Thursday 25 October 2012

AAB: MEMORI TRAGIS "BENEATH COOL ENGLAND SKIES"

Saturday, 18 August 2012

MEMORI TRAGIS BENEATH "COOL ENGLAND SKIES"


Hostel Brinsford Lodge England 2007
 Why does the sun go on shining
Why does the sea rush to shore
Why do the birds go on singing
Why does my heart go on beating
Why do my eyes go on crying
Dont they know it’s the end of the world
It ended when I lost your love

 Bait bait lagu di atas masih terngiang-ngiang di telingaku dan itulah yang menjadi teman hidupku selama dua tahun ketika berada di perantauan, nun jauh di bawah cool England skies. Aku terumbang-ambing ketika di kolej setelah aku menerima surat dari kekasih hati, yang meminta aku melupakannya atas alasan kami berjauhan. Aku di brinsford lodge dan dia di kl. Gelap duniaku membaca warkah kekasihku ini. Aku panik. Aku tak keruan. Kuliah entah mana. Makan minum serba tak kena. Apa yang aku harus lakukan. Kemana kan kumengadu? Aku berduka nestapa. Apa yang harus kulakukan. Ingin kuterjah sahaja ke kl berlutut di kakinya meminta meneruskan cinta kami. Namun apakan dayaku kl bukan dalam jangkauan ku. Kl beribu batu. Dipisahkan beberapa benua. Sungguh malang nasibku.
Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa oleh kerana berjauhan beribu batu boleh menjadi sebab kami melupakan antara satu sama lain. Aku buntu. Aku termangu. Aku merindu. Oh Allah, bantulah aku! Sia-sia permintaanku, kerana aku telah lama tidak bermesra dengan Allah. Sepanjang aku di  England aku jarang solat.

Hampir dua tahun aku merana. Sungguh tak kusangka. Ikatan kasih yang baru terjalin mesra terputus akhirnya.
Aku masih terbayang di mataku kitika dia melambai mesra di KL internanional Airport, semasa aku akan menaiki pesawat Britainia BOAC di Sungai Besi ketika itu. Kurasakan saat itu sungguh syahdu dan mengharapkan kasih yng baru terjalin akan kekal selamanya. Sepanjang penerbangan  itu ingatan terfokus ke saat lambaian itu. Oh sungguh mesranya ingatan itu. Aku berada di dalam duniaku. Dunia perpisahan sementara, sangkaku. Aku hanya merancang. Allah-lah yang memutuskan takdirnya.

Selepas beberapa lama aku di Brinsford aku mendapt feedback dari kampong, orang- orang kampong  yang satu bas Eng Giap ramainya menghantar aku di air port tak puas hati dengan sikapku mengabaikan mereka, dek fokusku kepada buah hatiku itu. Oh, sungguh kejam sikap ku!
Kami sebenarnya baru saja memdu kasih, sebelum aku menerima tawaran untuk ke kolej Brinsford Lodge, England. Kami baru saja lepas berdating dan ke movie di Seremban. Aku guru sementara di TBS waktu itu sedangkan dia tengah mengikuti kursus kesetiusahaan di Seremban. Kami telah saling bertukaran tanda hati. Aku membelikannya selendang dan sapu tangan sutera. Dia menghadiahkanku sebatang pena parker siap dengan inscription NorA tertulis di badannya, sebagai tanda cintanya kepada ku. Nor dan A  abu. Gabungan nama kami. Selepas berjanji setia sehidup semati di sebuah restoran kami pun berpisah. Tak lama lepas itu ada kawan di Brinsford memberitahuku "jika kita menghadiahkan cendera hati kepada kekasih berupa selendang atau sapu tangan alamatlah cinta tak akan kesampain." Allahu-Akbar kata hatiku. Aku telah menghadiahkan keduanya sekali. Habislah aku. Rupa rupanya berlaku ramalan ini kepadaku. MasyaAllah!

