Saturday 1 December 2012

BERKENLAN DENGAN TAN SRI RASHDAN BABA


Temu bual Ahmad Fadzil Yassin dengan TS Dr. Rashdan Baba di kediamannya di Jalan Duta Kuala Lumpur pada 2008.


 Kediaman TS Dr. Rashdan Baba di Jalan Duta, Kuala Lumpur, tempat temu bual berlangsung.

Tan Sri Dr. Rashdan Baba diapit seorang Pegawai Bahasa, DBP (kanan) dan Ahmad Fadzil sebeum ditemu bual di kediaman Tan Sri Rahdan. 

TOKOH AKADEMIK DAN PENTADBIR: Mohd. Rashdan bin Baba, Tan Sri Prof. Emeritus Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 31 Oktober, 1935 - di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Kota, Negeri Sembilan.(2). Government English School, Tampn, Negeri Sembilan. (3). Kolej Pertanian Serdang, Selangor dengan kelulusan Diploma.(4). University of Reading, United Kingdom dn lulus ijazah Sarjana Muda Sains. (5). University of Leeds, United Kigdom dan lulus ijazah Doktor Falsafah , 1964.

KERJAYA: (1). Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1957. (2). Penolong Pensyarah di kolej Pertanian Serdang, selangor.(3). Agronomis di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1964.(4). Pengetua, Kolej Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, 1965 – 1969.(5). Naib-Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, selangor, 1969 – 1971.(6). Nib-Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1972 – 1982.(7). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Sdn. Bhd., 1982 – 1987.(8). Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia Berhad, 1987 - .

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1987.(2). Dilantik Pengerusi Telecommunication Development Advisory Board , Geneva sejak 1993.(3). Dilantik Presiden Asian Association of Agricultural Colleges and Universities, 1978 – 1980.(4). Dilantik Pengerusi Scientific Council of the Scientific Research and Development and Agricultural Science Committee, 1975 – 1979. (5). Dilantik Ahli Lembaga Pengarah RISDA 1972 – 1983.(6). Dilantik Presiden Harvard Busines School Alumni Club Malaysia, 1983 – 1984.(7). Dilantik ahli Majlis Penasihat Regional Cooperation in Education in Asia and the Pacific (UNESCO), 1979 – 1982.(8). Dilantik ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia, 1970 – 1989.(9). Dilantik ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, 1972 – 1989.

INOVASI: (1). Ketika bertuga sebagai Naib-Canselor UKM (1969 – 1971), Tan Sri Rashdan mengambil inisiatif menyelesaikan masalah tenaga pengajar yang kurang mahir dalam bahasa Melayu, terutama dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Perubatan dan Teknologi. Beliau mendapatkan pensyarah-pensyarah kontrak dari universiti-universiti di indonesia dalam bidang-bidang ini, seperti Insttut Teknologi Bandung (ITB), Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Indonesia (UI), Universitas Gajah Mada di Jokjakarta dan Universitas Airlangga di Surabaya. (2).Beliau juga mengambil inisiatif mengimport buku-buku bahasa Indonesia dalam bidang sains, perubatan dan kejuruteran dari negera jiran itu untuk kegunaan mahasiswa dan tenaga pengajar. Baginya, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu tidak banyak bezanya. (3). Ketika memimpin Guthrie dan Telekom beliau seboleh mungkin memint mesyuarat dalaman diadakan dalam bahasa Melayu.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1982.(2). Menerima ijazah kehormat Doktor Sains dari University of Reading, Unied Kingdom, 1986.(3). Menerima ijazah kehormat Doktor Undang-Undang dari Univrsity of Leeds, United Kingdom, 1989.(4). Anugerah bintang kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), 1969(5). Anugerah pingat pekerti Terpilih Negeri Sembilan, 1970.(6). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), 1974.(7). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS), 1972.(8). Anugerah bintang kebesaran Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 1991

Catatan: Tan Sri Rashdan adalah salah seorang daipada 20 orang tokoh dalam pelbagai bidang yang telah ditemu bual oleh Ahmad Fadzil Yassin melalui Program Tokoh Malaysia yang telah berjaya memperkasa penggunaan bahasa Melayu sejak 50 tahun yang lalu. Program ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sempena sambutan 50 tahun penubuhannya pada tahun 1956 di Johor Bahru. temu bual ini diadakan di kediaman Tan Sri di Jalan Duta pada tahun 2008. 

2 comments:

  1. Ahmad Fadzil Yassin: Ayahanda TS Rashdan Baba, Cikgu Baba bin Baki, mengajar saya dalam Darjah 1 dan 2 pada tahun 1951 dan 1952, sementara Cikgu Kamaruddin Ali mengajar saya di Darjah 4. Cikgu Sulaiman mengajar saya di Darjah 3. Sekolah saya Sekolah Melayu Kota yang letaknya di Kampong Perah. Baru pada tahun 1955 saya berpindah ke Government Primary English School, Tampin (setelah merdeka ditukar namanya kepada Tunku Besar Primary School Tampin.

    9 hours ago · Like

    ReplyDelete
  2. Masih den ingat mulo-muloh masuk sekolah Kota kek Momporah, umo den dokek-dokek nak 9 tahun. Tapi otak den ni bongap ame-amek. Tahun pertama tak luluih, kono bolaja laie kek Darjah 1 sampai duo tahun. Akhir eh, oghang dah abih sampai Darjah ompek den masih gak tokia-kia tak abh-abih. Abih-abih boghoti sokolah dan hidop otong gotah, ikut udang den. Sampailah akhir eh, den pindah ke Singapore sampai lah kaghang ini. Pulang pon dah jaghang dah, Laie pon tak ado sapo-sapo di sinun aie. Kok ado pun anak buah yang tingga. Sosokali toningat kesah kek kampong tomonung gak den maam ikan tomonong yang aakank-anak boli kek pasa. Kek kampong dulu dak-budak panggil den dak Aman .Kawan-kawan yag dokek maso itu tomasuklah dak Kamil, Dak Abe, Dak Odak, Dak Sahak, dak Salleh,dak Ana dan Dak Itah anak Ngah Adan. Itu somuo tahun 1950-an.

    ReplyDelete