Sunday 4 November 2012

MAJLIS MENYALANG DUA ANAK DATO' DAN DATIN DARI LUKUT


Dua pengantin dan pasangannya diarak masuk menuju pentas pelaminan dan akan menghadap YMM Tuanku Najihah dari kerabat Diraja Seri Menanti ebagai tetamu Diraja.

Kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, Dato’ Hj. Abdullah dan Datin Rozna Md Jan merupakan pasangan suami isteri paling bahagia hari ini setelah meraikan ratusan para jemputan di satu majlis perkahwinan dua orang anaknya serentak. Seorang tetamu  menganggarkan jumlah jemputan yang datang meraikan majlis mencecah empat digit. Majlis menyalang berlangsung di Springhill, Lukut. Antara yang berangkat hadir mencemar duli ialah Tuanku Najihah daripada kerabat Diraja Negeri Sembilan dan rombongan Baginda. 


Abu Aman Bachik (kiri) dan Car Lim Aboo di majlis menyalang pengantin di Lukut.
Turut hadir di majlis menyalang ini sekumpulan kengkawan daripada Alumni TBSST yang dipimpin Presidennya, Zahriman Alias dan isteri. Kira-kra 25 orang Alumni  TBSST datang meraikan majlis, antara yang paling senior ialah Salleh. Mahmud (Bec 1957), yang kini tinggal di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Alumni  Abu Samah Bidin pula adalah Alumni yang datang sejauh Tanjung Pelepas, Johor. Car Lim Aboo, Setiausaha Alumni TBSST yang baru antara yang awal tiba bersama Abu Aman Bachik dan Ahad Fadzil Yassin beserta isteri, Rubiyah Suleiman. Turut hadir meraikan Hattar Othman dan isteri, Muhammad Ibrahim dan isteri, Mohamad Ayob Hashim, Ishak Othman dan Feisol Mahmud. Nabjeah Aziz, yang pada awalnya menyatakan ketidakhadiran, muncul pada saat-saat akhir, mungkin setelah mendapat info hubungan kekeluargaan antaranya dengan keluarga  ibu pengantin.



Ibubapa dua pengantin lelaki, Dato' Hj Abdullah dan datin Rozna Md. Jan

 Kedua-dua pengantin lelaki,  dan pasangannya mula diarak dengan paluan  kompang sekitar 1.00 tengahari menuju pentas pelaminan dengan diiringi sekumpulan sanak keluarga yang berpakaian seragam. Mereka berdatang sembah menghadap Yang Maha Mulia Tuanku Najihah sebelum meneruskan acara “santapan Raja Sehari” . 
 Feisol Mahmud (kiri) dan AFY setelah menikmati hidangan di majlis menyalang anak dato' dan Datin dari Lukut.

Di luar, tetamu tiba bertali arus seawal 11.00 pagi dan berterusan  sehingga empat petang. Keua-dua ibu bapa pengantin tidak dapat mengelak diri daripada menjadi ibarat coklat chipsmore, sekejap ada, sekejap tiada, menghilang kerana menyambut ketibaan para tetamu.
Hasni (?) Md. Jan: Cucu saya yang ke-5

Bayangkan mereka berdua terpaksa meredah sebuah pekarangan yang agak luas dari dalam porak rumah melangkaui gerbang dan menjalar sepanjang jalan yang dibumbungi khemah berwarna putih. Setiap khemah dipenuhi tetamu sepanjang masa. Para tetamu ditempatkan  di beberapa lokasi yang berasingan mengikut kelas dan status, namun tetap disatukan melalui keramahan dan senyuman menguntum Dato’ dan Datin dengan para anggota keluarga mereka, jauh dan dekat. Ada kaum keluarga yang datang sejauh Kampung Mungkal dan Kg. Seberang di Mukim Gadong, Kota  untuk menambahkan seri  majlis. 



Car Lim Aboo dari Bec 1964, (kiri) dan Salleh Mahmud dari Bec 1957 bertemu di rumah Datin Rozna. 

