Anak jati Makassar, Safullah Sanre, wartawan dari Sulawei Selatan yang sering beruang-a;il ke Kuala Lumpur dalam usahanya meningkatkan hubungan budaya dan bahasa antara Kuala Lumpur dan MakasarPotret Safrullah seperti yang diabadikan A.F.Yassin di Sg. Buloh pada tahun 2007.
Penyusun buku Salsilah Melayu dan Bugis, Dr. Virgina Matterson pernah berkunjung ke Johor Bahru pada Hari Sastera 1983 untuk mempromosikan bukunya yang diterbitkan oeh Penerbit Fajar Baki dan diperkatakan oleh Prof. Dato' Dr. Firdaus Hj. Abdullah
sedang mendengar ceramah Dato' Dr. Firdaus Abdullah.
Kemudian pada tahun 2007 dantahun berikutnya, aktivis budaya dan wartawan Makassar. Safrullah Sanre, sudah lama tidak muncul dalam sebarang kegiatan budaya di Malaysia. Kesibukan kegiatan budaya di Makasar memungkinkan Safrullah tidak dapat menyempatkan diri beranjang sana ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Namun cadangan bernasnya yang dikemukakan kepada saya Januari 2001 di Makasar, Sulewasi Selatan masih tetap segar dalam ingatan.
Cadangannya ialah kerjasama budaya antara Malaysia dengan Sulawesi Selatan yang terkenal dengan nama Tanah Bugis itu mesti ditingkatkan lagi. Safrullah merumuskan cadangannya itu setelah kami bercerita panjang tentang dunia sastera-budaya yang dia ceburi hampir sepenuh masa. Safrullah seperti membenarkan dirinya diseret lebih dalam ke daerah sastera budaya Malaysia dan lebih mendekatkan diri dengan Kuala Lumpur berbanding Jakarta atau Makasar sendiri. Tanggapan ini mungkin sahaja kurang tepat tetapi mereka yang telah mengenal dirinya akan berpersepsi begitu.
Safrullah melihat hubungan budaya antara Makasar dengan Kuala Lumpur dan Johor, khususnya Johor semakin intim jua. Katanya ada kaitan antara orang Makasar dengan orang Johor dan kaitan itu telah lama wujud, iaitu sejak pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi. Katanya "Malah kita usah lupa akan peranan beberapa orang anak raja keturunan Bugis dalam Kerajaan Melayu Riau Johor." Yang dimaksudkan Safrullah ialah Daeng Parani, Daeng Menambon, Daeng Marewah dan Daeng Celak. Kesemuanya putera Raja Bugis, Opu Tendribureng Rilaka. Safrullah mahu satu pertemuan diadakan antara budayawan Malaysia (khususnya Johor) dengan Makassar.. Pertemuan tentunya diasaskan kepada sejarah penglibatan orang Bugis dalam Kerajaan Melayu Johor-Riau.
Berdasarkan sejarah penglibatan orang Bugis di alam Melayu dipertingkat oleh penghijrahan orang Melayu Johor ke tanah Bugis di Pulau Sulawesi, terutama di Makasar (dulunya Ujung Pandang). Orang Melayu Johor ini membawa bersamanya apa yang disebut Safrullah sebagai warisan budaya, termasuk bahasa dan budaya. Katanya, "Warisan itu kini sudah menjadi intertekstual kerana kebanyakan teks sastera Melayu sudah disadur ke dalam bahasa daerah."
Malah, ada satu komuniti kecil Melayu yang berkampung di tengah-tengah kota Makasar. Dalam pertemuan singkat dengan beberapa warga komuniti keturunan Melayu ini, mereka bercerita tentang sejarah penghijrahan komuniti ini. Sekarang pun anggota komuniti Melayu ini masih merasa bangga dengan keturunan mereka. Ramai di kalangan mereka masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu dialek Johor dengan baik. Di samping itu mereka tetap mempertahankan warisan budaya seperti nikah kahwin dan adat orang Melayu lainnya sejak kedatangan datuk nenek mereka 200 tahun dahulu.
Malah ada di kalangan mereka yang mengaku keturunan orang Melaka. Kata seorang ketua keluarga Melayu itu, "Kami tidak tahu Melaka itu di mana tetapi nenek moyang kami bercerita kami orang Melaka." Barangkali cerita dari Melaka ini dikaitkan dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis dan penerusan Kerajaan Melayu itu di Johor-Riau kemudiannya.
