Wednesday 24 April 2013

SEKELUMIT CATATAN PENYELARAS TENTANG MESYUARAT KETIGA PENERBITAN BUKU CORAT-CORET TIBIES


 

Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku TIBIES  Ke-3 yang diadakan di rumah Mohd. Salleh Johari di Kg. Kubu Gajah, Sungai Buloh semalam (Rabu, 24 April 2013) ternyata kurang “menyengat” dan “bersemangat”. Beberapa anggota tidak hadir dengan maaf, iaitu “Abang Tua” Abu Aman Bachik, Mohd.  Ashraf Manzoor Husain, Gary Fong dan Hattar Othman. Hujan lebat yang turun ketika Mesyuarat sedang brlangsung  turut menjadikan keadaan sedikit "suram”. Dan buat pertama kali tidak kelihatan bunyi klik kamera sehingga ada seorang anggota menyatakan “rasa aneh”nya. Biasanya akan ada yang “snap” sana “snap” sini ketika kegiatan sedang berlangsung, seperti halnya dalam mesyuarat-mesyuarat lalu. Mujur juga mesyuarat didinginkan oleh hujan yang “membingarkan” sedikit suasana dan seperti biasa anggota Car Lim Aboo bagaikan menjadi “penyeri” dengan “cerita-cerita antik”nya.Umumnya suasana bolehlah dikategorikan begitu lackadaisical.

Kurang pasti kenapa suasana petang itu kurang bersemangat. Agenda pun tak banyak, hanya dua di samping Perkara Berbangkit. Pun, tidak banyak hujah dan pandangan dilontarkan kali ini, bagaikan kurangnya “kesungguhan” terutama apabila usul “penajaan penerbitan” dibincangkan. Belum ada nama yang diputuskan siapa yang dengan sukarela ingin  menjadi “canvasser” mencari penajaan. Malah agenda melantik J/K Kecil mendapatkan penajaan tidak dibincangkan langsung.

Akhirnya diputuskan beberapa opsyen, iaitu  dengan meminta setiap anggota Grup TBSST menyumbang minimum RM30 seorang  untuk mendapatkan senaskhah seorang buku itu nanti sebagai pre-sale promotion. Sesiapa yang menyumbang lebih akan diberikan dua naskhah dan seterusnya. Dalam tabung penerbitan jumlah yang telah dipungut hanya sekitar RM440. Opsyen lain ialah sesiapa dalam kalangan anggota Jawatankuassa Penerbitan diminta  mendekati tokoh-tokoh alumni Sekolah Tunku Besar Tampin atau yang bukan alumni yang sudah punya nama dari segi kedudukan dan kewangan  sudi menjadi penaja. 

Usul ini belum begitu muktamad apabila mesyuarat berhenti seketika untuk membasah tekak. Namun akhirnya mesyuarat bersurai begitu sahaja tanpa ditutup dengan rasmi oleh Tn Presiden dan kelihatan setiap yang hadir mahu bergegas pulang dalam hujan yang seperti tidak mahu reda-reda. Apapun, Tn Presiden bagi pihak yang hadir sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Mohd. Salleh Johari yang sudi menjadi hos mesyuarat kali ke-3 ini. Dan buat pertama kali, mesyuarat tidak diakhiri dengan membuka tabung derma untuk Tabung penerbitan. 
Hos Mohd. Salleh Johari
Tidak ada artikel baru yang diterima oleh Penolong Setiausaha (Ghazali Yasin). Tidak juga ada sesiapa yang teah mengembalikan semula artikel yang telah sama ada di kurang, ditambah dan diedit. Dan ini memberi kesan bahawa kemajuan proses penerbitan belum menampakkan tanda-tanda peningkatan dalam kegiatan seterusnya. Sebagai contoh, tidak dibincangkan secara serius tentang usul mendapatkan perkhidmatan editor professional untuk mengendalikan perkara-perkara teknikal yang melibatkan peroses penerbitan. Hanya penyeleras penerbitan bercadang untuk menemui seorang editor berpenglaman pada Sabtu ini dan mendapatkan khidmatnya dan mendengar syarat-syaratnya dan hasil pertemuan itu akan dirujuk kepada J/K Penerbitan pada mesyuarat yang akan datang untuk pertimbangan. Tugas editor ini nanti adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penerbitan dari peringkat manuskrip sehingga buku jadi.

