Saturday, 24 August 2013

DAK UJANG : MENGINGATI JASA IBU DAN AYAH



 Ghazali Yassin a.k.a. Dak Ujang (kanan) mengalu-ngalukan kedatangan Imam semasa Kembara TIBIES tidak berapa lama dulu.

Pagi tadi Abang Yah ese datang ke rumah kami di Kuala Johol. Ese boghi dio poluang mombaco Sulat Kaba Lama – tobahak-bahak dio togolak. Tak maghah deh doh sobab dalam coghito tu ese amek akaan dio. ’Tak po doh. Bukan namo boto’ keteh heh.
 
 Kito pun coghitolah sikit kisah jaman bujang dulu duduk samo2 di Kampung Balai Panjang, Nuri – termasuklah mengenang kembali kehebatan masakan omak kami dulu. Ghupo2 eh mother’s cooking tak ado tolok banding eh. Bayangkanlah sojak dari kocik kito dihidangkan dengan masakan hasil air tangan ibu kito.

Selepas Abang Yah balik ese mengolamun soghang2, mengimbau semula belaian kasih dan pengorbanan yang arwah ibu bagi kepada kita dahulu. Ibubapa kita terpaksa membanting tulang empat kerat untuk membesarkan kita masa dahulu – zaman yang serba kekurangan sehingga kita menjadi insan yang berjaya.

Mungkin sebagai anak kita tidak dapat merasai betapa seksanya si ibu kita yang terpaksa mengandung selama 9 bulan dan bertarung nyawa ketika melahirkan kita. Ada ibu yang berjaya menghadapi saat-saat getir itu. Ramai juga ibu yang kecundang setelah anak yang dikandung selamat dilahirkan. Ada juga ibu yang menerima ajal bersama kandungannya.

Ada ibu yang terus dibelenggu pelbagai penyakit bertahun-tahun lamanya setelah melahirkan anak. Insan yang dipanggil Ibu itu begitu rapat dengan anak – sejak berada dalam rahim sehinggalah anak itu berupaya hidup berdikari – hubungan antara ibu dan anak ibarat isi dengan kuku. Ibulah yang menyusukan kita. ibulah orang yang membelai dan memberi kasih sayang kepada kita,

Ibulah orangnya yang ketika kita sakit terpaksa bersengkang mata siang dan malam untuk pastikan anaknya dijaga dengan sempurna dan cepat sembuh. Tidak pernah ibu mengeluh dan membiarkan anaknya terlantar sekiranya anaknya sakit. Tidak pernah si ibu berkata ‘tidak’ sekiranya anaknya meminta makanan. Ibu akan menjaga dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga anaknya menjadi manusia yang soleh dan berjaya dalam kehidupan.

Si ibu jugalah guru. Ibulah rakan. Ibulah tempat kita mengadu. Ibu penyayang. Ibu pengasih. Ibu penyabar. Ibu penyuluh hidup kita. Ibu tidak pernah bosan melayani pelbagai kerenah dan kenakalan si anak. Itulah antara pengorbanan ibu kita. Dengan pengorbanan yang sebesar itu ada juga anak tidak pernah bersyukur. Ada anak yang mengabaikan ibunya semasa ibunya sudah tua.

Ada anak yang pentingkan diri sendiri sehingga membiarkan ibunya terlantar menderita ketika sakit. Ada anak yang menjadi penagih dadah. Ada anak yang menzalimi ibunya. Ada anak yang menjadi kaki arak, kaki perempuan, kaki judi, penipu, perompak dan melakukan pelbagai maksiat. Ada juga anak yang derhaka kepada ibunya. Ada anak yang sanggup mengatakan bahawa beliau tidak minta dilahirkan di dunia ini. Anguzubillah!

Alhamdullillah! kita sepatutnya bersyukur kepada Allah Subhahahuwataala bahawa kita semua berada dalam kelompok insan yang tahu berterima kasih, berada dalam golongan orang yang bertanggungjawab, bukan sahaja kepada ibu kita, bahkan kepada kaum keluarga, juga masyarakat dan sentiasa memelihara kesucian dan kemuliaan agama kita – iaitu, Islam yang syumul.

Kita juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kita terhadap Allah Subhanahuwataala. Kita adalah insan yang faham tentang pengorbanan ibu. Kita tidak melupai ibu. Kita sentiasa berdoa semoga ibu kita sihat walafiat, sejahtera, beriman dan mendapat perlindungan daripada Allah swt.

Kepada ibu yang telah meninggal dunia, jangan kita lupa berdoa semoga ibu kita dimasukkan ke syurga firdausi, dipelihara dan diletakkan roh Allahyarham dalam golongan orang yang terpilih. Itulah pengorbanan seorang insan yang kita panggil IBU. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Jasa ayah jangan kita lupakan. Sungguhpun ayah sentiasa tegas dan tidak menunjukkan kasih sayangnya secara zahir seperti ibu, jangan lupa, ayah adalah pemimpin keluarga. Ayah adalah pelindung. Ayah sentiasa di hadapan untuk menjadikan kita anak yang berilmu dan berakhlak, anak yang bertanggungjawab, anak yang mematuhi ajaran agama.

Ayahlah orang yang sentiasa membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal. Awal pagi sudah keluar rumah, waktu petang baru balik dan ada kalanya berminggu, berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun keluar mencari rezeki, di sawah, di ladang, di laut, di hutan, di gunung dan di bandar. Ayah sentiasa bekerja keras. Lihatlah kulitnya kering, kesat di bakar matahari.

 

 Dak Ujang (duduk kanan) bersama Cikgu Hamzah (di sebelahnya) dalam satu detik manis ketika kembara  TIBIES ke kediamannya di Kuala Johol.

Renunglah matanya, sentiasa redup - merenung jauh - mengenang untung nasib masa depan anak-anak. Dalam fikirannya penuh dengan kebimbangan. Kadang-kadang terfikir – kalaulah ditakdirkan dia meyahut panggilan Ilahi apakan terjadi kepada isteri dan anak-anak yang masih kecil lagi.

Ada ayah yang terpaksa bekerja siang dan malam, walau pun jasad tidak berdaya menanggung beban yang berat. Ada ayah yang cedera, patah tangan, patah kaki, patah pinggang ketika bekerja. Ada ayah yang maut sewaktu mencari rezeki. Ada ayah yang karam di laut. Ada juga ayah yang hancur tulang berkecai jatuh bangunan. Ada ayah yang menemui maut di jalanraya. Itulah seorang insan yang dipanggil AYAH; yang sentiasa gigih mencari rezeki yang halal untuk ibu, untuk kita, untuk abang, untuk kakak, untuk adik.

Namun kita hairan mengapa di kalangan manusia ramai yang berperangai haiwan. Ada anak yang tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah. Ada anak yang benci kepada ayah. Ada anak yang menaruh perasaan dendam terhadap ayah. Ada anak setelah besar dan berjaya, membiarkan si ayah terlantar sakit dan menghabiskan saki baki hidupnya dalam kesusahan dan penderitaan?

