Thursday, 16 August 2012
Hattar Othman
|
Bismillahirrahmanirrahim!
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada saya dan merahmati semua
rakan dan taulan yang telah bersama-sama saya di dalam kisah yang akan saya
nukilkan ini. Sebelum saya meneruskan coretan dan kisah saya sebagai murid ini
di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin (TBST) dari tahun 1964 sehinggalah tahun
1969, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sepenuhnya. Saya khuatir mungkin
ada yang tidak betul, tidak tepat, atau ada yang menyentuh hal peribadi. Saya
dengan sedaya upayanya akan cuba memenuhi kriteria kebenaran, tetapi
al-maklumlah peristiwa-peristiwa yang akan dipaparkan nanti berkemungkinan
tidak berapa tepat. Maka saya mohon sesiapa yang telah berada di sekitar zaman
saya dan yang masih boleh mengingati pengalaman semasa di alam persekolahan di
TBST, sila betulkan saya.
Sesiapa yang ingat perkara sebenarnya adalah dialu-alukan untuk memperhalusi dan memperincikan lagi ingatan yang telah kita lalui bersama-sama dahulu. Saya juga minta bantuan untuk membetulkan fakta yang kurang tepat atau yang tidak betul. Masa beredar dan akan terus beredar menuju penghujung dan sehingga kini ada dalam kalangan rakan dan taulan yang bersama-sama mengharungi kehidupan bersama-sama di TBS dahulu telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.Bersama-samalah kita menghadiahkan al Fatihah kepada mereka. Al Fatihah...
TUJUAN Saya mahu menceritakan serba sedikit mengenai kisah saya dan untuk itu saya ingin membahagikannya kepada beberapa “tajuk kecil” bagi menyenangkan saya mengatur penceritaan.
ERA PERSEKOLAHAN MENENGAH 1964 – KELAS PERALIHAN (REMOVE CLASS)
Setelah tamat Darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Dua, Mukim Gemencheh, arwah bapa saya mahu saya meneruskan pelajaran dalam Aliran Bahasa Inggeris di sekolah menengah, jadi saya kena masuk Kelas Peralihan dahulu selama satu tahun. Tempat yang ada dan sesuai masa itu ialah Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin (TBS). Kelas Peralihan itu diadakan pada sessi petang selama setahun. Saya kena berulang alik dari kampung ke TBS setiap hari dengan bas ‘Southern’ yang datang dari arah Gemas ke Tampin. Nasib saya baik kerana sepupu saya pun mengikuti ‘aliran’ yang sama jadi saya ada ‘buddy’ untuk mendapatkan maklumat. Sepupu saya itu namanya Wahy bin Mohd Yusof. Hari-hari kami bersama-sama berulang-alik menaiki bas loncat dari Gemas ke Tampin.
Sesiapa yang ingat perkara sebenarnya adalah dialu-alukan untuk memperhalusi dan memperincikan lagi ingatan yang telah kita lalui bersama-sama dahulu. Saya juga minta bantuan untuk membetulkan fakta yang kurang tepat atau yang tidak betul. Masa beredar dan akan terus beredar menuju penghujung dan sehingga kini ada dalam kalangan rakan dan taulan yang bersama-sama mengharungi kehidupan bersama-sama di TBS dahulu telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.Bersama-samalah kita menghadiahkan al Fatihah kepada mereka. Al Fatihah...
TUJUAN Saya mahu menceritakan serba sedikit mengenai kisah saya dan untuk itu saya ingin membahagikannya kepada beberapa “tajuk kecil” bagi menyenangkan saya mengatur penceritaan.
ERA PERSEKOLAHAN MENENGAH 1964 – KELAS PERALIHAN (REMOVE CLASS)
Setelah tamat Darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Dua, Mukim Gemencheh, arwah bapa saya mahu saya meneruskan pelajaran dalam Aliran Bahasa Inggeris di sekolah menengah, jadi saya kena masuk Kelas Peralihan dahulu selama satu tahun. Tempat yang ada dan sesuai masa itu ialah Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin (TBS). Kelas Peralihan itu diadakan pada sessi petang selama setahun. Saya kena berulang alik dari kampung ke TBS setiap hari dengan bas ‘Southern’ yang datang dari arah Gemas ke Tampin. Nasib saya baik kerana sepupu saya pun mengikuti ‘aliran’ yang sama jadi saya ada ‘buddy’ untuk mendapatkan maklumat. Sepupu saya itu namanya Wahy bin Mohd Yusof. Hari-hari kami bersama-sama berulang-alik menaiki bas loncat dari Gemas ke Tampin.