Tarikh terakhir mengirimkan artikel dalam sebarang bentuk masih kekal 31 Mei 2013. Oleh kerana J/K Penerbitan perlu menumpukan sepenuh masa kepada projek penerbitan Buku Corat-Coret TIBIES ini maka cadangan untuk melaksanakan projek motivasi  yang akan dikendalikan Awaluddin Abd. Rahman perlu di KIV dahulu sehingga peojek penerbitan ini selesai. Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 6.00 petang dengan catatan: “Jumpa pada 1 Mei 2013 di rumah Tn. Presiden, Zahriman Alias di Kuala Selangor. Acaranya Perayaan Satu Tahun Penubuhan Grup TBSST yang akan bermula pada pukul 2.30 petang. Pada hari itu juga adalah H.U.T kelahiran Tn. Presiden. Jumlah anggota Grup TBSST kini ialah 219 orang.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan pada  hri Rabu , 8 Mei di rumah Mohammad Ibrahim di Shah Alam, jam 3.00 petang.

42 comments:

  1. Apa sudah jadi, dah mula hangat-hangat tahi ayam?

    ReplyDelete
  2. AAB was once the most prolific in the blog. Alive and kicking. But suddenly he is in no mood to do anything anymore. Are you too old to continue with your stories or your lack of interest has left you in the lurch. C'mon AAB, this is not the end of the world. We long to read your best!

    ReplyDelete
  3. Apabila saya baca komen dua tokoh penting Grup TBSST dalam FB dan kemudian bandingkan dengan catatan dalam blog ini semacam wujud pertentangan pandangan. Nampaknya ada yang nak tegakkan benang basah. Mungkin kebanyakan anggota Grup ini mantan orang kerajaan. Amat disayangkan apabila buat projek buku macam ini mereka buat cara kerajaan buat. Mereka mungkin lupa yang penting ialah modal dan duit. Tak ada duit jangan sebut nak buat projek. Kalau sekadar cari bahan semua orang boleh buat tapi bila nak tampung belanja, mungkin jadi haru nanti. Eloklah tanya orang yang dah pengalaman dalam kerja cari duit ini. teguran ikhlas dari saya mantan pelajar Sekolah Rendah Inggeris Kerajaan Tampin, zaman sebelum merdeka.

    ReplyDelete
  4. Zahriman Alias : Mesyuarat tetap berjalan walau agak slow. Kemajuan yang dicapai juga agak slow....belum ada artikel disumbang oleh sesiapa. Terima kasih kepada AAR dan MSJ yang telah memuatkan cerita2 mereka dalam TBSST baru2 ini yang dianggap penyelamat. Kutipan wang untuk penerbitan pun slow, hanya AJK yang menyumbang tiap kali mesyuarat. Mana nak memadai. Jumlah kutipan sebelum mesyuarat semalam ialah RM 440. Di akhir mesyuarat ada juga AJK yang menyumbang dengan memasukkan wang secara ikhlas ke dalam tong (yg disediakan), tak pasti berapa jumlahnya kerana duit kutipan sekarang diserah kepada Pen S/U sdra GY. Diharap duit itu boleh diguna tabung petty cash.

    Mesyuarat masih buntu tentang usaha mendapat sumber kewangan anggaran rm20,000.00 untuk tujuan penerbitan. Dalam keadaan masing2 dah pencen, nampak keraguan di kalangan AJK sendiri tentang keupayaan kita mencari penaja. Namun dalam mesuarat semalam telah dikenalpasti sekurang2 dua nama untuk di hubungi bagi mendapat penajaan.
    14 hours ago · Like · 1

    Ghazali Yasin Kito bermesyuarat somalam dalam keadaan santai - tidak formal sangat. Banyak juga cadangan bernas diketengahkan totapi masing2 terlalu berhati-hati nampaknya - terutama apabila memikirkan bagaimana nak cari ongkos untuk kerja2 penerbitan dan pencetakan buku tersebut. Saya kerap berhubung dengan kenkawan yang telah memberi komitmen untuk menyumbang artikel. Reaksi dari kenkawan berkenaan nampak positif. Cuma masing2 menunggu untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan menyerahkan kepada saya sebelum tarikh akhir menerima sumbangan - 31 Mei 2013. Macam biasolah masing2 menantikan saat2 akhir untuk membuat pecutan bersungguh-sungguh. Jika ada yang sudah siap tolong emailkan kepada saya <1948zali@gmail.com>. Mokasih banyak2.
    14 hours ago · Like · 1