Ada anak yang tidak mengenang budi kepada ayah. Bagi anak, pengorbanan si ayah adalah tanggungjawab ayah. Ada anak yang menganggap ayahnya zalim. Ada anak yang mendakwa ayahnya gagal memberikan kasih sayang dan tidak bertanggungjawab. Ada anak yang menyesali bahawa sebab ayahlah yang menjadikan mereka miskin, sebab ayahlah menjadikan mereka susah, sebab ayahlah menjadikan mereka jahat, sebab ayahlah menjadikan mereka perompak, kaki dadah, kaki judi dan sebagainya. Walau pun, ada ayah yang tidak bertanggungjawab itu urusannya dengan Allah. Tetapi urusan kita kepada ayah perlu kita tunaikan.

Kita sekali lagi bersyukur kepada Allah subhanahuwataala, sebab kita bukan jenis anak yang tidak berperikemanusiaan. Kita bukannya manusia yang bertopengkan haiwan. Kita bukan anak yang menzalimi ayahnya. Kita adalah anak yang sentiasa mengingati pengorbanan ayah. Kitalah anak yang sedar bahawa tanpa ayah kita tidak mungkin melihat bulan dan matahari. Ayah adalah guru, ayah adalah pemimpin kita.

Jangan sekali-kali kita derhaka kepada ayah. Ayah adalah insan yang mulia, kita patut hormati. Kita patut bersyukur dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah subhanahuwataala semoga ayah kita sihat walafiat dan sentiasa mendapat perlindungan daripadaNya. Kepada ayah yang telah meninggal dunia, kita berdoa semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan yang soleh dalam syurga firdausi.

Ya Allah, ya Allah, ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa ku ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku ya Allah. Aku berjanji ya Allah, aku akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan kedua ibubapa ku ya Allah. Engkau letakkan diriku supaya sentiasa berada dalam golongan orang yang beriman, yang bertakwa, yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada Engkau ya Allah, malah sentiasa berbuat baik kepada manusia sesama manusia. Amin ya rabulalamin!
Top of Form
·

Monday, 5 August 2013

SYMPATHIZER, FAITHFULLY YOURS AND MIKUMAN, IDENTIFY FOR GROUP'S INTEREST! URGES AAB


 Pokok Tampang di ladang getah keluarga AFY di Gating, Gadong.




 Buah Tampang yang telah masak dan gugur setelah sebahagiannya dimakan burung.

AFY, sebagaimana di janjikan inilah pulak komen komen Sympathiser dan terdahulu komen dari Mikuman.
 
Sympathizer, 18 Sept 2012 : Mulo-mulo sei tak naklah nak campur dalam hal coghito di ateh ini. Tapi haghi-haghi budak tino ini kono tenyeh sampai tolontang dibuek oleh oghang jantan, sampai tak bonapeh dio. Ini ko cagho eh oghang jantan buek kek oghang tino. You kono baco boto-boto apo yang dio ni tulih. Dio Sodang moghintih, sodang bosodih korano rumah tanggo he tak sompurno macam kau oghang somuo. Patut eh bolailah dio, slow-talk lah dongan dio atau boghi sweet whispering into her ears, bukan tenyeh, tenyeh, dan tenyeh. Sei pompuan, sei faham dio sodang mondorito sojak 50 tahun dulu. Sampai la ini dio dalam keadaan gitu. Sampai dio sughuh anak he tolong boto an coghito dio. It might be true sobab dio kato tak tinggi pelajaran. So how do you expect a drop-out boleh lancar bochogito kalau tak ada yang nolong dio. You people are not being fair to her. Dio ingin kongsi perasaan tapi you lapon dio lai sampai lumek. What kind of people are you. Botolah bilo ada yang kato ini boto-boto male chauvinism at its peak. Damn you. Give her some consolable advice. As a woman my immediate question is if ever she wishes to reveal herself she must be thinking a lot about her family's future as we know all along she got married early, probably since after becoming a drop-out. Mind you at the LCE level. So very young and tender. So think carefully brother. Treat her fairly and not main tenyeh-tenyeh jo. I sympathise with you FY and take care. You still have a future!My regards to your hubby and cildren whoever you are.


 18 Sept 2012: No doubt you did not tenyeh-tenyeh FY, but the way you go on asking one question after another makes me feel sored. FY has already said she will never reveal who she is for the simple reason that any revelation would in fact jeopardize her future, her children and her relation with hubby. So to avoid any such possbility, you AAB, should not in any way pin her against the wall. Give her some breathing space. I can say that she is in a desparate attempt to save her family because she has always constantly said that "keluarganya tak sompurna macam keluarga AAB, AFY atau Zahriman and the rest." And from my observation the real culprit in this tragic and lengthy episode is centered aronnd one person the lover-boy AFY, and not so much around AAB since FY has repeatedly said that relationship between AAB and Fy has been aleviated from an admirer to a student-teacher, and who knows AAB might have been her teacher at that moment of time. So everything is focussed to AFY. Saya yakin AFY menjadi punca semuanya sekaraang Dan bilo FY menganggap tino Z sebagai antagonisnya dalam hubungan tiga segi ini, AFYlah yang sepatutnya menjernihan suasana dan tidak hanya amik dek sajo. But my pont is kalau saya sembur cili pado oghang-oghang jantan bokonaan kenapa pula AAb yang moghaso podeh he. Hairan jugak. So AFY, you started this mess by publihing your fiction and so now you should clean up the mess. I challenge you, baby!

18 Sept 2012: Tak salah sayang oi, memang tak salah. AAB memang baik,tulus, jujur walaupun kadang2 emosi. Mungkin ada oghang tino ponah giloan u dulu. Sei ini nak nyampok jo, sobab polemik ini dah jauh bogalih dari coghito AAb dengan pengalaman AAb jadi guru, komudian bogalih ke jadi headboy, ado pulak oghang tino syok kan u dan komudian ini dah jadi the central issu pula. Dah bogalih jauh dah. Sei cubo nak loghaikan, kalau boleh nak tutup jo ked ini. Itu sobab eh se cabar AFY yang tibo-tibo dah cubo nak coneke, enggan jawab persoalan baru. AAB bayang an sajolah impek eh kopada cinto tigo ko ompek sogi ini. Sumo oghang yang tolibat hidup rukun damai dongan koluargo, yang soghang ini yang monggolar dighi eh Faithfuly Yours bochigoto tontang kohidupan ghumah tanggo eh. Inilah masalahnya sokaghang. Tontang sei ini tak payahlah poduli an sangat. Sei ini tino ko jantan ko, pondan ko, tak ponting. Yang ponting kito close copek-copek, yang patut botanggungjawab solsaian lah masalah ini. Lobih baik kito gunoan ruangan ini untuk coghito lain. Masih banyak konangan lamo yang leh kito donga. Ahli-ahli kito dah ghamai. Jadi tak ado salah eh doh kitotutop copk-copek coghito Cikgu AAB dan kitotunggu cito baru. Ado boto pandangan sei ni. KAlau sei gunoan nama initial sokali pun kan nyo AAB boleh toko. Apo lai kalau sei lotak nama boto. Mungkin oghang akan kato itu hanyo nama buek2. Yang utamo kan niatdan nawaitu kito. Yangado dalam qalbu. Boto tak eh antagho kita dongan Illahi. Ada faham Tuaan AAB. Sorry Cikgu AAB, darling. I am going for the person responsible.Sopokagho lai, are we sure we want FY to reveal her identity. What would be the consequences if ever she reveals herself to her currentfamily life since she has been telling all along she hasn't got the "bahagia yang sompurna" as the other families, especially the beloved cikgu AAB and the "notorous"AFY. Padan muko sei...