Yang menjadi masalah ialah tempat parkir yang sedikit samraut memenuhi beberapa jalan masuk. Keadaan parkir menjadi bertambah akut lagi apabila kenderaan diletakkan di kiri kanan jalan sehingga menyukarkan arus lalulintas keluar masuk trafik. Para pengawal di muka jalan  masuk terpaksa menggunakan budi bicara dan  jasa baik untuk mempastikan arus trafik berjalan lancar. Apapun jua, semuanya berakhir dengan kelicinan perjalanan majlis dengan kengkawan Alumni TBSST ditempatkan di tiga buah meja “tetamu Khas” di dalam porak rumah. Ini  menjadikan majlis pengantin sebagai satu lagi Reuni kecil buat bekas-bekas pelajar TBS. 

Antara Alumni TBSST yang menjadi tetamu Datin Rozna di majlis menyalang dua anakanda. Dari kiri: Rubiyah Suleiman, Nabjeah Aziz, AFY, Mumammad Ayob hashim dan Ishak othman. Berdiri di belakang Zahriman Alias dan hattar Othman
Ia berikutan acara Sembang Santai Teh Tarik di rumah Muhammad Ibrahim di Seksyen 19 Shah Alam sempena Majlis Baca Yasin dan Tahlil Arwah di Masjid Ubudiah, Shah Alam, 1 November yang baru lepas. Majlis ini juga adalah lanjutan daripada siri Reuni Alumni sejak 1 Mei 2012 yang lalu yang diadakan di Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam dan di Seremban. 


Abu Samah Bidin (kanan)  dari Tanjong dan AFYassin dari Gadong bertemu di rumah Datin Rozna di Lukut sempena majlis menyalang dua anakanda Dato' dan Datin.


Kesemua 25 orang Alumni yang hadir di majlis menyalang hari ini di rumah Dato’ dan Datin di Lukut ingin mengucapkan ribuah terima kasih atas budi baik Datin Rozna, khususnya, kerana sudi menjemput kengkawan. Walaupun hanya  sebentar kengkawan dapat bersembang dengan Dato’ dan Datin, namun ia memberikan erti penuh makna bagi kengkawn semua. Apatah lagi dalam kalangan alumni ada juga beberapa orang adik-beradik Datin yang menjadi bekas pelajar TBS. 

Abu Aman Bachik (kiri), Car Lim Aboo dan Salleh Mahmud, Alumni TBSST turut menyerikn majlis menyalang.
Bagaimanapun,  dalam perjalanan balik dari rumah pengantin, Presiden Alumni TBSST, Zahriman Alias dan isteri   mengalami “freak accident” di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran kawasan R & R  Nilai sebelah utara, menghala ke Plaza tol Bandar Baru Bangi. Menurut Presiden, kenderaannya remuk akibat kemalangan dan terpaksa meminta bantuan anaknya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. 


Seorang tetamu mengucapkan terima kasih kepada bapa pengantin lelaki, Dato' Hj. Abdullah (dua dari kanan) sebelum beredar minta diri meninggalkan majlis menyalang. 

Alhamdulillah, kami difahamkan melalui telfon bahawa Zahriman dan isteri tidak mengalami apa-apa kecedraan, malah kenderaannya yang terkena tempias kemalangan masih boleh dipandu. Zahriman bercadang untuk menarik kenderaan ke Kuala Selangor untuk tindakan lanjut. (Coretan & Foto oleh  Ahmad Fadzil Yassin via Mobile, 4 Nov. 2012)   

21 comments:

  1. Alumni TBSST mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada dua anakanda lelaki Dato'Hj. Abdullah dan Datin Rozna Md. Jan di Springhill, Lukut, PD. Semoga berkekalan sampai ke anak cucu. Insya-Allah!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Iman n Hawa apa2 ke? Selalu jalan jauh u tak drive Mitsubishi ni kan? Selalu deprive merce atau BM kan? Dah nak Malang!!!