Hattar di kebun
buah-buahan di Kg. Changgoh, Johol
Kami menunggu di perhentian bas yang dibuat sendiri oleh orang kampung ketika itu. Jauhnya Pekan Tampin ke tempat saya kira-kira 22 batu (35km). Dari Pekan Tampin ke sekolah pula jauhnya satu batu. Kami mesti berada di tempat menunggu bas sebelum 10.30pagi kerana bas akan tiba kira-kira 10.45pagi. Ada beberapa murid lain sesama sesi dalam bas yang sama. Dan jumlah murid akan bertambah sehinggalah kami sampai di Tampin. Hattar di Kg. Ghonggoh, Johol sedang memtik buah di taman Dari Perhentian Bas Tampin kami berjalan kaki ke sekolah. Lama-kelamaan oleh sebab kami ramai, maka bas berkenaan menghantar kami terus ke sekolah. Begitu juga sebaliknya apabila tamat waktu belajar pada sebelah petang bas terakhir akan datang menunggu kami di depan sekolah. Kami tidak boleh lambat untuk mengelakkan kami tertinggal. Saya masih ingat lagi sebelum bas bergerak pemandu bas dan kelindan akan mengira kami untuk menentukan kami ada semua. Memang saya tabik kepada mereka. Saya masih ingat lagi gelaran yang kami berikan kepada pemandu bas itu, iaitu “mata kambing”. Kami tak boleh sebut nama itu di depannya kerana dia tak suka dipanggil nama itu. (Dah habis sekolah, barulah kami tahu apa maknanya “mata kambing”).
Oleh kerana rumah kami berdua paling jauh dari sekolah, maka kami sampai ke rumah ketika hari sudah mulai gelap. Rumah sayalah yang paling jauh, manakala rumah Wahy lebih kurang setengah batu lebih dekat. Kami telah terbiasa dengan keadaan begitu dan tidaklah begitu menjadi masalah buat kami. Saya bersyukur kerana kedua-dua bapa kami mempunyai rancangan yang lebih baik. Pada tahun 1965, Kami dihantar ke asrama (hostel) setelah tamat Kelas Peralihan. Maka bermulalah episod kami di asrama dari tahun 1965 itu hingga tahun 1969 (Form I hingga Form V). KEHIDUPAN ASRAMA Umur saya terlalu muda ketika saya mula melapor diri di asrama. Namun, oleh kerana saya berasal dari kampung, maka secara fizikal dan rohani, saya berasa seronok pula bertemu dan bergaul dengan rakan-rakan baru. Saya tidak pula berasa takut dan was-was untuk menempuh kehidupan sebagai penghuni asrama. Sebelum saya masuk pernah saya dengar perkataan ragging dan bayangan apa yang akan dilakukan oleh senior. Saya beritau diri saya apa nak takut, kalau berlaku pun ia akan selesai dalam masa yang singkat.
Saya pun tak berapa ingat apa yang dibekalkan oleh bapa saya semasa melapor, seperti pakaian, cadar, sarung bantal, gebar/selimut, kole, pinggan dan kelengkapan mandi yang mencukupi. Hanya saya telah dipersiapkan untuk tinggal tanpa ibu dan bapa serta adik- beradik setiap hari untuk jangka panjang. Saya ingat lagi pesanan bapa saya, “Cukup satu bulan Abah datang jongok, nganta duit hostel”. Sekarang baru saya dapat rasakan betapa banyak pengorbanan arwah bapa demi menyiapkan diri saya untuk meneruskan kehidupan. Kenangan ini bertambah jelas apabila tiba giliran saya pula menjadi bapa yang menghantar salah seorang anaknya keasrama penuh kerajaan di Johor pada awal tahun-tahun 1990’an. Ketika itu saya tinggal di Seremban. Ketika mula-mula anak saya tinggal di asrama, saya dapat rasakan perasaan seorang ayah terhadap tanggungjawab mendidik anak-anaknya. Selepas seminggu saya sekeluarga datang melawatnya, macam-macam masalah yang dihadapinya dan minta saya pindahkan dia balik ke Seremban atau sekolah-sekolah lain. Saya kata, “No.” Namun emaknya risau dan memujuk saya mengeluarkan anak saya dari asrama. Saya beritau orang rumah saya supaya jangan takut, kerana dalam satu jangka yang singkat sahaja, keadaan akan berubah. Saya sendiri sudah mengalaminya.