Sympathizer, 19 Sept 2012: Before the case is close, I would suggest the culprit "AFY" should answer THE question: What on earth did you do to this faithfully yours and by answering this fatal question we all will "akur arahan Tuan Presiden. AFY, we are still waiting?" And for AAB, you can ontok-ontok yo, u don't have to say anything. No cliff-hanging please!
 20 Sept 2012: Semakin menarik jadi eh episod Kisah Cikgu dari Air Mawang ini. Setiap oghang yang bokopontingan telah membuat pongakuan. Kononnya FY is AFY dan AFY, AAB dah saling memaafkan atau tak perlu berbuat domikian. FY pula kotawo bosa. AAb sampai tigo kali mombuek komen bondo yang samo. Zahriman lak tak menuduh AFY sebagai FY tompi dio dah ado suspek dan tak mahu "divulge".Dio kato dia punyo koyakinan ponoh berdasarkan "circumstances. Jadi FY goes scot- free.Poor AFY, what a poor boy you're bound in tatters. An emotional AAB is released of a burden as a former headboy with the then secret admirer.

21 Sept 2012: ZA, no, not yet! I'm not finished. This is really a case of male chauvinism. The "friendly" animosity among you men has transformed into a formidable and amicable ally, leaving oghang tino in the lurch. You AFY, especially, must take responsiblity and come out with a fairsolution and without prejudice, fair to both oghang jantan, oghang tino. You started flirting with oghang tino just because you a Celebrity No.1 in school, at that moment of time. And yet you have "no balls". I say it agaian you have no balls, trying to mae your own eviction youself from the poor girl's unrequited love. Damn you! If I were you the first thing what I wuld like to do is to apologise a thousand time, taking into ccount the number of years FY has been suffering from such an embarrassment of being ignored. FY does not have to reveal her id, either morally or ethically.

 22 Sept 2012: Dalam posting yang lain nampak eh Faithfully Yours dah lombek digoda oleh dua jojako tua AAB dan AFY. Agak I duo jojako tak ponureh AAB dan AFY ini dah gulo-guloan Faithfuly Yours. Sohinggokan FY dah buek pusing u-turn 360 darjah.I am puzzled, kito oghang mati-matian potahankan maruah oghang tino, tertama FY, ini dio pulak dah bomanjo-manjo balik dongan bodobah duo oghang ini. Goram boto I. Boto-boto korak nasilah ekau ni FY. Tak guno boto defend you ni . Dah jadi botino gatal dah. I kok jumpo u dah tontu I hompeh-hompeh u sampai lumat, bokocai. Eloklah buek camtu, naik moyampah I. Jangan nak cubo manjo-manjo dongan bokeh headboy yang duo oghang ini. Kalau jumpo duo eko ini I locot dongan batu korikil. Bia tosadai kek topi jalan sampai mintak tolong. Baghu hati I pueh.

Anonymous 23 Sept 2012: kah...kah...kah....goram amek oghang tino. 

Sympathizer 24 Sept 2012: Ghaso I cogito ini tak panjang komen eh kalau Faithfully Yours tak mongado-ngado munco konon dio syok kek jantan duo eko ini. Lopeh itu start lah komen mongomen, tuduh monuduh dan sogala macam biawak hidup laie. Dan bilo I masuk sikit wah bukan main laie u oghang kojo kan I. Tak po, tak po. Bolom solosai ni. Nanti lah I kan kojo an u all pulak toutama AAB dan AFY yang jangan nak jadi syok hero dalam hal ini. Montang-montang AAB tu gambar eh macho dan bongih nampak I tak gontar. Jangan nak cubo-cubo mainkan I. Jago-jago sikit yo Jang. Ini botino tau, bukan pompuan. Dah ado pula yang kato I ni jantan. Dah buang tobit ko u all somuo. AFY ese mongikuti perkembangan u sojak u abih sokolah kek TBS laie. Ese boleh sobotlah boghapo namo yang jugak tau apo u buek lopeh sokolah. Blog u pon kito oghang dah baco. Mano u nak lari. No way lover boy. Beware of ese punyo wrath. Jangan eksyen lah, Bro.



Ini buah kelapa, bukan buah Tampang di ladang Tn Presiden, Zahriman Alias di Kuala Selangor.


25 Sept 2012: pikir punyo pikir memang tak ado faedah eh nak botongkar dongan engkau oghang somuo. Tujuan masuk campur dulu nak loghaikan yang kusut. kaghang dah jadi simpul mati. Eloklah ontok-ontok jo. I pon ado banyak kojo lain yag nak dibuek. Memang tak bofaedah pon. Tapi I masih simpati dongan FY yang apolah yang sodang dibuek eh kek ghumah eh di KL itu. By the way ghumah kau Ro kek Kl itu kek mano?

AAB 25 Sept 2012: Syukur Alhamdulillah, Sympathiser, u have come to ur senses. Kan its good to be sober kan? Ur now a very strong person. Congratulations!!! Ro tusapo pulak Sympathiser?Tu koh deh FY tu. so u konal lah dio ye. Patulah u support dio bgai nak ghak!

Sympathizer 26 Sept 2012: In person bolom kona, tapi bilo kito samo sokolah kek TBS tu kito kona oghang eh. Kalau I tak silap FY ini kahwin dongan budak TBS jugak. Tak macam Azizah tu kahwin dongan oghang luar TBS. Yolah macan Dak Abei yang nikah Juhor tu. Tapi I suspect FY ini sapo, bilo I baco coghito yo dalam komen-komen di ateh. Tapi kito hormatilah anonymous dan namo samaran dio. Itu sobab I panggil dio Daro jo atau Ro. Bilo I mikir-mikir tujuan kito ini untuk silaturrahim I pon ghaso tak ado faedah eh do botokak yo tak AAB. I minta maaflah pado u somuo, terutama kek AFY yang I tahu sangat dio ni nakal sikit waktu mudo eh. Bacolah coghito Selendang Sutera Buat Z tu.I donga kabar ado soghang nenek AFY ini jumpo dukun nak tahu apo sobab AFY
laghi daghi gumah. Abah eh sayang to-boto kek dio. Botuah bunyak budak. Maaf jolah you monyusahkan u somuo. We'll be friends again, shall we?g


 Gathering di rumah Salleh Simon 28 November 2012: Mungkin dalam kalangan kenkawan ini tersembunyi tiga orang Maverick iyang tak mahu dikenali!
Faithfully Yours 31 Okt 2012: Both of you have nothing to worry about. You continue on contributing because that's the idea of creating a blog, i.e, to disseminate whatever info you have irrespective whether they will be read by anybody or will remain unread in Blog. We can't force people to read. We can't force people to write either as what Hashim Mustafa said. Go on and I'm sure at the end of the day, people will flock in to read whatever you contribute just to look for something for themselves. There are those who walk the talk and there are those who talk the walk. You know what I men. I for myself will follow the developement of this blog. Luv u both.