Sebenarnya kekasih hatiku ini bukan kenalan baru. Kami adalah kawan sekelas di TBS Primary. Tapi setakat kawan sekelas sahajalah. Tak lebih dari itu. Kami sering bersaingan di kelas. Kami silih berganti nombor satu dalam peperiksaan, sehinggalah beliau dan keluarga berpindah dari tampin. Ayah beliau seorang sarjan mata-mata gelap di Tampin ketika itu. Ayah beliau di tukarkan ke KL. Tapi beliau disekolahkan di KGV, dan menginap di Malay Girls’ Hostel, Seremban.  Hubungan kami terputus di situ. Aku tak pernah menghubunginya selepas itu sehinggalah kami di Tingkatan Empat.
Nak jadi cerita, semasa di Tingkatan Empat Dr. Zainal Abidin Said berpindah. Ke TBS bersama-sama dengan Abd. Karim Yassin. Dr. Zainal membawa bersamanya salam dari NorA untukku. Aku terpesona dan terlalu gembira menyambut salamnya. Rupa-rupanya masih ingat NorA kepadaku. Alhamdulillah. Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus menghubunginya. Kami barmesra  melalui helaian biru dan bertukar-tukaran nota fizik, kerana SC dan FMC akan menjelang pada tahun hadapannya. Oh sungguh mesra hubungan kami ini! Sehinggalah kami habis Form Five. Dating kami pertama tulah yang di Seremban tu, yang menautkan kasih kami.

Kami tiada lagi berdating selepas itu. Tapi helaian biru menjadi pelepas rindu. Sehinggalah aku terpaksa berpisah dengannya buat seketika waktu. Sangkaku untuk mengejar ilmu demi hidup kami yang bakal dipacu padu selepas itu. Malangnya Allah lebih mengatahui tentang hamba-Nya.
 Sebelum aku terbang ke Brinsford selang tak berapa hari sebelum itu aku menginap di rumah abangku, (kini dah arwah. Sekonyong- konyong datang bapa NorA ke rumah abangku untuk meminta tanda perhubungan kami, Aku dan NorA. Entah apakah alasan abangku untuk melepaskan diriku dari di ikat aku pun tak berani bertanya. Jadi tiadalah ikatan rasmi antara kami.

Semasa aku di Brinsford sempat juga aku mengirimkan tanda hati untuk hari jadinya. Itu sahajalah yang mampu kulakukan dari kejauhan. Oh, sungguh kusayu mengimbau detik ini. Mutiara gugur dari kelopak mata ku menggelapkan penglihatanku. SubhanaAllah!
Selepas kami  berputus hubungan itu aku menerima lembaran biru dari saudaraku di KL. Saudaraku meminta aku kembali seperti sediakala. Usah bermurung durja, lupakan sajalah si NorA kerana beliau telahpun disunting oleh seorang jejaka, seorang pi yang Azman namanya. Tinggallah aku terkutang- kutang keseorangan di bawah cool England skies.

Anehnya pada hari kukembali dari Brinsford, adoooooh, siapakah yang menyambutku di lapanagan terbang Sungai Besi. Tak lain tak bukan adalah NorA. Itulah bayangan Nora terakhir untukku. Selepas itu aku tak ketemuinya sehingga kini.   
Memori  tragis AbuAman Bachik. (Mula disiarkan dalam Blog Alumni TBSST pada 18 Ogos 2012)

Akhir Ramadhan 1433 HJ.

13 comments:

  1. Hattar Othman
    Seumur hidup saya tidak pernah melalui pengalaman seperti yg dilalui oleh Sdr AAB atau yang hampir-hampir menyerupai nya, tetapi saya amat terharu kepada 'kejadian' yg telah hampir-hampir membawa mala petaka kepada dirinya dan kehidupannya.
    Saya percaya ini adalah kehendak Allah SWT untuk menguji hamba-hamba yang diciptakannya. Allah SWT telah melakarkan 'peta-peta kehidupan' kita, jadi walaumacam mana pun kemahuan kita, Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan itulah Ketentuan Nya, kita tak boleh berbuat apa-apa, kita hanya boleh berdoa dan meminta yang terbaik. Apabila permintaan dan doa kita tidak menjadi kenyataan selalunya Allah SWT akan menggantikan nya dengan lebih baik dan sesuai untuk makhluk-makhluknya. Wallahu Alam. Sodeh yo den ghaso eir.