Pasukan Bolasepak TBS
(tahun?)
Dari kiri ke kanan:
Baris belakang : Mr Paul Nathan, Khairudin Yassin, Ramli Abdullah, (Lupa Nama)
, Othman Abu (Arwah), Wahab Ahmad; Baris tengah : Mahat Ibrahim, Johari Hashim,
Hattar Othman, Mahyudin, Mahamud Mah Rahim; Baris depan: Bosco, Rais Hamid,
Wahy Yusof, Tajul Ariffin Kamat (Capt), Mohd Raus Sharif, Mansor Rahman and
Ramlan Sidek
Memang betul, apabila anak saya berada dalam tingkatan 4 dan 5, kami pulak yang menolak permintaannya untuk pergi ke rumah kawan-kawan semasa cuti penggal. Di sini saya percaya history will repeat itself. Pasukan Bola Sepak TBST . Pada hari pertama di asrama, saya ditempatkan di Blok B, kalau tak salah tingkat bawah (tak berapa ingat). Pada sebelah malamnya, semua warga baru dikumpulkan di Bilik Bacaan, di Blok A, tingkat bawah. Saya masih ingat beberapa orang Super Senior, seperti Zainal (bukan main garang), Harun Yahya, Arif Samad, Mokhtar Mohamad, Aziz Ujang (Desperate Dan?), Shaharom Bongek (dia ni banyak cerita, saya reserve dulu) yang ada ke ketika itu saya tak pasti, Othman Bulat dan beberapa orang lain lagi yang saya tak ingat nama mereka.
Ada yang menyuruh kami berenang di atas lantai simin yang dicurah sedikit air. Ada yang tanya nama kakak, ada gf ke tidak, ada yang suruh kami menyanyi dan kegiatan yang bukan-bukan lagi. Perkara begini hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek sahaja. Warden hostel (Master Warden) semasa itu, kalau tak silap saya ialah Cikgu Azhari (muka garang). Dia ini mengajar kami PE (physical education). Saya perhatikan dia ini buat latihan fizikal lebih daripada anak murid. Dia memang kuat dan dia tunjuk macam-macam cara yang dia boleh buat dalam latihan jasmani yang diajarkan kepada kami. So he enjoyed himself by doing all these kinds of clownings. And by trying to copy some of his antiques, I improved a lot on my physical and inner characters later on. Sebagai Hostel Master Cikgu Azhari tinggal di bilik warden, iaitu di tingkat atas blok A, kanan sekali. Beliau memiliki kereta ‘sports’ MG. Entah macam mana pada satu pagi, hari April Fool, kalau tak silap saya, kereta MGnya tiba-tiba sahaja telah berada di lapangan badminton/takraw. Kami yang junior-junior tengok sahaja.
Apa yang berlaku selepas itu, kami tak tahu sebab kami memang tak nak tahu pun. Semasa saya di Form One juga, pergerakan dan kenakalan kami dikawal oleh senior-senior semasa itu. Lagi satu perkara yang ingin saya ketengahkan di sini ialah tidak ada seorang senior pun yang manhandle kami. Itulah yang saya respect sampai sekarang. Ini amat berbeza dengan apa yang selalu kita dengar hari ini, iaitu perbuatan buli (bully) yang dilakukan sama ada yang spontan mahupun yang dirancang. Memang, semasa saya di asrama selama lima tahun, buli yang keterlaluan/mandhandling seperti ini tidak pernah berlaku, kalau ada pun hanyalah mereka menggunakan abusive language’ dan berlaku pergaduhan kecil berlaku dalam kalangan warga asrama ketika akibat salam faham sahaja. Bab hiburan dan bacaan di asrama. Akhbar The Straits Times, majalah Life dan , kadang-kadang Readers’ Digest ada disediakan di bilik bacaan.