    Options
    Tajul Ariffin Kamat

    ReplyDelete
  5. Bukan mudah nak terbit dan cetak buku ini. Saya amat setuju dengan masalah kos yang didisebut dalam komen di atas. Kelihatan ada seorang yang dianggap tahu tentang penerbitan buku tetapi sama ada orang ini masih tahu kemajuan penerbitan buku hari ini atau sudah jauh ketinggalan zaman. Sekarang ini paling minimum kita kena cetak minimum 1,500 naskhah, baru boleh buat kosnya rendah. Dan untuk mencetak 1,500 naskhah penerbit memerlukan seikitnya RM20,000. Itu pon kalau buku itu tebalny 156 halaman. Bimbang nanti kalau dah cetak nanti konya melambung lagi. Fikirkanlah masak-masak abang-abang dan kakak-kakak dalam Grup YBSST ini. Akhirnya semua ini akan jadi hangat-hangat tahi ayam.

    ReplyDelete
  6. Kalau mesyuarat mana ada santai-santai. Kalau bersikap demikian apa pun tak akan jadi.

    ReplyDelete
  7. Macam mencurah air di daun koladi jo nampak eh, Corat-Coret TIBIES. Itulah sebelun nak buek dulu kito kono fikir masak-masak. Memang sodap bunyi eh, nak buek itu dan ini. Akhir eh habuk pon takda. Nak tanya ni, Sapo deh oghang-oghang eh yang boiyo-iyo nak buek buku ini. Kalau Den tak silap Arwah Zain ada timbolkan, yang hondak sangat kito buek dulu kawan kito daghi Bec 1962. Apo dah jadi dongan dio ini tibo-tibo losap jo. Kobar eh pulak sebok nak buek kogiatan di asrama TBS pulak dongan kojosamo cikgu-cikgu kek sanun. Bueklah satu-satu dulu, dah solosai buek satu laie. Kito ini janganlah jadi oghang okap, somuo nak buek akhir eh yang dikendong berciciran yang dikoja tak dapek. Oghang-oghang kuek corat-coret seperti TP, S/U, Penolong S/U AAB dan AFY kok diam yo?

    ReplyDelete
  8. You people have not been fair to the TBSST stalwarts like TP, S?U. Peenolong S/U, AAB and AFY. All of them are volunteers, trying to establish something for the Alumni (ex-TBSST students). Give them the an appropriate and ample time under prevailing working condition and let's see whether they can complete their mission. I read it that they have until end of year to make it work. Also give them the benefit of a doubt. These are people with vast experience and I'm sure they will not go to waste. In Sh Allah, by the grace of God and before the new dawn of 2014 we should be able to see the first copy of Corat-Coret TIBIES. Just hope for the best!

    ReplyDelete
  9. Beginilah jadi eh klau buek kojo tak ponugheh. Nafsu godng tonago kughang. Mano poie eh yang nak buek buku ini dulu. Dah tobughai ko? Ingat sonang ko buek buku, Bang Abu Aman dan Bang Fadhil, dulu boiya-iyo bona nak buek. TP, CLA dan Ghaali Yasin mano deh. Apo komajuan mano NKRA kau jang. Nampak eh ngabihan bogheh yo. Salam

    ReplyDelete
  10. wait and see, slow and steady. I am for one who would want to see a copy of the book come the dawn of 2014.

    ReplyDelete
  11. Bang AAB, merajuk ke tak nak komen lagi nampaknya dalam Tampang. Janganlah begitu. Tengah dok tunggu jugak komen Bang AAB.

    ReplyDelete
  12. I think AAB is no more interested in Tampang and neither he wants to be associated with it anymore. He is too old to bother with this kind of petty things. He must be solely committed with matters most in his mind. To find peace and wirid to Almighty God. So please do not disturb him or tease him. Anyway he has contributed much to this blog and please appreciate what he has done to make TBSST livelier than ever before. I am sure he must be respected as an elderly man in our Group. Mind you he was from the 1962 batch.

    ReplyDelete
  13. Timokaseh atas komen komen anda. Ado yo yang podeh heh komen tu. kok untuk melopehan ghoram yo lain kali tak payahlah komen doh. Buek doso yo nyakit an ati orang. Terutamo eh annonymous mikuman dan hashim mustapha. Pikir pikir an lah. Komenlah yang membena kan elok. Allah pun suko.
    To FY dan sympathyser, timokaseh kerana memahami sensitiviti orang tuo.
    Apo di tangguk air di ruang
    Ontah kan koring ontah tidak
    Apo nak di rajuk apo nak dikonang
    Bau eh ado horum eh tidak.

