Friday, 26 October 2012

AFYASSIN (TBST 1962):KERJAYA SULUNG SEBAGAI CADET SUPERVISOR DI TCM, TAMPOI.


 Selepas tamat persekolahan di Tunku Besar School, Tampin 1962, saya bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Tamil di Tampin, milik Mr. M.C. Chacko dan kemudian di Astana Raja Secondary School sehingga November 1963. Setelah itu saya mendapat tawaran jawatan Cadet Supervisor di Syarikat Textile Corporation Malaysia Bhd. (TCM) , Jalan Tampoi, Johor Bahru.Walaupun jawatan itu adalah jawatan pengurusan, tetapi kami dianggap sebagai tenaga kerja yang dipastikan tinggal bersama-sama dengan pekerja am dalam asrama yang dibina dalam beberapa blok. Ada beberapa buah blok yang  dibina untuk menempatkan kami. Setiap blok (seakan-akan domitori) mengandungi 10 bilik dan setiap bilik memuatkan enam orang petugas dengan satu bilik mandi bersama. 
Beginilah kehidupan kami sebagai satu kumpulan tenaga kerja, tidak kira apa pangkat sekalipun. Akhirnya kami difahamkan tujuan pihak pengurusan Jepun melaksanakan sistem sama rasa, sama rata ini adalah untuk memulakan satu tradisi kerjasama dan persefahaman dalam kalangan petugas tanpa mengira kedudukan dan jawaran. Temanya semangat espirit de corps. Dan ketika tiga daripada kami dihantar ke kilang induk tekstil di Nagoya, Jepun pada tahun 1969, kami dapat merasakan semangat itu telah begitu menebal dalam kalangan petugas syarikat yang jumlahnya melebih seribu orang. 
Kita memahami bagaimana masyarakat industri Jepun telah mengamalkan semangat espirit de corps  itu sejak sekian lama. Di sana kami turut melihat bagaimana pada masa makan tengah hari, misalnya,  semua petugas kilang perlu beratur, tanpa mengira apakah kita berpangkat pengurus, juruteknik atau pekerja am, menunggu giliran untuk mengambil makanan. Untungnya makan tengah hari adalah gratis dan makanannya sama sahaja, iaitu bermenukan makanan Jepun. Betul-betul sama rasa, sama rata dan samatugas. 
Saya sendiri meninggalkan TCM pada tahun 1970 untuk memasuki ITM, di Jalan Othman sebagai pelajar dalam bidang Perakaunan (ICMA). Namun saya tak habis kuliah dan berakhir mendapatkan kerja di Berita Harian sebagai Cadet Reporter. Dan kerjaya seterusnya "menghensot" dri satu jawatan ke satu jawatan yang lain sehinggalah pada hari ini, bersara daripada semua bidang kerjaya setelah berkecimpung tiga perempat daripada kehidupan saya sebagai petugas awam dan swasta.


Foto di atas adalah nostalgia tahun 1963. Sekumpulan tenaga kerja yang bertugas di Syarikat Jepun , Textile Corporation (M) Bhd = TCM, di Bahagian Pre-Spinning, khususnya di Unit Blowing and Carding. Kumpulan ini ditugaskan memasang mesin berat sebelum memproses kapas menjadi benang. Kelihatan dalam foto di bawah Pengurus Apinning Mill, Tsucikawa San (kiri sekali) bersama dua jurutera Jepun dari Nagoya, S. Okabe San (kanan sekali) dan Uchigawa San (di sebelahnya). AFY (kiri sekali) squatting. Pagi-pagi di hari raya qurban, 26 Okt 2012, foto ini mengembalikan ingatan saya kepada kisah silam setelah tamat persekolahan di Tunku Besar School, Tampin pada tahun 1962.