Yang saya sempat tengok pun hanya surat khabar sahaja. Itu pun saya baca bahagian “sports section” sahaja. Radio kepunyaan hostel dikawal sepenuhnya oleh Arif Samad. Kita juniors tak dibenarkan usik radio tersebut. Pada hari Sabtu dan Ahad baru kita boleh dengar. Itu pun kalau Arif ada. Kalau tak ada, kita hanya dapat tengok sajalah radio tu. Berkunci... Lagu-lagu semasa ini adalah lagu pop yeh-yeh, seperti lagu-lagu The Beatles, Rolling Stones, Elvis Presley. Arif tak main lagu pop yeh-yeh Melayu. Apabila Super Seniors ini tak ada, kami tak lagi dengar radio secara berpusat (centralised). Apa yang dah jadi kepada radio itu tidaklah kami tahu. Semasa inilah munculnya TV di asrama. Masih saya ingat ketika Cikgu Raja Zaini menjaga kami, TV ditempatkan di biliknya.
Kadang-kadang, dia ajak sebahagian daripada kami untuk menonton program sports di biliknya, termasuk saya. Semasa era Cikgu Azhari kami selalu kena siap sedia untuk room inspections tetapi semasa era Cikgu Raja Zaini pula, kegiatan ini kuranglah sikit. Pada masa ini boleh dikatakan orang tak berminat nak kacau orang lain seperti saya. FORM 1 – Form 3 (1965-1967) Satu masa (tak ingat bila) saya telah berpindah ke tingkat atas Blok B dan katil saya bersebelahan dengan Salleh Yusof (senior - kami panggil Salih Kilut). Di antara katil kami diletakkan satu bookcase. Salleh ada seorang adik bernama Ujang juga penghuni asrama dan si Ujang ini adalah junior saya. Saya dan Salleh selalu berkongsi hisap rokok sebelum tidur. Semasa itu dia suka ‘Rothmans’, 5 sen sebatang.
Saya perhatikan dia ada satu perangai yang unik, iaitu dia suka letakkan gigi depannya di tiang besi dan menghantuk-hantuknya dengan perlahan. Saya tak tahu di mana dia sekarang. Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan telah berlaku kepada saya semasa saya duduk bersebelahan dengan Salleh. Pada satu malam ketika saya sedang tidur, saya telah dikejutkan oleh tiupan angin dan secara spontan saya melihat ke arah bookcase. Semasa saya angkat kepala saya, saya nampak benda berbungkus putih memanjang macam jenazah di atas bookcase itu. dalam samar-samar cahaya lampu berandah, saya nampak bungkusan itu berwarna putih. Oleh kerana saya payah nak terkejut, saya pun mengalihkan pandangan saya sekejap ke tempat lain. apabila saya tengok semula ke atas bookcase itu, benda itu tidak ada lagi di situ. Mana boleh lelap lagi masa itu? Hendak kejutkan kawan takut buang masa. Jadi saya hisap rokok untuk mengawal diri daripada keseraman. Cerita-cerita yang ‘seram’ yang lain selalu juga diperkatakan oleh kawan-kawan yang telah “bernasib baik” dapat mengalaminya seperti, lampu dan paip air terbuka dan tertutup dengan sendirinya.