    Buah manggih mulo mencolah
    Senduduk tidak berbungo lai
    Aponak ditulih habihlah sudah
    Itu sobab menyopi diri.

    ReplyDelete
  14. Mintak maaf, mikuman tak terlibat.
    Annonymous yang menyindir nyindir tu bawaklah beristigfar. Itu adalah lobeh baik. Nyindir nyindir ni memang nikmat, sebab itu kojo syaitan.

    ReplyDelete
  15. Dua hari lagi berakhirlah bulan Mei. Nak tahu juga daripada Ghazali Yasin, Penolong Setiausaha Penerbitan Corat-Coret TIBIES berapakah jumlah artikel baru yang diterima dan yang dijanjikan kenkawan-kenkawan semua. Di samping itu berapakah jumlah wang derma yang telah diterima untuk membantu penerbitan ini. Juga sudah adakah kenkawan yang bertemu dengan para dermawan yang punya duit lebih untuk menaja penerbitan buku ini. Ini soalan-soalan mudah yang perlu didijawab segera sekiranya buku ini hendak muncul menjelang fajar sidik tahun 2014.

    ReplyDelete
  16. Nak ketawo pon ado mongonangkan nasib projek buek buku ini. Apakan dayo nafsu bosa, tonago kughang. Mano deh oghang-oghang kuek grup ini yang satu kotiko dulu bokoba-koba nak buek buku. Akhir eh ngabihan bogheh yo. Dak Zali kek Johol itu banyak ko artikel yang dah dikumpoan. CLA sonyap, TP pon sonyap dah mulo coghito tontang gaut. Dak Abu asyik dongan kaki molecet dan dak Fadhil toruih sonyap tak bobunyi.

    ReplyDelete
  17. Ingin mencuit sikit. Apo dah jadi dongan projek penerbitan yang mengandungi anggota J/K yang hebat dan bertenaga suatu ketika dulu. Sonyap sopi dan balik-balik asyik dongan "gurau sondo" molalui FB. bueklah kojo yang boleh memberi manfaat seperti apo yang dilakukan TP kito dongan agro-centrednya. Bulan-bulan massyyyuuukkkk. Ap jadi dongan CLA kito, sonyap yo dongan Kak Tijah kito? Tak ado ko konduri kondaro. Itu haghi heboh nak buek doa solamat. Yolah sokaghang ini musim oghang konduri kahwin dan ado yang melancong jauh dongan cucu dan anak-anak. Yang kughang nampak eh ppromosi jualan langsung nak panjang umor. Den sotujulah apo kato Anonymous di ateh, kito ni lobeh bosa nafsu tapi tonago dah nipih.

    ReplyDelete
  18. Soba Jang Soba. Tak laghi gunung dikoja, akan adolah buku yang dicanangkan itu. Den yakin akan kolua jugak, lambat laun. Maklumlah oghang yang nak buek itu somuo eh dah jadi wargo omeh tontulah lambak sikit tompi slow and steady.

    ReplyDelete
  19. Dapat berita dari orang yang dekat dengan kumpulan J/K Penerbitan buku Corat-Coret TIBIES, pertemuan akan diadakan 3 Julai depan di rumah Mohamad Ibrahim di Shah Alam. Mungkin orang yang paling sibuk sekarang ialah dua oghang yang dah komited. Ghazali Yasin dan Ahmad Fadzil Yassin. Walaupun nama ayah eh samo tompi duo orang tuo yang bobezo. Soghang tinggal di Johol dan soghang laie di Gadong. Di atas batu jemala mereka tolotak eh bojaya tidak buku ini ditoghobitkan. TP TBSST dan S/U TBSST tak payah buek apoa-po mongarahkan sajo. Ghazali, apo kobar dah banyak artikel tokumpo lon? Abang tuo AFY apo coghito, dah banyak ko artikel yang diesit. Abang tuo yang soghang laie AAB, den ghaso sodang monunggu artikel-artikel eh masuk buku. Anggota-anggota yang lain hanya jump the bandwagon. Komen-komen di ateh nampak eh tak begitu positif. Banyak yang mengharap akan lahirlah anak sulong TBSST untuk dibangga-banggakan. Sympathizer dan Faithfully Yours atau Mikuman tentu monunggu artikel abang kesayangan mereka AAB dongan buku yang siap dicetak. Wahai TP, dah banyak ko sumbangan kewangan. Ini paling motan kalau nak bojaya buku ini ditoghobitkan. Kalau tak nanti oghang akan cakap TP kito tak begitu ponureh. Asyik ko kobun dongan wang peribadi masssyyyuuukkkk. Sonang boto kojo TP ni. Anak-anak duo oghang Yassin ini botungkuh lumus ado yang rileks. Sokaghang ini dah hampir berakhir bulan Jun. Enam bulan laie fajar tahun baru menyngsing. Dan harapan buku Corat-Coret dapat monomui anggota-anggota TIBIES. Solamat bokojo Ghazali, solamat bokojo abang tuo AFY dan solamat mombaca abang tuo AAB yang soghang laie. Kadang-kadang den iri hati ado duo orang admirer yang terus-menerus mahukan abang tuo dari Air Mawang itu monulih laie. Mungkin satu coghito yang ado kaitan dongan jolingan manjo si dio waktu di TBS dulu.