    Sent from my iPad
    4 hours ago via · Like
    Zahriman Alias Kalau bawak kereta kecik tadi lagilah teruk impaknya....
    4 hours ago · Like
    Ahmad Fadzil Yassin Terkejut jugak bilo donga Zahriman dan isteri terlibat dalam accident petang tadi. Mso itu ese baru lopeh hantar AAB baik dan baru sampai di rumah adik ipar kira-kira 300 meter dari rumah AAB di Putra Heights. Ese tanya apa perlu saya datang bantu apa yang patur. Zahriman kata tak perlu, anaknya dah sampai di tempat kejadian. Hawa? terantuk sedikit kata Zahriman, jadi ee harap Zahriman cek bimbang terdapat apa-apa kepadanya. Malang tak berbau. Kito begitu ahppy di rumah Datin Roznah kek Lukut tengaharinya. Hampir 25 orang kenkawan meraikan majlis pengantin. Amat sayang, akhirnya malang juga yang menimpa Presiden kita. Harap semua ok buat Zahriman suami isteri. Moga kita terima perkembangan terbaru dari Bos.
    3 hours ago · Like
    Mohammad Ibrahim Itulah qada n kadar. Bersyukur oghang2 selamat. Keto tu boleh katok xdo masalah topi yg ponting oghang selamat. Maso balik tu ujan lobek n jalan licin. Ado lah musibah eh tu.
    2 hours ago via mobile · Like

    ReplyDelete
  4. Zahriman Alias: Eksiden masa dalam hujan, kete dibawak pelan yo dlm 50 kmj, keto pulak banyak. Tibo dokek R&R Nilai, ado yg brek sikit untuk perlahankan keto. ......Maso tu sebuah bas ekspres dari Johor di lane tongah langgar bontot lori, dan lori pulak bantai keto esei yg ado di lane kanan sekali.....Syukur alhamdulillah tak ado kecederaan. Mulo2 isteri sei mengadu sakit di kepalo kono dek hontakan lori. Maso tu kepalo lori dah bepusing dan botul2 menghadap tempat isteri duduk. Memang ngori mengonangkan eh.....selepas buat repot sei anta isteri pergi chek doktor di bahagian emergency Hospital Putrajaya serta buek xray.....alhamdulillah tak ado kecederaan, hanyo dibagi ubek tahan sakit. Keto pulak boleh jalan, dan drive balik Kuala Selangor malam tu jugak, sampai rumah pukul 12 malam.
    2 hours ago · Like

    Mohamad Ayob Hasim: Alamak sedihnya,setelah kito semuo happy2 rumah Datin tibo2 donga beghitu cam ni pulak,kito merancang Allah menantukan kito kono teghimo dengan banyak soba.
    50 minutes ago · Like

    Shariffuddin Idris: Sabar bang, dah namo e pun eksiden...
    33 minutes ago · Like
    Abd Razak Rahman apo nak buek Man dan nasib. Bukan kito mintak. Kalau nak jadi jadi juga dio. Sabar yo lah.
    5 minutes ago · Like

    ReplyDelete
  5. Bila dah geroh tu tak sapo dapek nak elakkan doh. Presiden kito kono bawak banyak bosabalah. Yang lobeh diutamakan kosolamatan diri yang tolibat. Zahriman dan isteri selamat. Mudah-mudahan ado hikatnya di sebalik sobalik nahas jalan raya itu. Dalam pada itu molihat pada gambar-gambar resepsi majlis di ateh, kelihatan majlis bojalan moriah. Hos momberikan tompek istimewa jugak kopado Alumni TBSST yang datang moraikan majlis. Impressive!

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, our President and wife were alright after the freak accident along the Plus Expressway. The wife needs a lot of rest after the trauma and she would be in no condition to do anything else at the moment. Rest and rest and if possible go somewhere, trying to dislodge the bad experience.

    ReplyDelete
  7. Allah the Almighty!What a narrow escape for our Alumni TBSST President. What would have happened if he was driving a minute earlier. What about if there was no drizzling and he would have been driving at a much higher speed than normal, the impact would have been much more disturbing to hear.

    ReplyDelete
  8. Makanan yang di hiding kan sumo sok sodap belaka. Podeh lak tu. lauk Nismilan katokan. Timokasih ese kek Datuk dan Datin. Kok jomput lai panjang umor sti datang lai. Tokinyam kan lauk tolo tiki.