Peristiwa ini banyak berlaku di Blok A. Bunyi askar berkawad tengah malam dan macam-macam lagi. Wallahualam! “Kok ado sosiapo yang ado pongalaman macam ni, eloklah boghitau.” Semasa asrama ramai penghuninya, timbul masalah kekurangan bilik air. Maka pihak sekolah telah membina satu kolam untuk mandi beramai-ramai berdekatan dengan premis dapur, ditutupi dengan pagar zing. apabila sampai waktu mandi, baik pagi atau petang, tempat ini sentiasa penuh terutama pada waktu ‘puncak’. Saya ingat lagi ada seorang kawan bernama Rauf yang berbadan tegap dan gelap sikit. Semasa mandi dia tak pernah tutup badan. Kalau nak cerita sekarang pun tak sedap, sebab siapa yang memgalami mandi beramai-ramai takkan boleh lupa “acara” itu. Satu pengalaman yang sangat unik. Di Blok B di sebelah dorm ujung berhampiran tangki air, saya masih ingat yang menginap di situ ialah Zahariman (Alias), Salleh Simon, Nordin Otak Karan, Khalid Ismail, Shaari Legong Ulu dan beberapa orang lagi dari termasuk beberapa dari batch saya. Zahariman dan Saleh adalah antara yang paling senior. Mereka ini tak pernah kacau kami. Salleh ada gitar kapok dan selalulah dia petik gitar memainkan nada lagu 60-an, termasuk lagu nyanyian Jeffridin.
Saya masih ingat semasa lagu-lagu yang digemari adalah pop yeh yeh, ada seorang hamba Allah bernama Hamzah Shamsudin. Dia ini ada abang-abang yang pernah tinggal di asrama. Nama mereka Ibrahim Shamsudin dan Ghani Shamsudin. Saya mendapat tahu bahawa ketiga-tiga adik-beradik ini telah berkhidmat dengan PDRM. Hamzah masa itu mempunyai sebuah radio poket. Jadi tiap-tiap malam minggu kami berkumpul di satu tempat di Blok B. Kami akan dengar rancangan ‘Penyanyi Pujaan Minggu Ini’ yang disiarkan oleh Radio Singapura. Kami meletakkan radio itu berdekatan dengan pendawaian letrik supaya bunyinya lebih terang dan jelas. Ketika itu, berkerumun lah kami sedekat-dekatnya dengan radio itu hingga membingarkan. Suasana menjadi bising dengan hiruk-pikuknya apabila penyanyi yang diminati mendapat tempat yang baik. Oleh kerana malam minggu kami tak ambil peduli. Kalau tak silap saya ada satu peti TV di asrama, tetapi disimpan di bilik warden. kalau nasib baik ada sebahagian daripada kami akan dapat menengok TV dibilik/pejabatnya. Saya ingat masa ini warden nya ialah Cikgu Raja Zaini.
Ada beberapa kali dan ketikanya kami nak tengok rancangan hiburan RTM yang betul-betul nak tengok, seperti wrestling, tapi tak dibenarkan oleh Warden. Jadi, sebahagian daripada kumpulan saya akan menyelinap keluar melalui pagar dekat dengan Dewan Makan/Dapur. Kami pergi ke salah satu rumah kuarters yang kami kenal penghuni dan anak-anaknya. Salah seorang kenalan kami bernama Sa’id. Di situ lah kami curi-curi nonton TV. Satu ketika, ada penuntut-penuntut dari Sabah tinggal bersama kami. Mereka ditaja oleh Yayasan Sabah. Pengalaman bersama penuntut dari Sabah ini telah membuka lagi minda kami. Kebanyakan daripada mereka dipercayai terdiri daripada kalangan orang berada di sana kerana saya lihat mereka mempunyai banyak wang tunai dalam tangan untuk berbelanja. Ada seorang namanya Majid Ahmad, berbadan gempal dan giat bersukan. Ada pula Johari, Hamid, Rizal, Khayom dan beberapa orang lagi. Pada masa ini kebanyakan super senior dan senior kami telah tamat Form Five.
Saya mengambil LCE pada tahun 1967. Pada tahun inilah soalan dan jawapan secara ‘objektif’ mula diperkenalkan, kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran yang lain saya tak pasti. Apabila keputusan diumumkan ramai yang telah lulus dengan Grade 1, walaupun saya lulus Grade 1 tetapi nilai ‘aggregate’ saya besar/banyak. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana telah dapat meneruskan pendidikan ke Form 4. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada arwah bapa saya. Era Cikgu Raja Zaini Sekitar 1966/67 (Agakan saya dan tolong sesiapa semak dan sahkan). Saya tak ingat bila Cikgu Raja Zaini mula menggantikan Cikgu Azhari. Tiba-tiba ketika saya masih tinggal di asrama, Cikgu Raja Zaini telah dilantik jadi Warden Hostel. Saya percaya super senior memang dah tak ada pada masa itu. kalau ada pun yang tinggal mungkin Raja Ruslan, Mohd Zain, Mokhtar Mohd, Zulkifli Abdul dan ramai lagi yang saya tak ingat namanya. Ada satu peristiwa yang saya ingat, iaitu satu ‘pertikaman lidah’ telah berlaku antara Mokhtar Mohd dan Zulkifli Abdul. Peristiwa Ini terjadi di Blok B.