    ReplyDelete
  20. Komen di ateh tak adil buek TP dan yang lain. Mano pulak TP asyik dongan cari duit dan massssyyyuk secara peribadi. Kan TP dah bosagho. Tentulah buek kojo untuk income tambahan. Salah ko moncari duit halal. Kalau nak komen itu jangnlah sampai monyakitkan hati. Boto-boto hampeh punya Peramal Tuo. Kalau nak komen biarlah yang positif. Berilah cadangan atau beri sumbangan dalam bentuk wang kalau tak boleh monulih. Jangan jadi Mikuman, janji nak bagi artikel sampai sokaghang habuk pon tak ada. Ontok-ontok yalah. Biar yang lain buek kojo dan siapkan buku. Bilo dah sampai masonya dan kalau tak siap baghulah boleh komen. Hampeh punyo Peramal Tuo.

    ReplyDelete
  21. Knowing the problems faced by the Publication Committee lately, especially on the financial matter, difficult to believe that this project will take off the ground. However knowing the ability of the personnel involved I am pretty sure the book will become a reality come January 2014. Abang AAB, especially do not lose hope. We will pray for the success of this book. I, for one would want to contribute RM100 to the fund, but I hope someone will advise me how to get in touch with the person in-charge of the finance side. I appreciate it very much if Abang AAB or anybody could give the account number and name of the bank where I could remit the amount. Anyway, I should remain Faithfully Yours. Just mention Hamba Allah. For old time sake, this is the lest I could do. Abang AAB, thank you for the soothing articles. I love to hear more from you and more of your rticles. Refards to your wife and family.

    ReplyDelete
  22. Ada oghang dah masuk daun semula. Tabik springlah den. Semoga Abang AAB lena tidur malam ini jika beliau sempat membaacaa komen di ateh by Faithfully Yours.

    ReplyDelete
  23. I join Faithfully Yours to contribute RM100 to the fund and will contact Faithfully Yours how the amount will be remitted. Will someone from the Committee let us know how to remit the amount and to which bank.

    ReplyDelete
  24. I pledge RM150 and please let me have your account number and the bank. I'll try to solicit more from friends. My identity is not important but my contribution is, hopefully. Sometimes my comments might be harsh especially to the President of the Group, but I too am humane. And I want to remain just as Mikuman, without revealing my identity. Anyway I'm from a small kampung on the way to Kuala Johol at the Kg. Batu junction. My special mention to The President. I admire your workaholic nature even though you are already past the age of 60, you still maintain your inertia to let the economic wheel spin around you.You know you've been my inspiration since I know you through FB. You make thousands every month while I just waste my pension to my children and grandchildren. And also how sorry I am for not being able to deliver what I am supposed to deliver, i.e, my textual contribution to the book. I hope this small financial contribution brings a lot to amend my failed pledge.

    ReplyDelete
  25. FY and sypathyser and mikuman, thankyou very very much for your support. Hope there would be more ex tbs especially those who gave degrading comments on the Corat Coret TIBiES would be generous enough to contribute as they have contributed their uncalled for comments.
    The account number and the bank you can bank in will be given later in this blog. Thank you again. All your support are most welcome.