Inilah premis keazaman dan rasa keterikatan Safrullah dengan pemikiran sastera warisan Melayu Bugis. Bukan tidak mungkin Safrullah terpengaruh dengan kewujudan komuniti Melayu di Makasar dan buku sejarah, terutama Salsilah Melayu dan Bugis, Sejarah Johor dan Sejarah Melayu. Maka semangat ingin melihat bermulanya pertemuan Johor Makasar itu semakin membara. Lebih kerap dia mengunjungi Malaysia maka akan semakin meningkat pula suhu semangatnya.
Apakah yang sedang difikirkan Safrullah? Apakah dia mahu mengambil kesempatan dengan mengeksplorasi setiap peluang akibat wujudnya pertemuan itu untuk cuba “menggemilangkan semula hubungan Melayu-Bugis? Cadangannya supaya pertemuan pertama diadakan di Makasar menunjukkan keghirahannya. Katanya, “Tahun berikutnya di Johor Bahru. Pertemuan boleh diadakan setiap tahun secara bergilir."
Turut difikirkan Safrullah ialah sikap pemerintah Indonesia, terutama pemerintah daerah Sulawesi Selatan yang menurutnya "meletakkan bidang kebudayaan dalam senarai keutamaan yang rendah. Tidak seperti di Johor yang menjadikan pembangunan kebudayaan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab holistik kerajaannya.".
Hubungan awal boleh juga dalam bentuk pemuatan rencana tentang budaya Malaysia di media Sulawesi Selatan dan tentang budaya Bugis di media Malaysia. Editor pelbagai media di Malaysia boleh memainkan peranan penting dengan memberi ruang secara berkala kepada tulisan budayawan dari Makasar sementara editor media di Sulewasi memberi ruang pula kepada tulisan budayawan Malaysia.
Sebagai permulaan juga, Safrullah mempunyai pilihan dengan mendekati Yayasan Warisan Johor yang dianggap lengan kanan budaya Kerajaan Negeri Johor. Khabarnya Timbalan Pengarah Yayasan itu, Zam Ismail, seorang sasterawan-budayawan, walaupun khabarnya dari kerutunan Jawa, barangkali akan bersimpati dengan pemikiran Safrullah. Fakta menunjukkan banyak rakyat Johor, baik daripada kalangan bangsawan mahupun di kalangan orang biasa, berketurunan Bugis.
Dalam simpanan Safrullah terdapat beberapa manuskrip lama yang boleh diketengahkan, dan yang mengaitkan hubungan Johor Bugis. Ini juga boleh dijadikan titik permulaan hubungan Safrullah dengan Zam di Yayasan. Yayasan boleh memberi sumbangan dengan mempertimbang kemungkinan menerbitkan manuskrip lama berkenaan. Setikda-tidaknya Yayasan akan dilihat cuba meneruskan tradisi penerbitan buku hikayat seperti Salsilah Melayu dan Bugis.. Yang penting, menurut Safrullah, perlu ditagih simpati Menteri besar Johor, Datuk Abd. Ghani Othman yang mempunyai agenda holistik untuk memajukan Johor.
Manfaat daripada hubungan budaya dua hala tetap ada. Ini kata Safrullah. Khazanah warisan dalam bentuk intertekstual maih banyak yang boleh diketengahkan. Status autonomi pemerintah daerah di Indonesia boleh dimanfaatkan untuk memajukan bidang ini kerana segala yang berkaitan dengan kebudayaan telah diletakkan di bawah wewenang dan kuasa pemerintah daerah. Kata seorang budayawan ketika ditemui selepas majlis dialog antara budayawan Makasar dengan rombongan Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Bahasa Cabang Maksar Januari 2001 yang lalu, "Orang Melayu dan orang Makasar itu tidak ada bedanya dari sudut sejarah dan budaya. Kiranya kami lebih dekat dengan Malaysia, terutama yang menyangkut keturunan, perasaan dan pemikiran. Tak perlulah kami beritahukan berbanding dengan siapa." (Pertama kali disiarkan dalam utusan Zaman dan kemudin dipetik oleh Pena Kembara, 21 Mei 2008.)