Sympathizer: 31 Okt 2012: What an about turn for some of the commentators, like Mikuman, Basikal Tuo and some others. I am a little pessimistic when it comes to blog's survival. I agree with Faithfully Yours and Hashim mustafa's soothing words but at the same time we must understand the perseverance and the courage plus the strength to sustain and maintain this arduous task of placing this blog in check. Have AAB and AFY the stamina to go on writing? Have AAB and AFY got the capacity to write anything other their own personal experience. I doubt it very much. From my observation many bloggers have quit the cyber world. I can mention a few who were once active bloggers. For instance a blogger by the name of Anak Omak, supposedly from Rembau has left the scene. Another "Cahaya Andang" has not been active for a year now."Malaysia Uncut" has also left, possibly for good. Even blogger by the name of Nagari Nan Tuo has not performed lately. My favourite blogger Zulkifli Noordin from Kulim seems to have left the scene witout a trace. My question is for how long will you, particularly AAB stay sustainable? Unless you widen your scope and horizon, you can't prevail. So, buck-up AAB and AFY, you have so many things to think and share. As for myself, I'm not a writer nor an author. I like to write comments, say what I want to say and leave it to you folks to judge. Well! There's always the two sides of a coin. The choice is yours to make. And to show espirit de corps, especially among the ALumni TBSST members I'll try to pump in original constructive comments to every posting that I am interested ini. Take it at face value.
Faithfully Yours: 25 Okt 2012: Oh, my God! Not another heart-rending story from our Cikgu.I really envy your wife's sacrifice to the family, especially your grandson, Syamil Afiq and your daughter Aida. My heart-felt sympathy and I just hope everything goes on well medically. You are a Saint, Cikgu. How I wish I have the courage to face such hardship. If only I am as tough as you are with lasting endurance and perserverance.
 
Faithfully Yours: 22 Okt 2012: Traditionlly majority Malays beleive in "Sako". How about giving a thought to the ill-fated family the possibility of "unlucky charms" laying claims with the probable help from the guardian "sako". Even though that would be highly unlikely, there is nothing wrong trying.
Sympathizer: 22 Okt 2012: My deepest sympathy to the family of AAB.Hopefullyhis love for the family will be unshaken , come what may. A remarkable sacrifice on the part of AAB,a handicap himself. May God bless him!
Mikuman: 24 Okt 2012: Selama lebih 40 tahun AAB menjago bagai monatang minyak yang penuh anak istimewa ini. Kalau calang-calang ibubapa, mungkin tak tahu apo yang bakal tojadi kopada anak ini. Saya bogitu toharu dongan pengorbanan dan haghap AAb akan terus bersabar selagi hayat dikandung badan. Semoga Allah berada di sisi AAB dan seluruh anggota keluarga. Saya begitu teruja dan simpati kami bersama keluarga u. Selamat menyambut Hari Raya Qurban.

(Footnotes: These were comments by the three unknown persons but closely associated with Group TBSST Facebook. Abu Aman Bachik hopes these three "Mavericks" will soon come to their senses and reveal their identities for the interest of the TBSST Group.)

Friday, 2 August 2013

FAITHFULLY YOURS COMMENTED ON MEMOIR SEORANG PENDIDIK DAN CIKGU TUO DARI AIR MAWNG




 AAB: Who's this mystery person Faithfully Yours?

 I dah kumpoan komen komen FY dalam  “Memoir Seorang Pendidik” dan “Cikgu Tuo Dari Air Mawang.”  Kok sesuai masuk  an lah lam tampang. Tuntung berbuah deh. T kaseh bebanyak.aab.29072013 duo puluh hari poso.
All comments were either in Malay or English:

10 September 2012 04:19: ...and yours too Mohd Zain Yassin. AAB, ZA and AFY have done their parts. And even Hattar has given us a detailed story of his yesteryears as an TBSST alumni. We are dtill waiting, we are still waiting!

10 September 2012 10:23: Not that I do not want to submit mine. The problem is that I do not know where to begin. Anyway I'm trying hard to compose. Grammar wise I'm no good writer in either Malay or English. In fact I can't remember when was the last time I composed, even a letter. But surely I like reading people's story. And I managed to read all those which have been posted in this Blog. Keep up the good work, comrades from Alumni TBSST. And if ever I submit one later on, please do not laugh at the way it is written.

13 September 2012 16:12: Apo lak AAB. Tak payah doh solosai an bondo ni. Ese pon entitled to my confidentiality. Yours Faithfully ini pada ese adalah yang ikhlas dan yang jujur dan yang sotio. Apo laie yang AAB ko atau AFY hondak. Zohriman tu SBkan tompi dio hanyo solosaikan kes jonayah atau oghang kopalo tak boto. Ini lain. Ini masalah suko tak suko dan oghang tino-jantan. Ini ada kaitan dongan perasaan. Ese sokolah dulu memang duo tigo tahun yo bezo eh antagho kito. Ese kona bona sapo u duo-duo oghang tu. Memang jadi pominat banyak tino. Cumo ese ini mungkin tak ado dayo ponaghik he jadi u boduo tak pandanglah ese doh. Kaghang ese luahkanlah porasaan. Ponah yo ese ni syok sondighi dongan boboghapo oghang jantan. Sapo kan tak suko jantan, apo lai yang jambu dan macho. Jadi apo yang ese buek, lihat jo dia dari jauh, kok, kok jantan yang ese pandang tu pandang ese balik. U oghang tahu apo yang jantan tu buek. Pandang pon tak ese. Adalah sokali duo jantan itu lihat ese. Itulah yang ese tak tahan, lerekan mato eh, joleng eh itu macam nak buek hati ese jatuh. Nak pengsan yo dibuek ek. Tompi yo, dio tak kisah pado ese. Kadang-kadang ese dokekan gak, tompi dio buek dek jo. Maghah boto ese. Montang-montanglah ese ni kughang sikit ghupo eh tak macam tino Z tu. Tompi taklah bughuk sangat. Ado yo jantan yang hndak ese ni, tompi ese tak minat. Ese suko jantan yang ese suko. Mogheko pulak tak ondak. Tulah cito eh AAB dan AFY. Cumo satu ese pujilah u oghang boduo. U bosopan santun, air muko joroneh yo. Bukan ese nak ngampu tompi ini konyataan. Mungkin sobab u ini head boy kot. Ado sosuatu yan oghang tino suko tengok goman u tu. Tak mongado-ngado macam sosotongah jantan. In short you both were gentlemen and hopefully u still are.Ponah sokali soingat ese bilo boli mee siam kek tuck shop sokolah. Salah soghang u ado dokek dongan ese somaso bogobut nak baya duit. Soghonok boto ese kok ado yang nk bolanjo ese. Tompi macam biasolah dio tak kisah pon. Take care Dear! A

