Wednesday, 24 October 2012

NASA ABU BAKAR: I LOVE MY BIG FAMILY




Nasa bersama isteri (kanan) dan dua orang puterinya.

Ramai jugo secret admirers kakak den.... permintaan anda untuk gambar terkini tu nanti den cari .... tapi jangan terperanjat pulak, kerana kakak den tu sekarang macam anak daro ruponya cuma pelupo sikit .... Laki nya Hj Hamzah orang Kuala Pilah. Dulu, pangkat SO di Pejabat Tanah dan bukan Polis jang.
 Anak2 nya sumo dah kawin, dan ada yg kojo kat SIRIM Shah Alam. Yang tuo tu. Yang lelaki ada satu kojo Manager Maybank. Adik den Harun dah pencen Pelabuhan Kelang tapi ada kejo part-time kat Proton Shah Alam ... Tigo bini nyo, warisan bapak den agak nyo. Datuk Hj Rahman (bekas pemain tenis Davis Malaysia) ada kat Kelang dan dah pencen. Nazri duk kat Greenwood Gombak. Hajah Zainab duduk kat Seremban.
Ramai adik2 den duduk kat around KL and Kelang dan den sorang duduk kat USJ Subang Jaya. Masih aktif dgn biz dan kerja2 amal dan persatuan tempatan dan international.... Untuk mengisi masa lapang dan bertemu kawan2 baru dalam dan luar negeri.
Cucu setakat ini 3 orang dan anak ada 3 orang sahaja. Bini den pensioner UDA orang Melaka.Usia den dah menjangkau 66 tahun, Alhamdulillah sihat dan bersyukur kapada Allah .... ado rahsia to keep fit n healthy.... ado amalan nyo tu .... nak tahu akan cito lain kali. Tapi keno invest sikit.
terpicit bulak butang lain, belum habis den nak cito laei ...
Den ni batch Hj Karim Bidin dan Hj Nordin Awang. Sekolah mulo2 kat URES Rembau maso den duk kat kampong Tanjong Sena dan berpindah ke TBS masa di Tingkatan Satu agak nya. Pernah jadi Prefect ketika di Form Five... Cik Gu Hamzah jadi disiplin teacher ketika itu. GF berlambak maklum lah kita hero yang ada pangkat kat sekolah jadi Polis ( sch.prefect)... tapi sumo tu terlepas jadi isteri org lain.
Den jumpo jodoh setelah kojo kat Ericsson HQ Shah Alam sebagai Vice President Admin & Human Resource. Di sini merata-rata den berpeluang keluar negara mewakili Ericsson Malaysia. Sebelum tu den jadi orang Gomen, kerjo kat Immigration HQ Jln Tugu Kuala Lumpur dan Johor Baharu selama 6 tahun sahaja sebagai Pegawai Pasport. Boring jadi orang Gomen den cubo Private sectors. Syok pulak sehingga den berusia 40 tahun sahaja.... sebab I've reached the top post at Ericsson after taking over expatriate post at that time.
What next ! Den jadi biz man sehingga sekarang .... tapi now jengok2 aje ... ada anak lelaki tu yang jaga bersama managers nya. Den enjoy sama bini den visiting our children and biz and do lots of travelling. Now duduk berduo jo kat Condo kami sebab anak-anak dah ada rumah masing-masing dan dah pindah. We visit each other always. Anak den yg sulung biz man. No. 2 tu perempuan kojo kat oil & gas co. Baker& Hughes KL , Manager there, dan last one perempuan jugo kojo kat Sapura Aero di Subang Jaya after all graduated at local universities ajo.Den sorang ajo kat universiti atap kat overseas..... hehehe !
Buat Haji sama bini dalam tahun 2000 , Hj Zain sama buat masa itu. OK kawan den sambung cito lain di lain maso dan selamat berbuka dan selamat hari raya. Maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Haji Nasa Abu Bakar.  Khalid adik den ex Polis last pangkat DSP kot now as Vice President at Astro Bk Jalil.
Fadzil, Den tak ada problem untuk disiarkan ... apa sangat cito den tu .... cuma untuk dibaca bersantai-santai ajo ... Di samping mengenang semula kisah kito di zaman sekolah dan zaman kojo. Cito famili den ni memang ramai yg minat di luar sano, sebabnya bapak den memang ada 5 orang isteri tetapi dia biaso simpan 2 orang at one time.... tetapi setelah bercerai mati .
Yang den kagum tentang Abah den ni dia memang pandai merapatkan anak-anaknya dari omak-omak yang lain tu. Jadi kami tak tersisih langsung dan semacam datang dari satu porut. Boleh dikatokan setiap tahun kami adakan family gathering. Contoh, baru-baru ni buek kat Bukit Tinggi for 3 days. Semua dimestikan hadir anak- beranak termasuk cucu-cucu dan  menantu-menantu yang hampir seramai 200 orang. Kami ada 17 orang adik- beradik dan baru-baru ni sorang adik perempuan meninggal.  Zabariah nama nya dari my last mother ( kakak Datuk Nafsiah).  Di family Day tu kami dari setiap adik- beradik kena buat satu cito atau drama yg mengisahkan penghidupan harian kami dari kecil hingga dewasa terutama zaman persekolahan... Ada yang lucu dan ado jugo yang sodeh bila semua yang menonton sketsa ini yg dilakunkan oleh adik- beradik dan anak-anak kami. Kan interesting bunyi nya.
Di samping tu kami adakan pertandingan berpasukan bagi Golf, Futsal dan sukanika seumpama nya. Dari jalinan ini kami dapat mengeratkan lagi siraturahim kami adik beradik. Ini Khalid nak buat novel untuk keluarga Haji Abu Bakar our Legend, Masih dalam proses dan jika ada publisher mungkin kami terbitkan novel ini atau buat Filem mungkin....ehwah !
Kebanyakan adik- beradik kami masing-masing  ada talent .... Ada yg pandai menyanyi, berlakun dan berlawak .... serba bolehlah dan anak-anak buah pulak ada talent masing-masing. Itu yang syoknya apabila berjumpa. Memang tak koreng gusi. I love my BIG FAMILY. Bila senang sama2 sonang bila susah sama-sama kita menyolosaikan masalah masing-masing. Thank Allah for giving us  good parents.
Macam mana den nak cari Blog tu ? Kena daftar ke nak jadi ahli?
(Pertama kali disiarkan dalam Blog Alumni TBSST pada 16 Ogos 2012) 
 