Saya tak tahu apa puncanya. Mungkin mereka telah lama memendam perasaan, tinggal nak meletup sahaja. Tak payahlah saya ceritakan macam mana ‘intensiti’ pertengkaran mereka. Ini peristiwa mereka. Saya penonton sahaja. Terkini, saya dengar Mokhtar Mohd telah bersara daripada jawatan guru dan menetap di Gemencheh, Negeri Sembilan. Sdr Zulkifli, dengarnya pernah berada di Aviation Department. Mohd Zain dalam Perkhidmatan Polis. Raja Ruslan semua dah maklum. Saya ingat satu hal lagi, iaitu apabila jamban tersumbat dan tangki takungannya melimpah ruah. Bukan main lagi licak keadaan dan busuk baunya. Setelah pembersih saluran dipanggil dan membersihkannya, bermacam-macam ‘khazanah’ telah ditemui termasuk segumpal kunci milik Ali Ujang. Tukang bersih ini orang India dan dialah yang datang membersihkan sekiranya masalah seperti ini berlaku lagi.
Kami panggil dia ‘Kunci Ali’ kerana dia yang jumpa kunci dalam saluran najis milik Ali Ujang. Era Mr Sivapathasundram (Mr Siva) Tidak berapa ingat bila bila Mr. Sivapathasundram (Mr. Siva) mula menjadi warden hostel. Pengalaman pada era Mr. Siva memang colourful bagi kami, khasnya bagi saya. Petang-petang saya suka bermain bola di padang dalam kawasan sekolah bersama-sama kawan-kawan yang lain. Saya memang aktif dalam berbagai jenis permainan yang lasak, saperti bola sepak, hoki, ragbi dan sepak takraw. Pernah berlaku pada satu hari, kerana melebihi had masa yang telah ditetapkan, kami didenda oleh Mr Siva supaya jangan berhenti bermain walaupun hari sudah gelap, Mr Siva duduk di bangku tepi padang tengok kami sampai dia puas hati. Barulah kami dibenarkan balik ke asrama. Saya tak ingat semua yang terlibat. Yang saya ingat ialah Tajul Arifin Kamat, Mohd Raus Sharif, Wahy dan beberapa muka 'regular’ semasa itu. Ini berlaku sekitar tahun 1968. Mr Siva telah meninggal dunia kalau tak silap saya pada tahun 2010 atau 2011. Satu lagi peristiwa benar yang berlaku kepada saya ialah, “saya telah menyebabkan kaki seorang penuntut lain yang tinggal di asrama patah”. Saya masih ingat lagi nama penuntut itu, iaitu Kulantaivellu.
Masa itu, pelajar bukan Melayu pun boleh tinggal di asrama. Kejadian berlaku semasa kami bermain bola. Apabila saya dalam proses menendang bola, tiba-tiba dia hulurkan kakinya di lorongan sepakan kaki kiri saya. Saya tak perasan sebab dia datang dari ‘blind side’ dan terkena buah betisnya. Tulang ketingnya kecil (haluih) sahaja, apalagi...orang kata patah tebu. Dia telah dikejarkan ke Hospital Tampin dan kakinya telah di ‘plaster’ dari tapak kaki hinggalah kepangkal peha. Ini masih amat jelas lagi dalam ingatan saya. Walaubagaimanapun dia masih dapat mengambil peperiksaan LCE. Saya berasa sedikit kesal kerana dia gagal. Saya ingat peristiwa ini berlaku dalam tahun 1966 sejurus sebelum peperiksaan. Masa itu saya di Form II. Peristiwa Di Sekolah Saya kurang bercampur dengan murid-murid lain. Saya pilih kawan yang lebih kurang bersikap macam saya juga. Saya dianggap oleh sesetengah guru sebagai orang yang tak makan saman. Walaupun begitu saya masih lagi menghormati sebahagian besar daripada mereka. Mereka tengok saya semacam, maka saya pun semacam jugalah. Saya masih ingat Mr Choy Kim Fatt (kaki dia tempang).