13 September 2012 00:01: Bialah Ese remain "faithfully Yours" AAB dan AFY. Tak ado salah eh doh kan. Macam ni bialah member yang bao ini tokolip-kolip mato eh mikiran sapo pulak tino yang syok sondiri ini. Kadang-kadang psikologi oghang tino suko maco yang dokek dongan diri eh, jiwo eh. Oghang tinolah katoan. Ese pon nak ghaso syok sondiri gak macam oghang jantan. Tompi kalau u oghang boduo nak tau, oghang tino syok sondiri eh lobeh dalam, lobih bomakno. Kadang-kadang dio bawak sampai dalam mimpi. Contoh eh, bayangan ajo kalau AAB dan AFY sobagai Head Boy syok dongan ese, tontu ese ghaso macam ese ini macam bulan jatoh ko ghibo.Kadang-kadang mongolintin nak tengok kek bolakang apo yang AAB atau AFY buek. Bayangan ajo duo oghang jantan ikut ese. Mogah eh somacam. Bilo AAB misal eh ngeko ese di bolakang, kombang kompislah hati ese sobab ada arjuna yang follow ese. Agak eh macam tu lah ghaso eh tino misteri AAB dan AFY tu. Kombang hati ese. kalau kito kek nogoghi oghang putih tontu AAB dan AFY ese cium dah hehehe. Gurau jo. Jadi supayo tak somemeh muko dek kono cium bialah ese remain "faithfully Yours". Dan memang ese ini oghang kocik. Ada pencen gomen tompi maklumlah kojo ese kocik yo gaji eh. Tak macam AAB atau AFY itu. Oghang godang. Kok nak minam teh tarik sotahun itu boleh sangat. Tak payah toko pon sapo ese ni pon tak apo. Cagho eh mudah yo. Mulo-mulo AAB atau AFY minam dulu. bagi tahu toke Kodai Kopi itu. Lopeh tu ese datang baya bil eh. Ok Baby!!Take care. Salam kek oghang ghumah yo.a


14 September 2012 06:21: Ese pon dah confused. Ini FY ini sapo, ese ko AFY. Sobab FY boleh jadi Fadhil Yassin, boleh jadi Faithfuly Yours. Mano satu? Kalau FY itu ese, jadi ese oghang tino, bukan jantan. Tompi kalau FY itu Fadhil Yassin, dio ogang jantan bukan tino. Mako eh eloklah lobih jolas, jangan main initial jo. Janganlah cubo nak confusekan coghito. Dan tak ado sobab ese nak narik perhatian soporti yang dsobotkan oleh Bokeh Pelajar di ateh. Ese tulih apo yang ese ghaso. Ese bukan tupai. Kalau kau tak ghoti porasaan oghang tino ontok-ontok yolah. Kau ini jantan kan. Tak timbol ese nak tarik perhatian poi ko ese daripado tino Z. Dio,dio, ese,ese. Apo


Zahriman Alias (kiri) dan Abu Aman Bachik dalam satu mesyuarat J/K Penerbitan.

15 September 2012 04:27: kaghang ini ese dah tuo, tompi AAB dan AFY lobih tuo. Yang ese kona na-bona- dua headboy dan sorang deputy: AAB dan Kolid dan deputy AFY. Dak Kolid dah ad gf dio. U oghang taulah kan. Waktu AAB jadi guru somontagho kek TBS, ese dah jadi hormat kek dio, sobab dah jadi guru. Porasaan ese boghubah sikit dah pandang AAB sobagai cikgu, hormat boto ese. Dongan Kolid ese tak bolih sontoh mongamuk gf dio. Oleh kerana headboy tahun 1962 si Param bukan oghang yang ese pandang tompi ese mulo dokek hati dongan AFY. Ese tahu kisah dio sikit-sikit yang dio bokonan dongan tino Z itu sobab ponah sokali ese tolibat sikit. Ghaso-ghaso ehlah. Tompi waktu itu ese tak sangko pulak tino Z ini tokait laie sobab dio tak ado laie dalam kelas. Ado soghang laie yang tolibat. Dan pada waktu ese ingat AFY ini ada laie oghang tino dokek dongan dio. Ese kona soghang duo. Bokopit yo nampak eh. Tak yah sobotlah sapo dio buek ngabih an bogheh yo. menyampah ese nak coghito. Maghah ese dalam hati bokuba-kuba. Tak boleh nak ese ingat doh, memang sakit hati. Hati tino mano yang tak sakit hati bilo disughoh buek kojo yang bukan-bukan. Ese ingat AFY tak lupo tu doh, atau buek-buek lupo. Boto-boto maso itu bak kato oghang sokaghang cinto bogalih arah. Inilah padah eh bilo bogobut nak jadi gf headboy. Sekarang dah tuo-tuo ini ghaso malu pulak bilo toingat cito-cito macam tu. Kaghang ini dah jadi suri ghumah tanggo dan dah boghanak cucu.Tompi yolah ao maso-maso eh bilo toingat cito nostalgia bogitu tohibor juga ghaso eh. Bak kata oghang sokarang konangan lamo mengusik jiwa. 