    Hattar Othman Carried away yo ese tadi tu, sampai lupo nak ucap solamat haghi ghayo, maaf zahir dan batin kopado sumo konkawan. Sampai jumpo laie.

    Nasa Abu Bakar
    Saya percaya kisah diatas menjadikan sdr AAB lebeh berkeyakinan diri dan menjadi seorang pendidik yg berkeliber dan dedikasi kepada anak bangsa nya. Memang ada hikmah nya disebalik putus cinta beliau dgn Nor. Tak siapa pasti apa akan terjad
    i jika cinta nya berterusan ! Mungkin berkekalan Atau putus ditengah jalan ... hanya Alah maha mengetahui. Elok lah setiap yg buruk itu ditontonkan dari awal2 lagi. Saya percaya sdr AAB telah mendapat mutiara yg dicar2i nya selama ini, ia itu seorang bernama Isteri tersayang yg masih disamping beliau hingga kini. Walaubagaimana pun lukiran diatas agak sedih dan tragis buat generasi ketika itu tetapi sekarang banyak telah berubah malah sudah menjadi permainan hidup dek generasi sekarang. Usah kan kekasih sering berputus malah pasangan yg telah di hijab kabul pun banyak berlaku perceraian dengan mudah nya. Itu lah Dunia masa kini. Syabas kpd sdr AAB yg membuat saya habis membaca sketsa nya walau pun dimalam Aidifitri ini. Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin untuk warga famili TBSST semua. Berjumpa lagi.......

    Abu Aman Bachik Hattar dan Nasa terimakasih kerana meng appreciate dua kisah ku. Tujuan ku memaparkan supaya ada juga manafaatnya kepada yang membacanya. Paparan itu adalah pertamakali diceritakan dengan izin Allah jua. Sebelum ini ku tak pernah mengkisahkan kepada sesiapa pun. Walaupun kepada MZY,teman rapat ku.

  2. Ese bilo baco nukilan AAB ghaso tohaghu bukan kopalang laie. Walaupun ese taklah sampai ko porengkat itu pengalaman cinto kek TBS dulu namun sodikit sobanyak mompengaruhi kerjayo ese komudian. Namun seperti hanya AAB tekad dan somnagat kek bokobar-kobar jugak korana itu ese poi sokolah malam hingga dapeklah mooncocak kaki kek monaro gading dan bosaro bilo gonap 55 "jadi oghang" jugaklah kiro-kiro eh..
  3. AAB ini romantis gak oghang he, ghamai gf maso dan lopeh sokolah. tompi satu tak monjadi. Isteri yang sokaghang ini camno lah agek eh. Elok yo kalau AAB cito sikit macan Nasa cito tontang kisah hidup eh tu.Den ghasolah alumni TBS Tampin ini somuo eh ghamai bf dan sudah tontu alumni wanita eh ghamai bf masing-masing. Mungkin ado yang molokek, lalu nikah komudian dan boranak-pinak.
  4.  
    daripada ghamai-ghami alumni TBSST yang kito jumpo kek kodai kopi dulu takkan tak ado laie yangpunyo memori zaman sokolah dulu. Tulih lah sikit dan kito nak donga gak coghito u somuo, tak somostinya coghito cinto. mungkin cinto zaman darurat atau bintangtigo kalau ada yang menorimo pongalaman macam tu.