    ReplyDelete
  26. Probably I deserve to get these kind of suspiciously sarcastic comments from group elders like AAB and the rest of the Group Committee. Anyway, I wish those comments could be treated as part and parcel of the group community life. No one is perfect. I still pledge to remit RM150 if the account and the bank is released to us. We, the anonymous are sincere in the Group's effort to get the book published. I am still waiting for other friends to chip in. We just wait and see. Till then, forget the past and let's move forward. Again I envy AAB for having at least two ardent supporters. Untungnya jadi Head Boy.

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah, syukur kepada Allah,kerana after all Mikuman you are an angel ang a wonderful guy after all. Thank you very very much for your re pledging of contributing to the noble project. Thank you againfor appreciating AAB's position of being liked by two ardent supporters. Moga Allah merahmati mu sentiasa Mikuman. And thanks again

    ReplyDelete
  28. I am still puzzled about this Labu-Labi episode between AAB and AFY. I have read the short story "Selendang Sutera Buat..." She must have been a very pretty girl and a school primadona then. I wonder whether she knows that she had admirers and how I wish she knows what is going on judging by this classic episode. Salam

    ReplyDelete
  29. I pledge RM 100 to the Corat-coret book. I hope the Committee will release the account number and the bank so that I could remit the amount. And my contribution should be under "Hamba Allah".

    ReplyDelete
  30. A contribution of RM200 from me to the success of this book. I will remit the amount the moment the account and the bank has been forwarded. I hope the book will be released as soon as possible. Salam and best wishes.

    ReplyDelete
  31. Wow! This is so thrilling. Suddenly out of the blues people are contributing to the book fund. My question is what happens to the registered members. There are more than 200 members currently active in this group. If only each of them contributes RM 50, we should be getting RM 10,000 in one single shot. And mind you there are pensioners beside earning higher pensions who have extra income from their current economic activities. Probably some of them have plenty of savings in ASN or other financial institutions. I bet RM 20,000 is nothing if we can really make an effort. And not this staggering RM490 as mentioned by the Assistant Secretary, GY. C'mon, wake-up you guys and madams. Show your solidarity. Salam.

    ReplyDelete
  32. Bia boto. kenkawan yang tak register nak bantu dengan wang ringgit. Kecuali oghang yang namo eh Mohammad Ibrahim nak bagi RM 300 seperti yang dio tulih dalam FB, mano yang lain. Oghang kuek macam Tn Presiden, Setiausha Agung, Penolong dio dan oghang lain macam Datin-Datin dan Datuk-Datuk. Kalau duduk dalam J/K ontok-ontok dan cakap moghapu, ini namo eh ngabihan bogeh yo. Baik lawat ko luar nogori. Ado yo untung eh atau tengok anak kek sana. Sudah eh buku ontah ko mano, oghang-oghang kuek nyo botaburan. Baik buek macam ese ini. sosokali hobin kau oghang sonuo buek kojo hangek-hangek tai ayam. AAB dan AFY eloklah ontok-ontok yo, u boduo dah tuo. Buek macam member2 u yang lain yang sama angkatan atau sobolum eh.

    ReplyDelete
  33. Yang den pohatian yang banyak buek kojo penolong S/u, Ghazali Yasin dan orang tuo AFY. Yang banyak nulih oghang tuo AAB dan Tn. Presiden. Oghang ini tak perlulah menyumbang laie doh. Cukuplah dongan tonago nulih dan usaha nak siapan coghito. Yang lain apo hal. Sonyap jo. Kalau tak bulih buek coghito sumbanglah dongan wang ringgit. Kato, Grup TIBIES jadi pujaan. Yang pompuan apo coghito asyik-asyik dongan gambar dongan cucu poi sana poi sini. Ado yang macam bolangkas. Ado yang kojo eh nak poi luar nogori tengok anak, tengok cucu sampai ko noghoghi iklim sojuk. Kalau macam ini caro Grup ini berinteraksi baik duduk ontok-ontok di ghumah tak payahlah bososial dengan oghang lain. Ingat somuo dah tuo-tuo. Poilah banyak ko mosojid. Buek amal ibadat. Yolah kalau tak hondak monyumbang. Ini komen jujur dari soghang yang ingin molihat buku ini bojayo ditoghibitkan. Nak monyumbang kojo oghang pencen macam den mano ado duit. Nyumbang makan adolah. Itupon tak ponah ado yang jomput den. Kadang-kadang tokulat-kulat den mandang kau oghang somuo makan dan enjoy dari jauh. Ponah sokali den lihat kau oghang somuo syok-syok kek Kodai Kupi Shah Alam, nak dokek takut kono halau macam kambing biri-biri. Maaf cakaplah yo. Nantilah kalau ado duit yang tosolit di mana-mana akan den sumbang juo. Walaupun sopuloh atau duo puloh. Boghatus tak adolah nammpak eh. Oghang motong mano ado duit, buek sogighip jo. Tosusup-sasap dalam semak nureh. Lainlah macam u somuo pencen godang-godang.