15 September 2012 17:13: Togolak godang ese bilo baco komen Tuan SB kito Zahriman Alias yang dah jadi hakim lak. Lobih bosa golak ese bilo baco Bokeh Pelajar TBS mongamok nak hobin ese. Ingat ese ini apo, nangko, compodak atau apo? cekpodak. Cekpodak iu apo Zahriman. Ado pulak yang kato ese ini oghang jantan tompi monyama jadi oghang tino. Ado lak yang dah tibo-tibo jadi pakar psikologi, dokek dongan oghang tino parti UMNO. Yang lobih hebat laie ese lom ponah ko kodai kopi kek Shah Alam. Hei Brother sumo. Bolom u sumo ko kedai kupi itulah dulu tompek ese minum pagi ko, potang ko. Cumo ese tak hondak duduk ghamai-ghamai kek satu. bual kosong cito ontah apo-apo. Memang botolah ese ni tak pandai macam AAB atau AFY atau Kholid. Ese ini oghang bolaja pon tak sampai School Certificate. itu sobab ese tak boleh nak bagi batch tahun boghapo ese. Macam AAB tahun 1961, Zain tahun 1962, AFY tahun 1962, Kholid tahun 1963. Anak ese ado, cucu ese ado, ese ini walaupun kongkadang sihat kongadang kughang, tompi alhamdulillah ese masih waras. Bilo ingat kisah dulu-dulu apo laie yang dokek dongan hati ini ese boleh ingat laie. Macam baghu somalam coghito itu berlaku. Apo lah susah eh. Kan kito mongalami peristiwa itu Takkan boleh lupo gitu jo. Oghang yang copek lupo ini oghang hanya pandai main cinto, macam coklat bak kato iklan kek tv itu. Sokojap ado sokojap ta ado. Dan Bro. janganlah tuduh ese coklat. Ese pon tak sughuh kau oghang sumo toko. Ese sughoh kau oghang baco. Kalau boleh simpati dongan ese laie elok. Ad you oghg jantan simpati dongan ese, walaupun dah tolambek. Sobab apo? Sobab koghano oghang jantanlah ese hampir nak gilo dibuek eh waktu kona cinto mulo-mulo dulu. Kau oghang jantan tau tak kito oghang tino ini halus porasaan, halus jiwo eh tompi oleh kerano kau oghang jantan ada admirer lah, ado banyak gf lah, boleh tukar-tukarlah buek kito macam kain baju jo, dan pandang pon tidak muko dan hati kito, itulah yang monyakitkan hati. Kadang-kadang monangih bilo tokonang kito dikotopian. Kadang-kadng kito dijadian budak surohan. Tak apo, Tuhan maha kayo, maha adil. Tompi tak tahu bilo yo. Totibo bilo ese nak luahkan porasaan sikit,coghito kisah lalu, kau oghang jantan tuduh maam-maam pulak. Kaghang ini mokasihlah paling-paling ese dah nampak ada juga oghang jantan macam dah mulo nyosa koghano tak amik borek perasaan ese dulu. Tohibor gak sikit. Duu tak ponah ese jangko an yang oghang jantan sukokan ese. Maklumlah ese ini tak pandai, tak lawa dan tak jadi ghobotan. Dan ese ini sojak kona namo headboy kek TBS itu memang topikat dongan oghang yang paling eligible dalam sokolah. Memang cito-cito oghang tino, sapo jo, mahu jadi gf dio. Tompi oleh kerano ese ini tak ponah dianggap wujud di sokolah oleh oghang maco headboy ini, jadi ese diam jolah, makan hati, tengok dari jauh apo yang u oghang headboy buek. Ponah sokali dua, solisih jalan sampai tokono longan dek bogobut nak baya duit kek tuck shop sekolah menengah, tompi togo pon tak. Minta maaf pon tak. Yang oghang jantan perlu tahu, ini tak ado kono mongono dongan psikologi ko, ingat tak ingat ko atau cinto boghalih arah o, ini kono menono dongan perasaan. Yolah macam mano Zahriman syok kek budak pompuan sampai topancut hanya polok bantal. Sobab apo, sobab dio lawa macam oghang putih pado hal dio sorani jo. Haiyo bosa golak ese malam tadi bilo baco Zahriman cito tontang jadi budak bosa. Siap dongan diagram sokali. Apopun juo apo yang dicakap kan Zahriman siap dongan sajak sokali di ateh ini, Eloklah diikuti. Ese pon kan suko sangat oghang jantan nak monoko-noko ini. Ese hanyo nak bomain dongan perasaan ese sondiri dan mintak oghang jantan samo-samo kungsi. Ee pon taklah sompet bona fikiran. Tak salah kan... Mintak maaflah ese banyak-banyak pado AAB, AFY, Kholid dan yang lain-lain tu. Tak ado apo-apo doh, maso dan cinto dah bolalu hampir setengah abad dah. Cumo kadang-kadang ese tak dapek nak tahan-tahan dan lupoan perasaan bilo ingat maso lalu. Apo laie bilo ese anggap itu kisah cinto potama dongan oghang jantan. Tak care dear!q



Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.

16 September 2012 04:31: AAB, AFY, KAR, ZA, MZMY, HM, BPTBS dan Somuo Anon di ateh: Beginilah, ese ni sobona eh dah buek janji dongan anak ese tak dodah an coghito koluargo, tontang anak-boranak. Sobab:
1. Yang moto an coghito ini anak ese. Ese buek draf eh, anak ese yang moto an. Macam anak ese ini jurutulih eselah. Janji ese tak coghito tontang anak-beranak.
2. Ee ini tak ado batch sobab Form 3 ese dah kolua TBS. Samolah ese dongan oghang tino misteri Z tu. Tompi dari sogi ghupo ese ini taklah putih macam Z, cumo ese ini lobih tinggi dan kulit bak kato orang Indon sawo matang, macam buah ciku.
3. Ese kona ghamai yo dalam kelas atau dalam sokolah, tompi ese ini biaso eh loner, tak banyak kawan tompi ingatan kuek sikit. Ese kona TH, AK, ZJ, ZMD, NM, NMD, ST (belum masuk Islam) LT, MY, NMN dan ghamai laie. Moreka ini corodik somuo ese yo yang a oghang tokih-tokih yo dalam pelajran. Begitu jugo ese biaso dongan BH, AH, HY, SA, SN dan boborapo yang lain soporti AS dan HY.Dan tontunya SZA, gf KAR.
4. Koluarga ese ni taklah sompurna macam keluargo AAB, ZA, MZMY, AFY. Tompi ok gaklah. Dan sokali laie ese koba an yang ese ini tak ado batch, macam Z atau HM sondiri yang katanya dah sononggeng bilo sampai Form 3.

Itulah dio dan sampai di sini jo yang dapek ese pokona an diri ese. Ese kono ngoto an janji dongan anak ese. Tompi somuo e ese masih ado apo yang oghang sokagahnag kato soporti dalam radio klasik nasional tu MKI (Masih ku ingat). Sosokali ese tosontoh jo porasaan bilo tokonangkan oghang potama yang ese giloan yang bokait dongan jawatan headboy ini. AAB, AFY dan KAR.
Ok take care dear. You are very, very special to me, terlalu istimewa, walaupun dah tuo-tuo gini. Janganlah main toko-toko laie yo. Tak elok, doso tau. Apo laie kalau ao yang cubo nak buek fitnah. Ese dah boghi hint banyak juo ni. Ese kono jaga amanah ese dongan anak ese. Dio tahu apa yang ese tahu. Kito ini bukan sajo macam omak dongan anak tompi macam adik-boradik. We are being frank and we share almost everything. Tompi dongan oghang tino Z tu bialah antagho ese dongan dio yo.


16 September 2012 09:13: AAB, Tak leh lah, ini janji ese dongan dak budak kek ghumah. Ese totap dongan amanah dan ini kito samo-samo hayati dalam Faithfully Yours. kalau ese dodahan macam ese dodahan badan ese sondighi, Malu ese dongan oghang ghumah ese, dongan anak-anak ese. Part ini memang tak boleh. Cumo ese bagi tahu ghumah tangga ese taklah sosompurna ghumah tanggo oghang yang ponah ese imipian dulu. Koluargo AAb hidup bahgio kan, koluargo AFY hidup bahagia kan, hidup KAR bahagiao kan. Oghang tino Z hidup bahagio kan. tompi koluargo ese bahagio gak tompi taklah sorobo sompurno. Dan ese boghi jaminan nun jauh di sudut hati ese, namo tigo oghang ini masih molokek. Kadang-kadang potang-potang bilo ese donga lagu lamo dari Klasik Nasional itu air mato ese tibo-tibo kolua. SOdih sangat ese terutama bilo ada ogang suguh ese buek kojo yang dio sughuh. Tak dapek ese lupoan. Masih ese ingat lagu yang dinyanyikan dalam filem Penarik Beca. Dalam filem itu lagu ini dinyanyikan oleh P. Ramlee dan   yang sodang bokelah di topi pantai. Ese tak dapek nak tahan-tahan, kadang-kaadang monangih, hibo dan ada maso bilo ese dan koluargo duduk kek Pantai PD mondonga ombak bobunyi, mondesir, hati ese totokan-tokan toingatan maso dulu-dulu. Bogitulah sensitifnyo hati ese. Kadangkadang anak tuo ese moghati an dari jauh. Tk apolah AAB, janganlah tambah laie dan mintak jaawaban yang bukan-bukan. Ese mintak maaf jolah. Perhatikan jawaban ese ini dan ese ghaso AAB akan dapek jawaban eh. Ok Dear!


