Wednesday, 24 April 2013

SEKELUMIT CATATAN PENYELARAS TENTANG MESYUARAT KETIGA PENERBITAN BUKU CORAT-CORET TIBIES


 

Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku TIBIES  Ke-3 yang diadakan di rumah Mohd. Salleh Johari di Kg. Kubu Gajah, Sungai Buloh semalam (Rabu, 24 April 2013) ternyata kurang “menyengat” dan “bersemangat”. Beberapa anggota tidak hadir dengan maaf, iaitu “Abang Tua” Abu Aman Bachik, Mohd.  Ashraf Manzoor Husain, Gary Fong dan Hattar Othman. Hujan lebat yang turun ketika Mesyuarat sedang brlangsung  turut menjadikan keadaan sedikit "suram”. Dan buat pertama kali tidak kelihatan bunyi klik kamera sehingga ada seorang anggota menyatakan “rasa aneh”nya. Biasanya akan ada yang “snap” sana “snap” sini ketika kegiatan sedang berlangsung, seperti halnya dalam mesyuarat-mesyuarat lalu. Mujur juga mesyuarat didinginkan oleh hujan yang “membingarkan” sedikit suasana dan seperti biasa anggota Car Lim Aboo bagaikan menjadi “penyeri” dengan “cerita-cerita antik”nya.Umumnya suasana bolehlah dikategorikan begitu lackadaisical.

Kurang pasti kenapa suasana petang itu kurang bersemangat. Agenda pun tak banyak, hanya dua di samping Perkara Berbangkit. Pun, tidak banyak hujah dan pandangan dilontarkan kali ini, bagaikan kurangnya “kesungguhan” terutama apabila usul “penajaan penerbitan” dibincangkan. Belum ada nama yang diputuskan siapa yang dengan sukarela ingin  menjadi “canvasser” mencari penajaan. Malah agenda melantik J/K Kecil mendapatkan penajaan tidak dibincangkan langsung.

Akhirnya diputuskan beberapa opsyen, iaitu  dengan meminta setiap anggota Grup TBSST menyumbang minimum RM30 seorang  untuk mendapatkan senaskhah seorang buku itu nanti sebagai pre-sale promotion. Sesiapa yang menyumbang lebih akan diberikan dua naskhah dan seterusnya. Dalam tabung penerbitan jumlah yang telah dipungut hanya sekitar RM440. Opsyen lain ialah sesiapa dalam kalangan anggota Jawatankuassa Penerbitan diminta  mendekati tokoh-tokoh alumni Sekolah Tunku Besar Tampin atau yang bukan alumni yang sudah punya nama dari segi kedudukan dan kewangan  sudi menjadi penaja. 

Usul ini belum begitu muktamad apabila mesyuarat berhenti seketika untuk membasah tekak. Namun akhirnya mesyuarat bersurai begitu sahaja tanpa ditutup dengan rasmi oleh Tn Presiden dan kelihatan setiap yang hadir mahu bergegas pulang dalam hujan yang seperti tidak mahu reda-reda. Apapun, Tn Presiden bagi pihak yang hadir sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Mohd. Salleh Johari yang sudi menjadi hos mesyuarat kali ke-3 ini. Dan buat pertama kali, mesyuarat tidak diakhiri dengan membuka tabung derma untuk Tabung penerbitan. 
Hos Mohd. Salleh Johari
Tidak ada artikel baru yang diterima oleh Penolong Setiausaha (Ghazali Yasin). Tidak juga ada sesiapa yang teah mengembalikan semula artikel yang telah sama ada di kurang, ditambah dan diedit. Dan ini memberi kesan bahawa kemajuan proses penerbitan belum menampakkan tanda-tanda peningkatan dalam kegiatan seterusnya. Sebagai contoh, tidak dibincangkan secara serius tentang usul mendapatkan perkhidmatan editor professional untuk mengendalikan perkara-perkara teknikal yang melibatkan peroses penerbitan. Hanya penyeleras penerbitan bercadang untuk menemui seorang editor berpenglaman pada Sabtu ini dan mendapatkan khidmatnya dan mendengar syarat-syaratnya dan hasil pertemuan itu akan dirujuk kepada J/K Penerbitan pada mesyuarat yang akan datang untuk pertimbangan. Tugas editor ini nanti adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penerbitan dari peringkat manuskrip sehingga buku jadi.

Tarikh terakhir mengirimkan artikel dalam sebarang bentuk masih kekal 31 Mei 2013. Oleh kerana J/K Penerbitan perlu menumpukan sepenuh masa kepada projek penerbitan Buku Corat-Coret TIBIES ini maka cadangan untuk melaksanakan projek motivasi  yang akan dikendalikan Awaluddin Abd. Rahman perlu di KIV dahulu sehingga peojek penerbitan ini selesai. Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 6.00 petang dengan catatan: “Jumpa pada 1 Mei 2013 di rumah Tn. Presiden, Zahriman Alias di Kuala Selangor. Acaranya Perayaan Satu Tahun Penubuhan Grup TBSST yang akan bermula pada pukul 2.30 petang. Pada hari itu juga adalah H.U.T kelahiran Tn. Presiden. Jumlah anggota Grup TBSST kini ialah 219 orang.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada  hri Rabu , 8 Mei di rumah Mohammad Ibrahim di Shah Alam, jam 3.00 petang.