertemu ank-anak didiknya. Hadir sama hampir 20 orang alumni TBSST, lelaki perempuan beserta orang kampong yang membantu membuat persediaan. Sebuah khemah putih yang boleh memuat 50 orang siap terpasang. Dan selang tak beberapa minit hujan turun dengan lebatnya. Mendung berark lalu sejak konvoi masih di simpang laluan Kg. Batu-Kuala Johol.  

Saya menyerahkan bungkusan lemang 20 batang dan bungkiusan godobung Kak Yam 50 biji kepada tuan rumah yang menyambut dengan gurauan,”Apoplah susah-susah sangat ni,” sambil senyum. Sebaik sahaja dua bunkusan itu diserahkan kepada pihak perempuan Hos brgegas ke luar porak banglonya untuk menyambut ketibaan Tok Imam. Ada tahlil dan bacaan doa arwah. Para peserta yang datang seperti tidak menyedari ketibaan Tok Imam kerana tidak putus-putus mengerumuni Cikgu Hamzah.

Sememangnya Cikgu Hamzah menjadi “star of attraction” di bahagian terakhir kembara. Saya melihat beberapa orang seperti menitiskan air mata kegembiraan. Kami berpeluk-pelukan bagaikan Cikgu Hamzah baru kembali dari menunaikan Haji atau yang selama ini menghilang dan kini timbul semula. Puluhan tahun juga . Cikgu Hamzah telah berketayap dan kelihatan bertambah sihat. Kerumun-mengerumni berhenti sebentar sebagai menghormati upacara tahlil. Namun suara Tok Imam tenggelam dalam hiduk-pikuk mereka yang menyediakan juadah di dapur.

The grand finale di rumah hos terakhir Kembara, Ghaali Yasin di Kuala Johol. 

Kami katakan umah Ghaali adalah destinasi terakhir kerana sepatutnya destinasi kembara sepatutnya berakhir di Galeri Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Di sana sudah ada guru yang menunggu. Zahriman mengumumkan oleh kerana masa begitu suntuk maka kunjungan ke Galeri dibatalkan. Zahriman akan mencari waktu yang sesuai untuk ke Galeri sekolah. Maka masa yang masih ada (sebenarnya sudah semakin senja dan hujan turun lagi) dimanfaatkan para peserta  yang saya anggap sekitar 60 orang semuanya untuk terus bersembang, bertanya kabar dan masih mengerumuni Cikgu Hamzah.

Mengharukan, menusuk kalbu dan menimbulkan suasan penuh emosi dan nilai sentimental dengan ingatan masa. Ia saling datang dan pergi ibarat awan berarak lalu. Namun perpisahan datang jua dan saya melihat tuan rumah sempat membekalkan tapao kepada beberapa peseta terpilih (tidak saya pastikan siapa yang dapat). Namun Alhamdulillah keramahan tuan rumh membuatkan kami seperti barada di rumah sendiri, sedangkan bagi kebanyakan kami, inilah pertama kali kami menjejakkan kaki di porak Ghazali Yasin. Beberapa kenkawan  yang saya temui buat pertama kali sejak sekian lama di destinasi akhir ini ialh Yahaya Abdul Rahman, Hamzah Mohamad, Nurulzaman dan Azmi. Dengan Cikgu Hamzah, kali terakhir saaya temuinya ketika dalam lif di Lembaga Peperiksaan, Kuala Lumpur, Tarikhnya saya sudah lupa.  

Peserta Kembara TIBIES sulung Seremban-Kuala Johor di destinasi terakhir di rumah Ghazali Yasin dengan ketua Kembara, presiden Alumni TBSST, Zahriman Alias (tiga kanan). 

Saya tanyakan pendapat seorang peserta tentang Kembara sulung ini. Jawabnya pendek, “Di luar dugaan dan menakjubkan.” Kami berpisah selepas senja dengan hujan masih turun renyai-renyai. Kami mengikuti laluan Kuala johol-Tampin. Sebelum sampai di depan  Sekolah Menengah Tunku Bear Tampin di laluan Tampin-Seremban, Abu Aman Bachik menunjukkan kampungnya yang telah ditinggalkan dan kampong Arwah Mohd  Zain Mohd yassin . Kami kurang pasti sama ada kenderaan dalam konvoi yang lain turut melalui jalan yang sama kami lalui atau kembali melalui Jalan Kuala Johol-Kg. Batu. Sebabnya, kenderaan kami adalah yang terakhir meninggalkan porak Ghazali Yasin. (Catatan Tampang, 31 Disember 2012). 

No comments:

Post a Comment