    ReplyDelete
  9. Abdul Aziz: Kadang2 kito mandu kereta berhati2,tapi terjadi eksiden jugak. Itu namanya dah takdir. Apapun bersyukurlah kamu dua orang selamat.
    7 hours ago · Like · 1
    Tajul Ariffin Kamat: Syukur, alhamdulillah, xdur kecederaan.. Allah uji kesabaran kito tu.. sabar ajor lah... salam
    4 hours ago · Like
    Zahriman Alias: Pagi tadi Dato Abdullah talipon saya tanyakan khabar saya dan isteri selepas kena eksiden semalam. Dia mengucapkan kesyukuran kerana semua selamat, dan bertanyakan apa2 yang dia boleh bantu. Saya hanya ucap terima kasih atas keperihatinannya dan atas gesture nya......timo kasih jugak kepada Datin Rosna. My wife and I are ok, and its alright, we can manage.......tq
    15 minutes ago · Like

    ReplyDelete
  10. How thoughtful of Dato' Abdullah to have called our President if any assistance could be forthcoming. On behalf of Tampang and Alumni TBSST, we thank you very much Dato' and of course Datin. Perhaps, one of these days, Alumni TBSST could work out one fine afternoon for high tea session at your Springhill panoramic residence. Aftar all it's not that far from KL or Seremban. The idea is to have a closer rapport with TBS old boys and girls. Probably President ZA is keen on the idea.

    ReplyDelete
  11. Yes, that's a terrific idea for another possible Reunion. Just a teh tarik will do before we adjourn to the PD shore in Telok kemang or the pantai nearby. ZA and CLA, please take note. I think Datin Rozna would not mind in the least! Just a time of tolak bala thing. After all, I received info on the wedding, the Aumni TBSST who attended were not able to exchange remarks, oe even had the time to say hello to the host. I too was told that there were about 25 Alumni TBSST, together with their spouses came to the wedding. That was quite substantial considering the total of 65 in the Group.

    ReplyDelete
  12. In fact, our two prominent "oghang minyak kito" Salleh Semin and Feisol Mahmud, could undertake to chip in in the form of monetary sponsorship. Just a token some. Colah gigi jo kengkawan.

    ReplyDelete
  13. Kuih apam yang dibungkus dalam daun rambai, as someone told me yesterday, adalah yang paling sodap yang pernah ese makan. Memang sodaaaap dan lombot... A good item for cuci mulut plus of course the teh tarik or the kopi hitam.I took the teh tarik.

    ReplyDelete

  14. Nabjeah Abd Aziz redho yo la segalo yg bolaku tu adolah kotontuan dr Allah sajo patah tumbuh rusak dibaiki jo
    2 hours ago · Like

    ReplyDelete
  15. Esei pun setuju bona kalau kito buek next reunion di rumah Dato dan Datin di Lukut, bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan mereko. Tak pueh raso eh tak dapek beburak dongan mereko pado ari tu, maklumlah mereko sibok bobona melayan tetamu. Kono pulak maso tu ado dhif kenamaan dari Istano. Tapi biarlah rodo2 sikit dulu, kito pun paham betapo lotih eh mereko buek kojo kawin macamtu. Banggo bona sei tengok kawan lamo kito dah jadi orang bosa, duduk rumah bosa.....raso eh nak juga kito masuk dalam rumah bosa tu Kak Teh.....

    Di kalangan dhif dari istana kelmarin sei terjumpo kawan lamo, Tengku Mokhsin, dulu kojo Inspektor sekojap, sesamo melalak maso bujang2 maghin kek Mess Lake View di belakang Muzeum.....nijam mes tu pun dah ilang....dah jadi highway. Dan antaro kawan kamcing yang jadi geng jinrami kami maso di Mes Lake View dulu ialah Dato Nallakarupan (the great)......kini hanya tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  16. Abu Samah Bidin: Good write up AFY. Semaso kito kek majlis ni kito terlupo/tak sompek nak bincang tentang program bertemu dak Ani Kamarudin yang di jangka sampai pada minggu ni. Den akan ambil dia dari kg tanjung Sabtu ni bolah pagi. Dia kato ari tu dia x nak di jamu. Den cadangkan alumni somo jumpa kek kodai kopi kek Shah Alam pada pagi Ahad ni. Den alkan bawak dio ke situ. Memang banyak majlis pada ari tu sbb tu kita buek bolah pagi. Kalau de rancangan lain den ngikut je. What say Zahriman Alias, Ahmad Fadzil Yassin, Car Lim Aboo ???
    about an hour ago · Like · 1