Satu hari dia menegur saya kerana berambut panjang, padahal tidaklah panjang sangat. Lazimnya, saya sikat rambut sekali sebelah pagi dan sekali sebelum makan malam. Jadi rambut tak kemaslah. Lalu, dia panggil saya Tarzan dan paksa saya gunting rambut. Saya jawab balik mengatakan bila sampai masanya saya akan pergilah gunting. Dia nampak macam marah dan berkata, “You want to become a tarzan young man.” Saya jawab balik, “ Give me money and I’ll cut my hair, because I don’t have money now.” Sebelum pergi dia berkata, “ Please have a haircut, your hair is long.” Dia tegur saya di kantin. Ramai Budak-budak lain di situ. Saya sudah nekad, kalau dia apa-apakan saya, saya akan lawan balik. Apa nak jadi, jadilah. Dia pun bukan kuat, kaki tempang. Begitulah fikir saya dalam hati. Satu lagi perkara yang tak manis berlaku ialah teguran dari seorang guru bernama Mr Suppiah. Saya tak ingat dia mengajar apa dalam kelas saya. Ketika itu kalau tak salah saya saya di Form 2 atau Form 3. saya lalu di berandah depan kelas, tetapi saya tak ‘wish’ dia.
Dia perasan dan cuba panggil saya, tetapi saya buat tak tahu sahaja. Dia kejar saya dan beritau saya dengan marah-marah. Katanya, “ Hey, you samseng, I hope I’ll see in jail in seven years time from now.” Saya jawab balik, “Thank you sir.” Nak dijadikan cerita, dalam tahun 1975 (saya bertugas dalam tentera) semasa saya menaiki keretapi “morning ekspress” dari Kluang ke Gemas, saya terserempak Mr. Suppiah dalam koc yang sama. Saya buat tak tahu sahaja, tetapi dia perasan. Akhirnya, kami berbual dan mengenalkan diri. saya ulanglah apa yang dia pernah anggap saya pada satu masa di sekolah dahulu. Dia kata itu dulu dan saya pun setujulah. Lama kami berbual. Saya tengok dia sudah mabuk, kerana dia belasah beer. Saya pun ada belikan dia satu tin, tetapi belum pun kita sampai di Segamat lagi dia sudah tidur. Menurutnya, dia masih bujang. Semasa di TBSS, dia syok dengan satu Cikgu bernama Ms Tan, tetapi mereka tak jadi kawin.
Saya pun tak tanya kenapa. Lantaklah dia. Kena Tangkap Hisap Rokok Pada suatu hari, kira-kira kami lima orang telah dihadapkan kepada Guru Besar, Mr Harchand Singh Thandi. Yang bawa kami ke pejabat guru besar ialah Cikgu Hamzah, Cikgu Hamzah ini tak pernah senyum. Kami diadu dan didakwa menghisap rokok dan itu adalah satu kesalahan. Setelah dibicarakan secara terus (summarily) kami didapati bersalah dan dihukum tiga kali sebatan tanpa boleh buat rayuan. Bighat pungkok (?). Hari itu hari Jumaat. Kami pakai baju Melayu. Saya tak pakai seluarnya. Seluar biasa yang saya pakai itu kecil pulak. Apabila kena belasah apa lagi, kain seluar melekatlah di kulit. Semasa disoal siasat, saya bercadang tak mahu mengaku, tapi apabila geng-geng lain dah mengaku dan atas semangat setiakawan, maka saya pun mengangguk jugalah. Kami syak yang buat aduan itu ialah seorang prefect (tak payahlah sebut namanya disini). Itu tugas dia. Malam itu saya hisap lagi. Semasa di Form 4 dan Form 5 (1968-1969) Dalam tahun-tahun ini saya banyak terlibat dalam aktiviti sukan, seperti bola sepak, ragbi, hoki dan sepak takraw.