  5. Confirmed - den memang tak tau kisah Nor dan A ni. My wishful thought kini yg berkaitan dgn era itu ialah: Kalaulah den tersimpan belasan (puluhan?)surat-surat AAB yg beliau utuskan kek den selamo duo tahu dio kek London tu, then we could have got a real-life picture tentang rintihan, suka-duka, pemikiran, emosi dan harapan seorang anak kampung(yang betul-betul anak kampung - yg ori lah tu)ketika berada diperantauan. Malang eh, lopeh den tinggalkan kampung, tak berapa lama kemudian, rumah den jadi rumha tinggal. Pada satu ketika den balik, den dapati, almari cermin mengisi buku-buku den dah pocah dan tupai dah buek sarang. Syukur alhamdulillah, den dapek selamatkan collection TBS sch magazines 1955-62 and some Readers Digest magazines 1960-63 yg den simpan hingga kini. GURAUAN: Nasib baik kau Bu. Kok tak tu, tordodah banyak rahsio ekau !! SELAMAT HARI RAYO IDILFITRI KENGKAWAN SEMUA. MAAF ZAHIR BATIN. MZMY

  6. Timo kasehlah MZY baco beneath cool england skies den tu. ado tak do agak eh cito kek tingkap mah den kek air mawang tulah yang u ingat tak? Itu pun hontah ingat ontah tidak u gak eh. Cito pengalaman pertama se poi dating kek somban tu. kok tak ingat tak po lah. Tak ponting pun. Cito kek ateh tu memang tak do cito cito kek sesapo pun. Ese simpan sendiri yo. Kek u tak cito kek Yahaya pun tak do cito do. Maso se balik kolej you dah kojo kek S'pore dah kan. Tulah tak do cito cito. Elok botolah surat surat tu buek sarang kek tupai. Kok tak mampuih den.Yang present ni nak cito koh. Tak yahlah. Biarlah dio rahsio se. Kok cito lai sensasi. Tompi tak usahlah.

  7. Den tak ingat laie ceghito lamo berkaitan ekau AAB. Boleh jadi bilo dah kojo kek Singapugho tu,kek Airport pulak, daily life was fast moving. Pengalaman-pengalaman baghu obliterated yg lamo-lamo tu. laie pun otak den tak secair otak AAB yang Gigabyte tu. Tontang yg semasa ni, pada den, kono hormat yg masih hidup dan kughang baik kok diceghitokan kpd khalayak (oghang lain tak tau lah camno pendapat eh).

  8. Lopeh ini elok ghaso he kalau AAB cito pulak pongalaman ngaja kek TBS baru longkap.

  9. Elok yo cadangan tuan tu. ese pun lamo yo kek tbs sebolum pencen. Nak kiro banyak,yo suko duko eh kek tbs tu bergaduh pun ado cemburu pun ado juo, bergaduh ngan gb pun ado juo, kono cabar pun ado. Eh memacamlah maklumlah sojak1976 hingga 1997 lah katokan. Dan 7 orang pengetua silih berganti. Tompi episod episod ni pasto ni sure memuakkan. Jadi tak yah lah doh.

  10. cito dak Z tu tak abih laie kan...

  11. Den dah habis dah. AFY taulah kok ado lai. Tah kok orang yg ngato an lon habis tu kok ado lai cito eh tak taulah. AFY nak poi nyongok si Z tu kek taman tok wan kete he. Tak tahulah jadi ko tidak. Kok dio poi kito nak yo ngeko eh.

  12. tak bogani ese doh AAB. Kono bolangkung tak fasal-fasal yo nanti. Laie pon ghumah eh pon ese tak tau. Tompo kalau AAB nak poi ghamai yang nak ngeko, agak he tomasuk Zahriman kot. Dan Zain. Cogito ini bolon abih, makin tambah misteri yo.

  13. Ghumah eh tak tau no hal AFY. Buleh tanyo. Tompi ooooi tolonglah. Tak beghani den doh. Tak do penyakit nak cari penyakitlah. Bialah gilo sensorang tak po doh. Kok poi di sumpit eh ngan air ludah mano muko ni nak suruk an. Cito tak habis tak po doh. Tak ado ghugi eh dok. Kok kona pelangkung , tak ko susah!

No comments:

Post a Comment