6 comments:

  1. Memang pun tempat cari makan, tapi masih dalam makna yang murni tanpa ado konotasi yang kurang sopan hehehe.

    ReplyDelete
  2. Ese totarik dongan pakaian petugas dalam gambar itu. Selain pakaian kemas pengurus dan juruteranya yang lain macam kopam jo, tak ado ko uniform. Apo teruk bona,kilang ogang Jepun ni. Barangkali AFY boleh jelaskan sikit. Macam memalukan bangsa kito jo. Sekadar bertanyo.

    ReplyDelete
  3. Ese hanya boleh jolaskan bahawa ada pepatah Inggeris yang berbunyi "Do not judge by its cover." Ese ghaso apo yang oghang Jepon nak kita buek zaman tu bokojo dan tak usah pandang sangat pado pakaian, asalkan tak bocawat cukuplah. Agak ese bogiulah. Ponah waktu bokojo dalam TWI (training within Industry) di Kilang Unichibo, Nagoya, selama enam bulan pada tahun 1969, ese banyak belajar cara hidup oghang Jepun di kilang. Bocakap tunduk dan sopan, maghah tak tunjuk muko bongis, bobezo dongan tentera Jepun pada zaman pendudukan Jepon dulu, dan yang lebih hebat lagi, kalau makan free yang disediakan oleh syarikat, semua kono bogatur, tak kigholah u sapo, pengurus bosa, ko, pengurus ko, ketuo bahagian ko atau kuli batak ko. Somuo kono bogatur dan ambil pinggan dan piring sondiri yang telah siap diatur. Boleh ko kito buek kek sini?

    ReplyDelete
  4. Saya tak pasti sama ada AFY pernah mengalami keadaan dan suasana selepas kerja, iaitu selepas 4.30 atau 5.00 petang. Dinner time. Biasanya, pegawai-pegawai dalam kalangan pihak pegurusan syarikat akan adakan dinner atau makan malam di kelab syarikat. Dinner diberi percuma, siap dengan minuman keras seperti Sapporo beer dan sake (semacam air tapai). Dio oghang hentamjo, sebab minuman dio oghang, kita orang Islam takkan nak ikut gak. Itu satu hal, kemudian sebelum mereka pulang ke rumah, mereka mandi dulu di Kelab. Mandi guna air panas dalam kolam dalam kelab. Dan kalau mandi mesti bogel. Satu hal lagi. Macam mana AFY? pernah alami tak hal-hal itu semua.Kalau pernah macm mana AFY mengatasi masalah yang taboo kat budaya kito itu.

    ReplyDelete
  5. I could still remember when AFY's name was on the top of the list from the Spinning Mill to be sent to Nagoya, the parent company for the 6-minth TWI stint. TWI means training within the industry. From the Weaving Mill, the name shorlisted was Saffandi, I think. And one from Malayan Weaving Mill in Batu 5, Tampoi. There were others whose names were not shortlisted. Other than mine other names of the supervisory level were names like Halim, Ibrahim, Seth and aome Chinese supervisors. I was a bit frustrated then because my name was not shortlisted. Bt we took it like a gentleman in the hope that after the first shortlisted names other names would appear. Anyway, I thought it was a no-go and so I quit the moment I received another offer, not in JB. That was the end of my career in TCM. Sinethen I have not heard of my friend AFY until I read this blog. And I participated to test the water.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, walaupun masih mudo maso itu namun adat budayo dan agama tetap tertancap dalam diri. Berkat didikan agama orang tua. Lagi pun ketiko itu ese udah pun berumah tangga dan punya anak satu. Kasih sayang keada keluarga monjadi nombor wahid. Harap Anak Angkat Jepang memahmi pendirian ese maso itu. Hanya yang menjadi masalah semaso berada di Nagoya selama enam bulan itu, makanan menjadi sesuatu yang terpaksa kami fikirkan saban maso. Banyak kali kami makan instant mee dan kalau makan direstoran terpaksa order telur dadar dengan nasi putih sahaja. Untung juga pihak pengurusan menyediakan makanan khas untuk kami berdua di kantin syarikat.

    ReplyDelete