    ReplyDelete
  34. Mak oi podeh eh. Sapo ni Bokeh Polajar TBS. Handa boto kau bocakap, molotop-lotop. Den tabiklah dongan kau.

    ReplyDelete
  35. Bokeh Polajar TBS, timokasehlah ateh komen kau tu. lam hal ni topaksolah yang totuo ni buek kojo ha. Nak nanti orang macam kau tu, takat membojeh orang yo lah buleh kau. Elok yo ado orang macam kau ni. Cerio yo sikit tampang ni.
    Mikuman merpati omeh dalam selendang sotoro tu memang kelas orang eh. Tu sobab eh labu dan labi topikek habih.
    Kich Moor dan HM, timokaseh bebanyaklah atas pledge anda tu. ese bojanji akan poskan no akaun dan namo bank eh sokali. In Sya Allah.. Moga moga dengan bantuan Allah, Corat Coret TIBIES akan terbit

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wonder this Merpati Omeh dalam Solendang Sutogho itu not only was impeccably beautiful but daya penarik yang cukup tinggi. Mungkin terlalu sexy untuk tidak melapaskan pandangan. Beruntunglah orghang yang dilahirkan untuk menjadi Headboy di sekolah, di TBS pulak itu. Nak tanyo, tak ado ko gambar eh yang bulih I tenung-tenung. Nak tengok gak ghoman eh.

      Delete
  36. Nasib ekaulah AAB. Apapon, moghaso jgaklah kau bocinto dongan Merpatih Omeh kau tu. Agak den boghapo kalilah ekau bojalan bosama dari sokolah ko ghumah e tu. Kok ado gambar eh kan sodap yo kito pandang.

    ReplyDelete
  37. AAB, I'm still waiting. Too excited to miss it. After all she must have been a very lovely girl and more than a primadona. There must be more boys falling "in love" with her.

    ReplyDelete
  38. Anonymous 1julai, AAB takdo bocinto doh. AAB syok sondiri yo. Morpati omeh tu tak tau menahu pun AAB berangan kan dio. Dio syok seondiri yo. Sampai pelajaran eh pun toganggu.
    Mikuman, sobalah, AFY tongah mencari gambar morpati omeh tu. ado tu. nengoklah hebat eh sok.

    ReplyDelete
  39. Mikuman, co u taip Selendang Sutera, Af Yassin. Ado gambar tu gambar hiasan tu pun cun gak. Google.

    ReplyDelete
  40. Kenapo muncung jo adik kito tu. Dan gambar hiasan itu lobeh monawan. Very cool. Patutlah Bang AAB syok sondighi. If I were you I would have "himpit" dio hingga dio mahun kek I. Apo nak kato, waktu itu I was not in TBS. Agak eh kek manolah primadona itu sokaghang yo. Boleh sosapo bagi tahu her whereabouts. Tampin, Soghomban,Ghombau atau KL. Sapo akak atau abang atau adik-adik he.

    ReplyDelete
  41. Mikuman, donga koba eh morpati omeh tu monotap ke Taman Tok Wan, soromban. Kete si labi dio muncung to dek kono impit. Co lah u tengok gamai kek tanggo tu, tomasuk si labi ado tosuruk kek belakang tu.
    Morpati ni anak orang gomen. Dr vetrinary, ghumah he kek sori kondong, kek simpang poi melako tu. Adek bogadek eh ghamai abah eh sorang omak eh ado ompek sumo eh. Diantaro eh adek beradek eh iolah Dato Rahman Bakar, Datuk Nafsiah Bakar, Dr Salihin Abu Bakar dan, Nasharudin AbuBakar dan Datin isteri Datuk Anjang Aki.
    Keluargo eh sumo handa handa. Tu sobab kito tak begani ngimpit do. Sib baik si labu ss yo. Dio sekulah taksampai form five do. Baru nak mokar ponoh dah di sunting eh kek orang.

    ReplyDelete