Thursday 28 March 2013

MAGHI BOLAJA LOGHAT DAERAH GHOMBAU!




 Mohamed Salleh Johri: Pakar rujuk dialek Ghombau dan mantan Pegawai Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. 

MARI BELAJAR LOGHAT DAERAH: Corat Coret TIBIES
Oleh Mohamed Salleh Johari        

Kosa Kata Grup TBSST
Bila kita membaca posting dan komen yang dibuat oleh Grup TBSST, kita dapati penggunaan kata yang tersendiri. Penggunaan kata ini adalah terhasil daripada keperluan sesuatu kumpulan tertentu. Atas tujuan untuk berkomunikasi kumpulan ini menggunakan kata yang tertentu yang diterima oleh ahli kumpulan. Grup TBSST ini begitu aktif sesama mereka. Ayat2 yang dijana adalah ayat pertuturan yang ringkas tetapi difahami. Ayat2 ini digunakan dalam situasi tak formal dan dalam situasi keakraban. Grup TBSST ini merupakan kumpulan yang sudah mesra kerana mereka dari sekolah yang sama.
Kita lihat pada kesempatan ini Kata Nama, Kata Ganti Nama, Kata Kerja, Kata Penegas.

Kata Ganti Nama
Grup TBSST menggunakan kata bahasa Negri Sembilan seperti:
ese, se, eden, den, saya, I,
doyan, an, deyen
kata 'saya' digunakan juga walaupun kata ini adalah kata bahasa standard. Sepatutnya bentuk 'sayo' digunakan. Kerana situasi komunikasi adalah tak formal ahli bebas untuk menggunakan kata 'saya'. Kata 'I' digunakan juga oleh Grup TBSST. Alasan penggunaan 'I' samalah dengan penggunaan kata 'saya". Semasa berbual dengan kawan-kawan yang rapat kita bebas untuk menggunakan kata-kata.

Kata 'deyen' digunakan juga oleh Grup. Kata 'deyen' ini adalah kata Minangkabau. Mungkin tidak digunakan dala bahasa N9 . Kata 'doyan' ada digunakan. Bagi saya kata ini rapat bentuknya dengan kata 'deyen'. Mungkin kata 'doyan' timbul daripada kata 'deyen'. Bahasa N9 merubah kata ini menjadi 'doyan'. Kata 'an' juga digunakan. Bagi saya kata ini terbit daripada 'doyan'. Mungkin orang dari kampung tertentu menggunakan 'an' saja untuk menunjukkan mereka tidak datang dari kampung yang menggunakan 'doyan'. Orang yang menggunakan kata 'doyan' mungkin mereka berasal dari daerah yang menggunakan 'deyen' di Ranah Minang.

Kata 'se', 'ese' ada digunakan oleh kumpulan ini. Bagi saya kata2 ini terbit daripada kata 'saya'. Jadi sepatutnya kata ini jadi 'so' dan 'eso'. Penggunaan kata 'eden' dan 'den' adalah identiti kepada bahasa N9. Penggunaan kata ini menunjukkan bahawa orang N9 datang dari daerah yang tertentu di Ranah Minang.
Dalam teks yang panjang penggunaan KGN tidak disaling tukar. Hanya KGN yang sama digunakan untuk seluruh teks. Kalau 'se' digunakan pada ayat pertama maka kata ini digunakan pada ayat2 seterusnya.

Kata Nama
Kumpulan ini banyak menggunakan kata standard tetapi digunakaan ikut bahasa N9. Kata2 bahasa N9 ada juga digunakan seperti:
bujam, boko, bakul sia, kojar
adat, meta, peta, botanam,
beweh, jaweh, motan, kerop,
koman

Banyaklah kata2 ini kata2 biasa bahasa N9 dan ada juga kata khas Adat Perpatih. Ada pula kata-kata yang dipinjam daripada bahasa orang putih. Kata 'perut', 'suku' adalah kata Adat Perpatih.
Ada kalanya KN dipendekkan seperti:
Alias - lias, Lieh
Ada kata-kata dicantumkam:
kawan-kawan - kenkawan

Kumpulan ini ramai yang menggunakan kependekan untuk merujuk kepada nama seseorang ahli:
MSJ, GY, ZA

Kata Kerja
Seperti KN, Kkj standard begitu banyak digunakan. Kata-kata ini digunakan ikut cara bahasa N9. Kata kerja bahasa N9 yang digunakan adalah:
dilapon, ngicap

Kata Penegas
Untuk memberi kesan tertentu kepada ayat yang dijana, kata-kata penegas diletak pada akhir ayat:
... doh. ... dah ...tuh. ha!ha!...eh. ...kah. ..kan
Kata-kata ini dapat memberi kesan tertentu pada ayat seperti untuk mencuit, sindiran, dsb.
Kata-kata digunakan secara kreatif untuk melahirkan situasi akrab.