Gunung Ghombau berbalam ke Timur. Di balik gunung ini terletak Air Mawang dan Johol.

16 September 2012 09:13: AAB, Tak leh lah, ini janji ese dongan dak budak kek ghumah. Ese totap dongan amanah dan ini kito samo-samo hayati dalam Faithfully Yours. kalau ese dodahan macam ese dodahan badan ese sondighi, Malu ese dongan oghang ghumah ese, dongan anak-anak ese. Part ini memang tak boleh. Cumo ese bagi tahu ghumah tangga ese taklah sosompurna ghumah tanggo oghang yang ponah ese imipian dulu. Koluargo AAb hidup bahgio kan, koluargo AFY hidup bahagia kan, hidup KAR bahagiao kan. Oghang tino Z hidup bahagio kan. tompi koluargo ese bahagio gak tompi taklah sorobo sompurno. Dan ese boghi jaminan nun jauh di sudut hati ese, namo tigo oghang ini masih molokek. Kadang-kadang potang-potang bilo ese donga lagu lamo dari Klasik Nasional itu air mato ese tibo-tibo kolua. SOdih sangat ese terutama bilo ada ogang suguh ese buek kojo yang dio sughuh. Tak dapek ese lupoan. Masih ese ingat lagu yang dinyanyikan dalam filem Penarik Beca. Dalam filem itu lagu ini dinyanyikan oleh P. Ramlee dan Saadiah yang sodang bokelah di topi pantai. Ese tak dapek nak tahan-tahan, kadang-kaadang monangih, hibo dan ada maso bilo ese dan koluargo duduk kek Pantai PD mondonga ombak bobunyi, mondesir, hati ese totokan-tokan toingatan maso dulu-dulu. Bogitulah sensitifnyo hati ese. Kadangkadang anak tuo ese moghati an dari jauh. Tk apolah AAB, janganlah tambah laie dan mintak jaawaban yang bukan-bukan. Ese mintak maaf jolah. Perhatikan jawaban ese ini dan ese ghaso AAB akan dapek jawaban eh. Ok Dear!

17 September 2012 21:26: Ginilah. Ese dah duo haghi dah tak join u oghang punyo komen. Ese sanjung dan ese hormat somuo komen tu dan anggap ia ikhlas dan jujur. Toakhir Zariman Alias yang ese anggap duo tigo tahun my junior. Pangkat adik lah kek ese. Baik umo mahupun dalam kelas. Ese respect Zahriman dan patut pon ese respek sobab bokeh dio pogawai polis. Kojo monyiasat lak tu. Kan ko hebat. Penjonayah takut apo lagi ponjenayah cinto. Ese ingat mulo-mulo dulu adolah soghang duo oghang tino yang response koghano ese nak tahu feelng dio oghang tompi nampak eh tak ado soghang pun. Ghoti eh oghang tino alumni TBSST ini monikuih jo, malu nak kongsi coghito cinto potama dio oghang. Oklah. Tompi janganlah bilo ese nak dodah an sikit yo coghito ese ini supayo kito dapek kongsi bosamo, cubo dapek an simpati daghi oghang jantan, takkan ini respons yang patut ese toghimo. Patutlah anak ese cakap oghang jantan ini tolalu pontng pado ego kejantannnya, cauvinis sunggoh, tak boleh kasi muko dan tak hondak lotakan pandangan dio samo taraf dongan oghang tino. Dulu boleh lah ese raso macam tu sobab ese bolom tau apo-apo, sokolah sotakat LCE, kojo pon tidak. Terus jadi suri ghumah yo macam oghang tino misteri Z tu. Oghang ghumahlah yang banyak bantu moncoghodik an ese. Tambahan pulak anak-anak yang boleh ese jadian kawan dan tompek bokungsi pandangan. Maksud eh ese tak nonggok dan ontok-ontok sajo tingga di ghumah. Tulang ompek koghek ese tak duduk diam. Alhamdulillah oklah gak ghumah tangga, cumo tak bahagio habih tak penoh soperti Zahriman ko, AAB ko, AFY ko, MZMY ko, KAR ko dan oghang yang ponah ese kona dulu. Tak apolah ese respek pondirian Zahriman. You berhak dongan pondirian you soperti ese berhak dongan pendirian ese. Ese pon sotuju tak payahlah nak toko-menoko, nak jadi ahli psikologi ko atau nak samo an dongan oghang tino UMNO. Ese pon dah lomeh dah dongan komen yang tak habih-habih ini. Eloklah ese boghundo. Banyak na nampak eh teori yang koluar. Dah mulo lak dongan teori yang konon eh nak mengelirukan soporti yang disobot Zahriman di ateh. Memang ese kotawo godang maco eh. Bondo kocik dah jadi godang macam ini. Mulo-mulo eh ese cumo nak kongsi pengalaman cinto monyet tompi ini dah koluar cito cover-mengcover lak. Goli hati ese...

Foto Tahun 1961: Kelihatan AAB (empat berdiri di belakang) dan di sebelah kirinya AFY. Di mana Faithfully ears waktu foto ini diabadikan?

19 September 2012 15:57: Mokasihlah pado u all somuo. Soothing words indeed dan ese ghaso macam sodang boghada clouds 9. Ghodo sikit hibo ese. Pado AFY tak ado ese nak naghoh dondam doh. Why should I. Cumo satu porkagho kocik (kalau u kato kocik lah) bilo dalam satu portemuan tak sampai pon satu minit (jangan sobot di manolah) yang pornah bolaku (I'm not sure whether u remember that hell of a moment) dan copek-copek ese bolalu, malah ese bolaghi moninggalkan u. Lopeh itu kito tak ponah jumpo laie sampailah ese baco coghito AAB di ateh ini. Semuo konangan datang kombali. Vey loud and clear, malah hingga ko poghengkat deafening silence. Ese monangih dalam hati. Konapo yo, konapo jadi begini. Haghi ini, Dah lobih 50 tahun and yet ese masih hibo. Bagangkali inilah yang ese ghaso, tak dapek nak ditahan-tahan. Mungkin pada u AFY, bondo ini kocik bona dan mungkin u tak sodar. Ese pon pada mulo eh maso tu taklah kisah sangat. Tompi akhir eh mongobeh air mato ese, lamo ese tomonong. Sampai adik ese tanyo ese kek tanggo ghumah maso tu, konapo kak, konapo. Oklah kito somuo dah tuo, buan dak-budak laie. kito dah sober kan. kito cubo lupoan lah. Dah boghanak bocucu. Kepado Sympathizer, especially dan yang lain tu, yang turut simpati, maafkan ese yo. Begitu juga yang terakhir, Kaum Hawa Ex-TBS, ese botimo kasihlah sobab u ini amat mongorti sensitiviti soghang wanita. Ese doakan suatu haghi kalau ado jodoh eloklah boghumah tangga. Ghaso eh bolom tolambek. Once u are on that level of married life things would be far different. The love u would receive would be tremendously exceeded your expectation. Ese dah moghaso manis pahitnya kehidupan boghumah tangga. Ia macam kita melahirkan anak. Bahagia doghito menjadi soghang ibu, walaupun kadang-kadang monyakitkan tompi kito nak jugak laie molahirkan. Itulah ese ghaso yang membuekkan ese ini teruih survive. Thanks to my not so sompurna famiy comparatively, I mean, and I would expect life to contine the way it is. Regret but not regrettable. Quite contented, I mean sort of. Ini sebuah hikmah buat ese. And I'm pretty sure Allah must have been given the such strength all these years. The only problem I might be facing is if ever ese jumpo (katoan tosoghompak) dongan ex-lover boy ese ini, baik AAB ko, AFY ko atau cikit-cikit KAR ko, macam manoah agak eh coghito eh. Tak apolah kito ngan podulian coghito itukan . We should continue with our routine, family routine. Just take it as it goes. Take care Dear. Luv u khasnyo buek Tun Presiden kito! 