    Zahriman Alias: Sei pun ado majlis hari Ahad, tapi kalu kito buek gathering tu jam 9 00 pagi di Kodai Kopi hari Ahad, raso eh boleh. Saya setuju.......kito mintak pendapat yg lain2 sebelum kito war2kan......
    about an hour ago · Like

    Ahmadfadzil Yassin: Ahad pagi 11 Nov 2012 bolehlah, ese pon sompek datang sotakat ini tak ado apo-apo doh. Ese tak ado masalah. Bolehlah Insya-Allah.
    a few seconds ago · Like

    ReplyDelete
  17. Rozna Md Jan: Tulih gamba nikah tapi gulai kopalo ikan lak kolua. wek moleleh air lio den yolah u ni ZA
    8 hours ago via mobile · Like

    Zahriman Alias: Gamba2 sei dah bercampur aduk sobab upload direct dari camera pakai wifi....sorilah. Tulah, leceh upload pakai wifi ni....kono gustan sikit gambar tu baru jumpo.
    2 hours ago · Edited · Like

    ReplyDelete
  18. ang bolah kanan u tu dak Tapa Hj Sharif ke? Budak kg Mungkal anak HJ Sharif, imam mosojid mempayo dulu. De ireh heh sikit.
    8 hours ago · Like
    Zahriman Alias A-ah, Tapa....dah handa nijam, kok tak salah Executive Secretary Yayasan Naqiuddin....
    8 hours ago · Like
    Ahmadfadzil Yassin Abu Samah Bidin, ese pun tak kona sangat, maklumlah dah moghantau ko Johor sojak tahun 1964. U pon tak boghapo ingat, yang ese ingat dak Usof. Raso eh giulah dan Zahriman pun dah confirmkan Tompi goman oghang eh memang soghupolah dongan Hj Sharif, imam mosjid itu. Malah Rozna Md Jan pun baghu hari kahwin dua anak eh kek Lukut itu baghu ese petama kali jumpo. Kek kampong tak ponah jumpo. Walaupun omak ese kato dak Rozna itu bukan oghang lain doh, kato omak ese. Dio anak Md. Jan yang duduk kek boghang sobolah ghumah Uwan So'omo, omak dah Feisol Mahmud, anak Penghulu Hj Bakar, Gadong. Yang lucu eh, waktu ese sampai ghumah Datin Rozna haghi itu, ese tocongang-congang pado sapolah ese nak tanyo yang mano satu tuan ghumah. Bokolintau mandang ko sano ko mari. Oghang ghumah ese dan Abu Aman dah duduk dah kek dalam khemah ponoh dongan oghang jemputan kek luar tu. Sudah eh ese tanyo soghang wanita kek get ghumah tu. Ese tanyo yang mano nak jumpa tuan ghumah. Wanita iu pon bagi tahu yang dio tuan ghumah. Ese tanyo ini Dtin ko? Wanita itu sonyom dan, ya saya. Ese pun kata ese Fadzil dari Alumni TBS. Itu oghang ghumah ese. Lalu kami pon dibawa masuk oleh Datin ko dalam porak ghumah eh dan Datin mintak sooghang, tak kona namo eh bawak kami - AAB dan oghang ghumah ese ko mejo yang botulih "Jomputan Khas" sobolah mejo yang botulih "Kerabat". Ese pon was-was jugak nak duduk, maklumlah ini mejo jemputan khas. Ese ini aptut duduk dalam khemah kek luar tu jo. Tompi usher itu persilokan kami duduk kek mejo itu. Kami pun duduklah tigo oghang kek mejo itu. Lamo yo kek situ, dan tak ado sapo pon nak bukaan apo yang tohidang atas mejo. Inilah bahano eh Abu Samah kalau bolom ponah jumpo. Pado hal ikut salsilah koluarga Datin Rozna itu pangkat Auntielah dongan ese tu. SobabMd. Jan itu bapak sodago pado omak ese. Ayah Md. Jan adik boghadik dongan Uwan omak ese, Noresah.
    6 hours ago · Like
    Rozna Md Jan memang botolah itu Tapa Sharif. Suami kteh baik ngan dio, itu sobab eh dio rekomenkan bokojo kek yayasan tu. Tapi xdolah handa bona plak doh kojo eh. Sampai kteh donga snighi org pangge dio tunku dan wife eh datin. Tokojot boghok dibuek eh.. he he
    2 hours ago · Like
    Rozna Md Jan mintak maaflah yo kawan2 xpek layanan baik daghi kami. bukan dsongajokan. Timo kasih yg x tohinggo kami ucapkan pd sumo yg sudi moluangkan maso dan sanggup dtg daghi jauh2 lagi. T kasih banyak2
    2 hours ago · Like