Like · · Unfollow Post · March 24 at 11:33am via mobile
Seen by 77
Hattar Othman, Jamilah Ujang, Nasa Abu Bakar and 8 others like this.

Mohd Nordin Ahmad: Bravo Mohamed Salleh Johari, you punya kupasan tentang bahasa loghat N9 memang mantap dan boleh dijadikan rujukan.Kupasan seperti ini selalunya dilahirkan oleh orang-orang yang pakar. Ini mesti dimasukkan ke dalam corat coret TBSST. Kelak ia boleh dirujuk oleh para pembaca dan angkatan yang sudah kurang biasa dengan bahasa loghat kita(N9). Very good, keep writing like AAB and AFY, AAR.ZA, GY dll yang semuanya memiliki talent yang tersendiri.
March 24 at 12:11pm · Like

Ghazali Yasin:  MSJ, hebat! Mungkin bulih dipolish up lagi untuk dimuatkan dalam buku 'Corat-Coret TBIES'. Hanya seorang pakar bahasa (memang pun sobab MSJ dulu bekerja di DBP) yang bulih menulis secara ilmiah seperti di ateh. Saya yakin Penyelaras Projek (A.F Yassin) tentu mengalu-alukan sumbangan artikel seperti ini.
March 24 at 12:42pm · Like

Ahmad Fadzil Yassin:  komen msj ini " wajib" masuk corat- coret TIBIES. Harap GY tolong buat hard copy artikel MSJ ini dan nanti kitp komehan. Kalau boleh write-up AWAL juga. Satu lagi fotostat buku GY dah siap. Ese ko Tampin esok Isnin. Boleh kito ngoteh kek Tampin esok kul 11.30 pagi. Salam
March 24 at 12:50pm via mobile · Like

Car Lim Aboo selamo ni MSJ diam ajo ghupo x nyo masih biso bonar laie syabas warigh
March 24 at 12:57pm · Like

Ghazali Yasin:  Elok bona AFY poi Tampin esok. Tolanjo ko Tampin tu elok juo Abang Kaber Ana dan Kak Bi lunch kek gumah se. Kek gumah lai sodap sembang. Tolong confirm Bang.
March 24 at 3:08pm · Edited · Like
Mohamed Salleh Johari: TK semuonya.
March 24 at 4:41pm via mobile · Like

Salleh Simon:  Handal kau leh
March 24  at 5:03pm via mobile · Like
Mohamed Salleh Johari TK SS.
March 24 at 6:46pm via mobile · Like
Nasa Abu Bakar: Tahniah MSJ torpigo den bilo baco teks kau tu... ini ajo warisan yg kito masih pogang hingo kini. Harap generasi akan dtg dapek meneruskan nyo.
March 24 at 8:08pm via mobile · Like · 1
Mohamed Salleh Johari: TK NAB.
 March 24 at 8:31pm via mobile · Like

 Kamarudin Md Tahir:  Mula nak baca sikit je. Tak soda abih baco semua. Ado lai ko SABIJO.
Monday at 11:33pm · Like
Salleh Simon:  KMT. Ikut2 an ado lai.Msj lupo nak address ni sobab x ponah digunakan dlm FB. X ponah pakai sobab perkataan e panjang sikit. Pokatan ni dipakai kek kpg Gadong & kpg Tanjong shj. Pokatan e adalah, untuk mengantikan 'saya' kito gunakan pokatan 'oghang ni' dari pokatan orang ini. Misal 'oghang ni x mau poi Koto doh 'oghang ni nak poi Tampin' . Terpulang kpd MSJ lah nak masukan.
Monday at 11:53pm via mobile · Like · 1