19 September 2012 19:04: AAB, susahlah ese macam ni. Coollah Bro. Dah bokali-kali ese kato ini adalah kisah pomujaan kopado seorang selebriti tahap sokolah. Ado oghang pujo habih sobab oghang tu selebriti, dipujo, kalau boleh nak dokek dengan dio sopanjang maso. macam secret admirer. Bilo kito kato secret admirer, kito tak bolehlah revealkan baik namo kito atau sapo admirer kito itu. Dalam hal ini bayangkan ese dah revealkan sapo admirer ese. Toghang-toghang. Cumo ese admirer dio atau tak boleh dodahkan namo ese. Bolom ponah ese donga oghang bagi tahu dio to my secret admirer atau I syokkan dio atau yang semacam itu. Nao eh pun dah secretkan. Kalau gitu bukanlah laie namo eh secret admirer. Dan ese bukan soghang yang jadi your secret admirer. ghamai laie yang lain. Tompi mereko simpan dalam ati. Sobab yang ese nampak samai ada satu kotiko, you sobagai selebriti sokolah TOLALU STUCK-UP DAN ACTION HABIH HINGGA MACAM TAK MAHU JOJAK BUMI NYATO LAIE. You get what I mean. So be sensible. There is no such things as I kona U dan u kona I. A SECRT AdMIRER IS JUST A SECRET ADMIRER. After ll you have said it well when you say "Kok tersorompak apo gaduhan, u yo yang kona, kita orag tak kona u. BueK dono yolah, itu no hal punyo.FY" JaDi pada ese what's the fuss, anywy! iNILAH EGO U KAN AAB!


Allahyarham Mohd Zain Md. Yassin (kanan) bersama Zahriman Alias dan Car Lim Aboo dalam pose istimewa di rumah Zahriman di Kuala Selangor. Apakah Faithfully Yours mengikuti perkembangan Grup TBSST ini?

20 September 2012 07:12: Bilo maco komen Ahmad Fadzil Yassin di ateh, makin bosa golak ese. Kah, ah,kah,kah. Ese mulo eh tak hondak nak jawab apa pon, tompi beginilah. Boto ese tak ponah maghah pado AFY, tompi maghah sesokali kek AAB. Kalau kito baco somuo komen di ateh ini tak sokali pon AFY maghah kek ese, tak emosi pon, tak macam AAB atau Hashim mustafa. Ese dah kasi hint banyak dalam komen-komen ese. tompi nampaknya ado yang bijak (maklomlah bokeh ponyiasat) dan mombuek siasatan eh sondighi. Tup, tup, tup AFY yang kono. Ini yang ese nak golak godang. Oghang jadi headboy, ghasoan lah pulak ponangan FY (eheh AFY)?!


20 September 2012 02:54: Memang u stuck-up maso itu. Ese pon mudo. Dan kalau boleh ese nak u pandang ese gak, U slebriti sekolah, ese budak loner dan toingin bona ese dijadian gf headboy. U tak ondak kona ese melainkan yang u nak kona jo. Inilah masalah eh. Kagahng baghu ese tahu apo makno ini jadi headboy. Jangan salah an ese.

20 September 2012 21:21: Iyolah, AABku sayang. Donga eh AFY pon nak whisper into your ears and id me. But then ZA mentioned ese adalah orang yang very close and dear to AFY, sodangkan AFY ngaku yang dio tak ponah botomu ese sojak moningga an TBS limo puluh tahun dulu. What a contrast! Tompi tak apolah AAB cayang. Kito pueh, u pueh dan ese pun puehkan.Nak tunggu gak apolah agak eh yang AFY nak whisper kat tolingo u AAB. Anyway, mokasihlah saya dibona an togilo-gilo kek u dulu tu. Togaso jo ese ini macam dibolai dan disayangi oleh selebriti headboy maso itu. Muuuuuuah!l

23 September 2012 06:07: Nak hompeh ko, nak hobin ko, nak panggil gata ko, nak sobot apo laie, bueklah ndok hoi, Sympathizer. Ese macam ni jo, tak bokudih pon. Yang u gogham sangat apasal. Inilh pondirin ese. Ese tengok koadaan. Apa salah he kalau ese masih ada feeling dongan dio oghang. U know this was my first love, walaupun ponah bogalih arah dari AAB ko AFY. U tahu dalam bonak ese ini ada titian kasih yang enggan koluar daripada minda ese. Who cares who or what you are. I also don't give a damn. After all I don't even know you. Alih-alih mungkin u ini oghang jantan, monyamar macam botino. Kalau gitu elok jadi ayam jantan jo lah. Nenggek romen pon tak sampai 10 seken dah solosai.


23 September 2012 21:12: Apo lak ni Basikal Tuo, Koto. Yang u nak caghi sapo ese sampai ko lubang cacing ni buek apo. Kan ese dah bodamai dongan AAB, AFY, ZA dan yang kek ateh ini MZMY. Yang u ini nak monyebok buek apo. Hidung tak mancong pipi tosorong-sorong. Memang pun hidung kau tak mancong, jaghang ese tengok hidung oghang Melayu mancung, tompi ese tak tahulah mungkin hidung kau tajam dan bengkok macam hidung oghang Yahudi kot. Ginilah ese nak botokak dongan kau ngabihan bogheh yo. Buang air liur ese. Ese dan koluargo dah tingga kek KL. Ghumah ese kek kampong itu dah jadi hutan u tahu tak, kalau tak hutan dah jadi bolukar, ghimau pon boleh masuk dah. Tak lama akan jadi tompek Jin botondang ko botandang ko, whichever word you would like to use. Ese dongan AFY memang dokek kampong eh, dongan AAB walaupun lain tompek ghumah eh tompi samo sokolah. Ese suko duo oghang ini sobab dio oghang ini headboy, oghang yang jadi impian ghamai oghang tino kek sokolah dulu dan ese anggap duo-duo ini my first loves, zaman kocik zaman boghumo Form 2 ko Form 3. Those were my precious moments. Tak mungkin ese jumpo dan alami macam tu laie doh. So U take care hidup u, ese take care mine. Fair-kan. So what the hack. dan jangan nak l-e-b-e-h yo. That goes to everybody who made their comments as above. Jangan nambah stress ese yo, malah jangan cbo-cubo nak kocak an hidup ghumah tangga ese, walaupun u tahu hidup ese macam mano sokaghang. So can we square off, Basikal Tuo, Koto.

AAB, 29 Julai 2013.