Monday, 16 September 2013

OXFORD STREET : A POEM BY MOHD SALLEH JOHARI
















Mohd Salleh Johari: Untuk Abang Tuo kito AAB yang terus bernostalgia tentang Kota London sejak zaman Brinsford lagi...
















AAB ketika di London.

 
Oxford St.
Oleh Mohd. Salleh Johari

 Aku pernah bertandang di parakmu
Aku datang jauh berkelana
Kau sambut aku begitu mesra sekali

Kala itu salji putih tidak singgah di parakmu
Salju putih segan singgah
Kerana ada pengembara jauh datang bertandang
Salju putih berkisar terus ke khutub utara
Tinggalah kedingingan
Dinginlah malam
Dinginlah siang

Oxford St.
Semua agam diparakmu
Selfridge, Debenham, tersergam agam
Aku gelisah di dalamnya
Dihujung sana Muzium London
Semuanya ada seantero dunia

Sungai Thames jiranmu
Ada juga segala khazanah merata dunia
Jarum Cleopatra terpacak tegak
London Bridge dan segalanya
Ada rahsia terpendam di dasar

Malam itu kau berpesta
Malam memperingati D-Day
D-Day hari puaka
Hari itu bangsa putih berlanggar dipantai Dunkirk
Banyak yang punah
Laut semuanya merah
Mayat bergelimpangan
Hari digelar 'the longest day'
Siang bagai tidak henti
Banyaklah musnah bumi Eropah

Tapi ...
MAlam itu di Oxford St.
Tidak ada duka
Muda-mudi berpesta
Segala duka D-Day dilupakan

Muda-mudi bersorak
Horee ... horee .. Horee
Duka lara dilupakan

Tengah malam
Big Ben berbunyi
Dong ... 12 kali

Maka bagi ku
Lemyaplah pesta ria

Hari ini
Di usia semja
Pada merpati putih terbang melayang
Ku kirim salam
Terbanglah kau
Langkauilah lautan, gurun, gunung ganang
Singgahlah di Oxford St.
Sampaikan salamku.

 16 September 2013·
Anggota Keluarga AAB?!!

 AAB (berdiri di belakang No. 2 dari kanan) foto tahun 1961.

No comments:

Post a Comment