    ReplyDelete
  19. No hal Datin. Usah ghisaukan. Dalam majlis begitu kito tak dapek mongelak daripada pokagho-pokagho mcam tu. Suasano eh memang dah camtu, nak buek lagu mano. Hanyo ghamai daripado kito bolom ponah jumpo dongan u, macam ese dan Nabjeah dan Abu Aman Bachik. Jadi kami macam ghuso masok kampong. Tompi akhir eh bilo kobotolan tanyo dairek dongan wanita manis dan jambu dopan ese, ghupo-ghupo eh Datin sondiri. Apapun juo kami sopatutnya mengucapkan berbanyak torimo kasih korana diboghi kosompatan untuk makan di tompek Jemputan Khas. Kami dok fikir tompek kami di luar sinun, bosamo dongan jomputan yang lain. Mokasih lagi sokali koghana diboghi ponghormatan. Totang tak sompek nak bobual, itu pokagho biaso. Mungkin di lain kosempatan bilo ado peluang bolehlah sembang-sembang santai. Salam pado koluarga somua.

    ReplyDelete
  20. Hattar Othman: Perbincangan menarik — with Ahmad Fadzil Yassin and Abu Samah Bidin at Bandar Springhill Lukut Pd.
    Like · · Unfollow Post · Share

    Mohamad Ayob Hasim and Saberi Hamid like this.
    Saberi Hamid Capt Abu Samah Bidin,macam YB lawat kawasan shj..
    2 hours ago · Like · 1
    Khudzri Mohamad From the way you holding the umbrella,I should say you still playing to handicap 10,the least.
    about an hour ago · Like · 1
    Ishak Othman Panjang bona ko corito eh. Baru sokali jumpo kan.
    about an hour ago · Like
    Hattar Othman Ontahlah, eden tak nonga amek, dio cito kampong, samo nanyo koba sodaghox lain agak eir.
    about an hour ago · Like
    Ahmad Fadzil Yassin Yang ese biaso dongan Yusof Rahman, tompi dongan Abu Samah inilah potamo kali jumpo soumor hidup ese. Waktu sembang tu ese tanyo totang Dang Bidi. Jawapan Abu Samah abah eh Bidin, Dang Bidi itu oghang lain. Itu yang buat ese confuse sikit. Lopeh itu baghulah ese faham coghito sobona. Apo pun ese bosyuko sobab jumpo sodagho yang botali koluargo dongan Pak Ngah Yahya ese.
    a few seconds ago · Like

    ReplyDelete
  21. Rozna Md Jan: dah jumpo dah pandai u ambek gamba :))
    Tuesday at 11:31am via mobile · Like
    Ahmadfadzil Yassin oghang profesional macam ZA amek gambar tontulah pandai Datin...
    7 hours ago · Like
    Rozna Md Jan tulah untung eh kito dapek presiden macam ZA ni kan
    2 hours ago via mobile · Like
    Zahriman Alias Takyah lah puji bona, duit kocik pun takdo nak boghi haa.....
    2 hours ago · Like
    Ahmadfadzil Yassin Heheheh, ese tok n'dak duit doh ZA, hanyo kalau amek gambar tu masukkan lah copek-copek dalam fb, boleh tonung gambar sondiri, kadang-kadang kamera ese ni kan boto bona pun, asyik buek ragam jo, maklum yang ngambil pon samo tua eh dongan kamera.
    about a minute ago · Like
    Write a comment...

    ReplyDelete