Thursday, 3 October 2013

GAMBARFOTO MESYUARAT SIDANG PENGARANG GRUP TBSST DI DBP 30 SEPT 2013









Rakaman Peristiwa Mesyuarat Sidang Pengarang Grup TBSST di Bilik Mesyuarat Mohamad Rashid Talu, Tk 29, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Awang Sariyan telah bermurah hati membenarkan Sidang Pengarng mengadakan mesyuarat di bilik ini dan telah dengan jasa baiknya menaja makan minum kami sepanjang tempoh mesyuarat. Minum pagi, makan tengah hari dan minum petang. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa  terima kasih kepada Dato' Ketua Pengarah. 

Semoga dengan restunya hasrat kami Kumpulan Grup TBSST ini untuk menerbitkan Buku Suatu Ketika Di TBS akan menjadi kenyataan menjelang Januari 2014.Yang hadir mesyuarat kali ini ialah Ghazali Yasin (Pengerusi Sidang Pengarang), Mohd. Ashraf Mansoor Hussein, Awaluddin Abd. Rahman, Mohd. Salleh Johari, Mohammad Ibrahim, Ahmad Fadzil Yassin dan Zahriman Alias, sebagai ex-officio. Yang tak hadir dengan izin Abu Aman Bachik dan Hattar Othman. 

Mesyuarat hari ini tertumpu kepada agenda memilih gambar untuk artikel yang telah dimuktamadkan seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini yang diadakan di Markas ABIM, Sg. Ramal Dalam Kajang.

No comments:

Post a Comment