Saya memang malas baca buku atau membuat ulang kaji. Apabila peperiksaan sudah dah dekat, kami dipaksa buat ‘prep’ di waktu malam, tetapi saya selalu ponteng. Bukan tak mahu join tetapi kadang-kadang saya masuk lewat dan kadang-kadang keluar cepat. Kami buat ‘prep’ ini di dalam dewan makan asrama. Bagi saya tak banyak perkara menarik (interesting) yang berlaku masa saya di Form 4 baik di asrama mahu pun di sekolah. Kalau nak cerita pun nantilah di lain kali pula. Saya rasa telah melakukan sedikit transformasi untuk menjadi seorang yang agak dewasa. Sudah seniorlah katakan. Semasa saya di Form 5, saya dilantik sebagai salah seorang hostel prefect. Saya pun tak ingat yang saya ini pernah menjadi seorang pengawas asrama sehinggalah saya melihat kembali Majalah Suloh Tampin Edisi Tahun 1969. saya imbas majalah yang ditunjukkan oleh rakan Kelas 69 ini pada tahun 2011. Semasa di Form 5 juga, saya telah banyak menghabiskan masa bermain untuk sekolah dalam bola sepak, ragbi, hoki dan sepak takraw.
Ketika berlaku Peristiwa 13 Mei kami diberi cuti dan saya pun balik kampung. Saya mengambil peperiksan “School Certificate dan Malaysian Certificate of Education” pada penggal akhir tahun 1969. Sementara menunggu keputusan, saya membantu keluarga saya di kebun getah untuk cari duit rokok. Sambil-sambil itu saya pergi belajar Menaip dan Trengkas (Shorthand). Hingga sekarang saya boleh menaip tanpa melihat keyboard. Tentang Trengkas pula saya tak pernah amalkan sehingga sekarang, walaupun setelah tamat belajar saya boleh merakam percakapan dengan menggunakan Trengkas daripada pembaca berita di tv dan boleh membaca serta menyalin semula dalam bentuk teks penuh tanpa kesalahan. Setelah keputusan peperiksaan diumumkan, saya telah dapat pangkat/gred 3/3 dalam SC/MCE 1969. Alhamdulillah, saya lulus dan bermulalah episod baru dalam hidup saya seterusnya. PENUTUP Secara ringkasnya, saya ingin menarik perhatian saudara dan saudari sekalian, bahawa apa yang saya tulis itu adalah pengalaman yang saya alami hampir empat atau lima dekad yang lalu. Saya percaya ada peristiwa yang masih jelas dalam ingatan saya dan ada yang munkin telah tersasar daripada kejadian sebenar.
Saya percaya ada para pembaca yang pernah bersama-sama saya semasa peristiwa-peristiwa diatas berlaku. Jadi saya mohon perbetulkanlah kalau ada perbezaan. Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersentuh dan yang berasa tidak selesa tentang apa yang telah saya rakamkan di atas, sehingga kita berjumpa lagi.
Wassallam,
Ikhlas dari saya, HATTAR BIN OTHMAN Seremban, Julai 2012
Profil Penulis
Nama : HATTAR BIN OTHMAN Lahir : 24 Februari 1951 Asal : Kg Tenai, Gemencheh, Negeri Sembilan. (details – see Googles Maps) Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Mukim Gemencheh, NS. (1958 - 1963) Sekolah Menengah : TBS Secondary School, Tampin (1964 - Remove Class, 1965-1969 Form I-V) Asrama TBS : (1965 – 1969, Form I - V)
Untuk butiran peribadi yang Lain, sila lihat ‘Profil’ saya dalam halaman FB (facebook). Cari Hattar Othman.
ahmad Fadzil Yassin: 17 August 2012 00:21 Hattar,
tengah buat apa dalam kebun itu. Halau lembu ko stsu motik buah, tompi tak
nsmpsk buah eh...
Anonymous: 17 August 2012 00:24 Panjang amek artikel ini, hongeh den maco eh. Panjang monjelo macam ghabak kotapi.
No comments:
Post a Comment