 comments: 
Nasa, ese ghasolah ada baik eh diteruskan coghito u ni dengan lobih lanjut terutama coghito monarik Arwah oghang tua u tu. Nampak eh anak-anak eh banyak yang bojaya dalam masing-masing lapangan. Ese soronok baca apo yang u tulis ini.
Tkasih Anonymous .... tapi Den tak syok bercerito bila kito tak kenal org. tu. Betul tak ? So bro buko lah hijap kau tu .... beri den pandang sikit ! eh eh eh .

9 comments:

  1. Your next story, Nasa. Long overdue?

    ReplyDelete

  2. Nasa Abu Bakar: dah nasib gitu ... apo boleh den buek laei !

    3 hours ago · Like

    Ahmadfadzil Yassin Oleh kerana ini kojo sukorela Nasa, kito bueklah apo yang patut. Ese ni koghano mikirkan semangat espirit de corps jo, ese buekla yang mano perlu, solagi badan sihat. Kalu dah mulo monggulupo esok, kto tinggakan dan oghang lain pulak sambung kan.

    32 minutes ago · Like

    ReplyDelete
  3. Kalahlah setiap kenkawan mengirimkan kisah keluarga masing-masing seperti yang dibuat oleh kenkawan kito NAB ini, ese ghasolah banyaklah coghito yang dapek kito postingkan dalam blog TAMPANG ini. Ese punyo fahaman kito ambik iktibar daripado chogito tu untuk dijadikan halo tuju kito. Kisah AAB dngan pengorbananya amat baik dijadikan pedoman. Dan ese toingat kisah Mikuman bocoghito tontang aman darurat bilo dio poi sampai kek stesen Kendong nonton kapal torbang RAF mengebom bukit kek Gunung Tampin dalam hutan Kendong tu. Elok bona kalu ado sosapo yang boleh ingat coghito zaman darurat ini. Biar sodikit f=ghaso somangat juang dalam bodan kito ini. Somangat ini dah kughang nabona dalam dighi kito. Tengok jolah politik kito haghi ini. Somangat dah banyak hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang den maksudkan "kalaulah" bukan "kalahlah" yang di ateh tu.

      Delete
  4. Insyallah jika den ada maso lain kali den akan cubo cerito sikit lagi untuk dibaco sambil bersantai santai.

    ReplyDelete
  5. Dari FB.

    Nasa Abu Bakar thanks AFY atas penjelasan .... sekarang den dah faham. Minta maaf yo .... sokong apo yg moderator blog lakukan tu ... kita nak elak cerito2 yg kurang menyenangkan terpapar kat blog yg kito sayang ni kan ! Kito mesti fikir sensitiviti individu baru sodap dilihat dan dibaca oleh kawan2 dan terutama org awam. Komen den sikit atas nama blog baru ni yg macam tak related dgn nama TBSS dulu tu... Tapi kalau semua bekas2 murid TBSS tahu blog terbaru ni ok lah tu. Mungkin kito sumo maklum pada kawan2 yg belum tahu tu ... lamo2 ramai lah yg datang visit kek TAMPANG nanti. AFY congrats for your good work !

    Ahmad Fadzil Yassin: Mokasih Nasa atas pengertian. Memang ese tofikir gak memang tak ado related dongan nama TBS. tompi kito kaitkan dongan grup Alumni TBSST setiap kali kito buek posting. Keduo, kito cubo elak daripada menyompitkan isu kopada TBS sahaja tetapi diperluas bidang sohingga apa sahaja isu yang dibangkitkan. Yang penting juga kito nak kekalkan loghat N9. Sekarang ado jugak kito tak tak siarkan komen yang aga melampau.

    ReplyDelete
  6. Apo yang den lihat u banyak menyimpab pengalaman lamo yang patu dikotongahkan. Misalnya kisah koluargo bosa u. Macam mano orang tuo u mengasuh anak-anak eh supayo bojayo dalam hidup. Boleh yo coghito kek kito bokeh polajar TBS. Boleh kongsi bosamo. Tk apo kan

    ReplyDelete
  7. TBS tahun 1960an tak samo deongan TBS 2000an. Kalaulah Nasa boleh buek coghito porbandinagn bagus gak kalau dikongsi dalam kalangan kito budak-budak TBS, dulu dan sokaghang

    ReplyDelete
  8. From FB
    Nasa Abu Bakar: setuju AFY jangan siarkan isu2 yg sensitif dan yg sempit tu .... kita boleh becakap apa2 topik yg boleh menarik minat kpd umum dan yg memberi nostalgia kpd bekas2 penuntut Tunku Besar School Tampin, Negeri Sembilan. Loghat N9 tu mustahak tapi tak dimestikan asal jalan cerita lebeh difaham.

    ReplyDelete