Ahmad Fadzil Yassin:  oghang ini jugak telah dipendek an laie menjadi "oni". adik-adik ese ghamai yang membahasakan diri mereka dengan "oni". Misalnya arwah Amrah Yasin, adik saya bahasakan dirinya "oni".
Tuesday at 7:32am via mobile · Like
Mohammad Ibrahim:  Boto tu AFY anak2 sodagho den sokaghang ni KGN "oni"
Tuesday at 8:06am via mobile · Like
Salleh Simon:  Mokaseh AFY & MI dgn maklumat baru...bolehlah kito gunapakai 'oni'
 Tuesday at 3:15pm via mobile · Like

 Ishak Othman:  Jangan tosalah sebut pulak lain makno eh.
 Tuesday at 3:20pm · Like
 Salleh Simon:  Sebutan seperti apo IO.
 Tuesday at 4:00pm via mobile · Like
 Ishak Othman:  Onani SS
 Tuesday at 4:02pm · Like
 Salleh Simon:  X mungkin. X taulah x ponah try lagi.
  Tuesday at 4:11pm via mobile · Like

  Mohammad Ibrahim:  IO ni pandai kelaka topi memang gunapakai jangan korupkan fikiran budak2 mudo. Kito jadi contoh maaf kalau kasar
 Tuesday at 4:12pm via mobile · Like
 Mohamed Salleh Johari:  Mak oi nani.
 Tuesday at 4:16pm via mobile · Like
 Mohamed Salleh Johari:  SS kito tambah 'oghang ni' n 'oni'. KMT baru donga suaro.
  Tuesday at 4:26pm via mobile · Like
  Salleh Simon:  Canteklah tu MSJ
  Tuesday at 4:38pm via mobile · Like

  Abu Aman Bachik:  Tahniah MSJ kerana meroka bidang ni. Bertambah lagi satu juadah kitom. Syabash! Baru soto hah cberetlah dari hari jumaat hari tu.
Yesterday at 7:30pm via mobile · Like
Ghazali Yasin:  Semoga Bang Abu dah pulih. Kalau dah sehat sepenuhnya bolehlah datang ke tempat kami hujung minggu ini. Noriah dan ese sentiasa menghargai doa yang kerap kami terima daripada Bang Abu. Mokasih, Wassalam!
17 hours ago · Like

Mohd Nordin Ahmad:  Oghang Ghombau tak ado ko gunoan " ayo" sebagai ganti "ese"? Di Pilah, "ayo" ni lobih digunoan dek oghang pempuan, satu cagho nunjukan lomah lombut...
7 hours ago via mobile · Like
Mohamed Salleh Johari:  Memang ado 'ayo' digunokan. Tapi lon digunakan dlm fb. Tapi oleh krn Dato' dah bangkitkan kato ni akan dimasukkan dlm kajian ini.
 7 hours ago via mobile · Like
 Ghazali Yasin:  Di Johol pun samo Dato' Mohd Nordin Ahmad. Ganti namo 'ayo' tu digunokan oleh oghang perempuan untuk ejek dighi dio.
 7 hours ago · Like

2 comments:

  1. Alhamdulillah, ado yo kenkawan yang memperkenalkan loghat Ghombau kek blog ini. Jangan lupo ado gak yang dah guno bahaso yang kasar sikit bunyi eh macam tokolost, tak ponureh, nak mampuih, mojet, montodaghag, mongobeh, tokoluce dan lain-lain. Walaupun kesat bahasa atau loghat ini tetapi ia totap hidup sobab dipakai oleh ghamai wargo Ghumbau. Tabik spring buek Mohamed Salleh Johari.

    ReplyDelete
  2. Mohamed Salleh Johari: Iyo ko. Kono baya ko?
    Thursday at 11:10pm via mobile · Like

    Werner Klimes: bang saleh(MSJ)tu tau ke cakap rembau.
    17 hours ago · Like

    Mohamed Salleh Johari: Saya dr Koto. Saya sekolah sama dgn Aini isteri tuan.
    15 hours ago via mobile · Like

    Werner Klimes: amat mustahil jika bang saleh(MSJ)sekolah sama dng(WK),nanti kalau bersua bercakap sangatlah.
    15 hours ago · Like

    Mohamed Salleh Johari: I'Allah.
    15 hours ago via mobile · Like

    ReplyDelete